Sunday, July 19, 2009

The shortest QRP's QSO record

The shortest QRP's QSO record.31/01/2003 - Last week,I visited KM1CC,the Marconi 100th Transatlantic QSO Anniversary site on Cape Cod (Massachusetts). I found the 40 m CW station politely perched on 7039 kHz and the operator was busily, but slowly, working stations one by one. I stood by his side and did not gain his attention. I leaned over to hear the CW from the speaker and he did not notice me.He also did not notice me reaching into my parka pocket as I took out my Rock-Mite in Altoids transceiver, hooked up a dummy load (a 12 inch = 30 cm clip lead)to be sure I got a little radiation, attached another Altoids box with 9 v battery, small speaker and SDST button for a key. As the operator called CQs, he did not hear the signal coming from the speaker I held about 9 inches from his ear.
I pumped away at the button on the box and answered his CQ. He heard me, at a distance of about 17 inches!I was running about 200 mW, maybe, into a dummy load with clip lead. I saw the Smeter;I was about S-6. We exchanged operator info and I gave my QTH as: NXT TO U.He looked over his pad of paper, reread his notes, and looked around, startled.
Then he saw me and the rig in my hand! We shook hands, showed off the Rock-Mite, met the other operators, and had a
real field day; I am in the log for the contact.So, I hereby claim rites as first claimant for shortest distance, confirmed QRP's QSO. (or at least for 40 meter CW mobile)!72, Eric K1NUN

Note:
A distance of about 17 inches and was running about 200 mw = 17"/0.2W = 85 inches per Watt.
If 1 mile = 63,360 inches, you got about 85/63360 or about 0.001342 miles per watt. That's like a 100 Watt transmitter at
700 feet from the receiver or a 1000 Watt TX at 13.5 miles. Indeed, there ought to be an award for that!
73, Alex KR1ST


Dipetik daripada BEON

Seven Three, Goodbye!

99,99% dari QSO yang kita monitor selalu diakhiri dengan ucapan -- atau ketukan pada mode CW -- 73, yang konon
diertikan sebagai pengganti kata Best Regards atau Salam.Pernah kah kita terfikir dari mana asal-usulnya kata atau “ungkapan” 73 itu? Alkisah, ungkapan ini bisa dirunut balik sampai pada zaman awal komunikasi telegrafi, nun kembali ke zaman perang saudara (Civil War antara pihak Utara dan Selatan) pra berdirinya republik federasi Amerika Serikat yang kita kenal dengan 50 negara bahagian sekarang ini.Selama perang, Andrew Carnegie -- yang sempat jadi Presiden AS -- menjadi petinggi Dinas Telegrafii dan Perkeretaapian. Telegrafi adalah jaringan telekomunikasi termoden pada masa itu (di samping isyarat asap, bendera atau peluit) dan
operasi ketenteraan hampir kesemuanya bergantung kepada mode yang satu ini. Segera sesudah perang usai, beberapa activist tithitthuwit yang memang berasal dari lingkungan militer mendirikan peguyuban Order of Military Telegraphers yang (seperti biasanya lazim di kalangan militer) kemudian terkenal dengan semangat persaudaraan alias “esprit de corps” antara mereka.

Ketika Andrew Carnegie sudah uzur dan mencapai usia 73, warga peguyuban “tukang kethok militer” tersebut mengadakan jamuan makan malam untuk menghormati beliau.‘Tidak diketahui siapa yang mulai, pada acara tersebut rami-rami dan bertalu-talu orang menyuarakan:
(— — • • • ) (• • • — — )( — — • • •)
(• • • — — ) ( — — • • •) (• • • — —)
(‘ngkali aja ada yang paké peluit, paké kepulan asap, atau sekedar paké siulan doang) sebagai penghormatan kepada the grand old man yang malam itu merayakan ulang tahun ke 73. Demikianlah, sejak saat itu di kalangan telegraphers 73 diguna pakai sebagai simbol atau lambang untuk menyampaikan salam,ucapan selamat, pengharapan baik dan atau segala yang serba baik seumpamanya.




*Maaf untuk artikal kali ini saya agak sukar untuk menterjemahkan atau menulis kembali dalam bahasa Melayu namun
diharapkan posting ini memberikan sedikit maklumat yang berguna kepada anda semua.


Dipetik daripada BEON

Saturday, July 18, 2009

PARTY!!!

Ungkapan atau sebutan yang tentunya menarik perhatian sesiapa sahaja,almaklumlah... benda hiburan tentunya ada jamuan atau pun permainan yang boleh menghiburkan hati.Kalau dulu dulu di awal tahun 60an sebut saja perkatan ini jawapan nya piring terbang akan layang kemuka,orang dulu-dulu kalau yang bersosial




hendakkan hiburan mereka akan pergi nightclub.Tapi perkataan ini sudah tak diguna pakai lagi, Disco atau Clubing merubah era penggunaan ayat,walaupun pun lain sebutan lain ikutan zaman namun zahirnya kucing itu tetap kucing dan kambing tetap kambing...eeehh..ehhh..ke situ juga perginya...hehehehe...maksudnya pesta hiburan tetap pesta hiburan bukannya tempat pembelajaran...apa pun tentu sekali ianya bukan satu tempat bagi mereka untuk mencari ketenangan,muzik,asap rokok suasana gamat hanya sesuai bagi mereka-mereka yang dah mangli(Tegar) dengan keadaan sedemikian..

Semasa awal tahun 70-80an hiburan rakyat selalunya diadakan disebelah utara iaitu di Pulau Pinang dan Kedah kursusnya.


Di P.Pinang dinamakan Pesta Pulau Pinang dan di Kedah pula Pesta Kedah,di Pulau Pinang Sg Nibung adalah tapak utama hinggalah sekarang ditetapkan cuma hanya namanya sudah diubah menjadi Expo Penang . Di Alor Star Pesta ni selalunya diakhir tahun sebaik sesudah musim kedua padi kini semuanya hanya tinggal kenangan tempatnya sekarang sudah dijadikan stesen bas Alor Setar.

Perbezaan Pesta Pulau Pinang dan Kedah lebih sama cuma yang berlain ialah Penang ada kan tarian Cing gay.Tarian ini orang akan membawa buluh yang panjang diletakan diatas kepala atau pun bahu sambil berjalan dan macam-macam gaya dibuat oleh penbawanya. Pesta Kedah berlain sekali kebanyakan bertandingan buah buahan ,padi yang bermutu,pertunjukan kenderaan pertanian yang baru dan sedikit sebanyak hiburan rakyat wayang kulit dan pentas joget .Orang sekarang tidak tahu apa itu pentas joget ,dalam Pesta Kedah pada masa itu hiburan ini selalu diadakan pentas didirikan ketinggi 1 meter dari tanah dan diatas pentas diletakan 5 atau 7 kerusi khas untuk wanita.Jika penonton ingin menari dengan wanita tersedia ada mereka hendaklah membeli tiket terlebih dahulu dan cara menari ini pula sipenari wanita cuba sedaya upaya untuk rengangkan jarak 1kaki dari temannya dan jika teman penari terlalu rapat ada penjaga penari ini akan datang terus menegur, ada juga tercetus kemarahan ada juga juga yang terbawa-bawa kemarahannya.Kebiasaannya muzik yang dimainkan adalah caca ataupun joget dan pada masa tu belum ada lagi lagu punco punco hehe.....

Masih terungkap dalam sejarh parti memarti teringatlah saya pada satu lagi party yang disebut party tupperware,ya party ....masih juga party juga kan? Party ini selalu nya ada ketua,Ketua ini lah selalu jemput semua orang bertadang kerumah beliau sambil disediakan juadah sambil itu juga beliau juga akan tunjuk demo benda-benda seperti tupperware,beliau cuba menjual barangangan,mengenai cara bayaran boleh tunai atau cara ansuran.Apa pun boleh dikatakan pada masa itu seluruh pekan dan kampung ada saja orang buat party.....yaitu party tupperware.




Dalam mepelosori hobi radio kita juga tak ketinggalan dengan party tetapi party ini bukan disajikan hiburan tetapi lebih kepada ringan tulang tolong menolong rakan menaikan antenna. Asal usul sebutan Party Antenna mengkehendaki rakan rakan datang tolong menaikan antenna sesudah habis kerja tuan rumah akan menjamu juadah pada semua orang yang menolong pada masa itu.



Kebanyakan party antenna ini selalunya ada ketua tapi bukan tuan rumah menjadi ketua tetapi mungkin orang lama dalam ham radio,kebiasaannya kerap tampil ke hadapan untuk menjadi ketua dalam operasi menaikan antenna.Beliau akan menberi arah dan tips cara memasang.Boleh dikatakan Mandorlah hehehe...semua rakan- rakan dan tuan rumah akan memberi tenaga bab alat perkakasan selalunya rakan akan sediakan dan ada yang sudi dipinjamkan seketika.Saya pernah terdengar tuan rumah beli antenna saja semua urusan panjat memanjat,cabel,sodering semua rakan-rakan akan buat bab juadah saja urusan tuan rumah..emmm bagus juga kalau idea seumpama ini dipraktikan...urusan juadah ini tak mesti yang mewah ada yang menjamu makanan ringan,buah-buahan tempatan dan bagi mereka yang punyai budget lebih siap buat kenduri lagi....hehehesemua nya terpulang pada tuan rumah ntuk meraikan rakan sesudah keletihan rakan-rakan penyudahkan nya.

Biar pun apa namanya di sebut .Party antenna ini yang akan menyatukan semua rakan-rakan tak kira bangsa atau pun darjat punyai lesen ataupun tidak selagi antenna itu masih kukuh selagi itu lah rakan akan kenang rakan yang menbantu beliau.....


Sunday, July 12, 2009

Link Antenna "Menarik"

1.Coaxial trap dipole
2.Antenna untuk 136kHz
3.7 Band vertical antenna
4.10m,15m,20m yagi
5.Travel antenna
6.6m vertical antenna
7.20m yagi
8.Halo Antenna

Saturday, July 11, 2009

Aiesy!!!



Jika tak salah saya populasi ham di Indonesia sahaja mencecah 88000 ini merupakan satu angka yang terlalu jauh meninggalkan kita yang cuma sekitar 6000 orang sahaja,kenapa hal ini terjadi? Apakah yang menyebabkan populasi mereka sedemikian rupa?

Sebagai negara besar(Kepulauan)maka tak hairanlah jika penggunaan CB atau citizen band /rangkaian rakyat yang baru
dibenarkan penggunaannya di Malaysia 2-3 tahun kebelakangan ini telah terdahulu dihalalkan penggunaannya dinegara-negara sepertiUK,USA jua Indonesia,jaringan pengulangan telekomunikasi,talian letrik menyambungi antara seluruh Indonesia adalah suatu yang sukar oleh yang demikian cara terbaik adalah dengan penggunaan cb radio,di Indonesia ia dikenali sebagai RAPI radio antara penduduk Indonesia.Bagi amatur radio Orari sebagai sebuah badan kuasa yang menaungkan semua ahli radio amatir dilihatkan telah memainkan peranannya dengan begitu jaya,lihat sahaja pada susun atur jadual aktivitinya,sedangkan kita masih megah dengan kemunculan berbagai kelab radio amatur dari masa ke semasa.

Populasi rakyat di serata kawasan dan kepulauan,maka disebabkan keterbatasan itu juga penggunaan prabola juga dihalalkan,untuk menyediakan sebuah satelite bagi memancarkan rangkaian tv adalah jauh lebih murah untuk menyediakan jaringan repeater-repeater merentasi seluruh kepulauan Sumatera,Jawa.Sulawesi,Kalimantan dan beberapa lagi kepulauan yang lain,maka tidak hairanlah jika masyarakat Malaysia masih ketinggalan dengan teknologi ini.Jika dibandingkan dengan Astro apa megahnya kita dengan saluran berbayar ini,daif sungguh untuk menonton semua rangkaian tv percuma tv1,2,3,NTV,8,9 semuanya terpaksa dibayar oleh mereka yang berada dipendalaman,jadi tak hairanlah jika kita lihat mereka di kawasan ini meletakkan antenna tv di tempat yang tinggi,buluh dan tiang besi disambung untuk meninggikan antenna,lain dengan Indonesia rangkaian tv mereka dapat diikuti melalui prabola tanpa membuat sebarang pembayaran,ada ura-ura negara kita ke arah sebegini,jika ya maka khabar gembira ini sentiasa dinantikan.Saya senyum sendirian kerana perkara kecil yang dalam penyiaran baru dilaksanakan oleh stesen-stesen tv kita ialah memaparkan program apa akan keudara selepas segmen yang sedang berlangsung,hal kecil sebegini pun tak mampu kita adakan sebelum ini....hehehehe...

Saya masih ingat lagi Pak Lang 9M2BA suatu ketika dahulu ketika eyeball ada memberitahu saya bahawa rakyat indonesia mahir dalam telekomunikasi maka tak hairanlah jika mereka mampu mengadakan sebuah transmitter yang receivernya adalah sebuah shortwave biasa dan dengan cara sedemikian mereka dapat berhubung antara satu sama lain,beliau menyuruh saya monitor di 3-4mhz,ya! ternyata kebenaran itu terbukti.Saat itu saya masih belum mempunyai lesen dan saya juga tahu bahawa pengoperasian pada frekuensi itu adalah salah.

Sesungguhnya kita masih lagi jauh ketinggalan dengan jiran tetangga kita,kita mengagungkan dengan penghantaran angkasawan ke angkasa lepas,desas desus kata negara lain kita hanya menghantar pelancung ke angkasa lepas,tup-tup baru-baru ini kita dimalukan dengan pelancaran roket RX-420 yang berlangsung di Garut, Jawa Barat pada 2hb July yang lepas,Ini adalah pelancaran yang kedua selepas 2008 lalu.Indonesia mensasarkan pada 2014 mereka akan melancarkan satelite mereka sendiri.Apa yang menariknya roket RX420 ini dibuat dalam tempoh 3 bulan dan menggunakan bahan bakar tempatan untuk mengelakkan sebarang masalah dalam penghasilan roket sekiranya berlaku embargo.Sayang kita tidak hantar wakil kita menyaksikan pelancaran roket ini, hanya boleh menumpangkan angkasawan kita dalam Soyuz, hanya sekadar dapat menghantar pelajar menyaksikan pelancaran satelit dan hanya sekadar ditawarkan membeli kapsul Soyuz. Apakah Malaysia malu dengan kejayaan rumpun bangsa kita di Indonesia sehingga berita kejayaan rumpun bangsa kita ini hanya mendapat berita kecil sahaja di dada akhbar.

Friday, July 10, 2009

Paralysed woman uses Morse code



Alan Jones demonstrates he made the switch to allow his mother to communicate using Morse code.

The 79-year-old woman who was almost completely paralysed after a fall has learned to talk to her son by tapping out Morse code with her thumb.

Sylvia Jones, 79, from Swansea, suffered brain damage five years ago. Sylvia Jones, 79, from Swansea, suffered brain damage five years ago.

But thanks to her schoolgirl knowledge of Morse code, she has broken her silence using sounded dots and dashes. Schoolgirl But thanks to her knowledge of Morse code, she has broken her silence Sounded using dots and dash.

Her communication skills were developed with her son Alan, an ex-BBC technician who rigged up a system using an old margarine tub and shower curtain ring. Her communication skills were developed with her son Alan, an ex-BBC technician who rigged up a system using an old margarine tub and shower curtain ring.

He had worked out how they could communicate again after sitting by her bedside for 16 weeks as she recovered from a life-saving operation. He had worked out how they could communicate again after sitting by her Bedside for the 16 weeks she recovered from a life-saving operation.

Mrs Jones's injury has left her unable to move, speak or feed herself but her understanding is unimpaired. Mrs Jones's injury has left her unable to move, speak or feed herself but her understanding is unimpaired.

Mr Jones, 52, of the West Cross area of the city, said: "First one eye opened, then the other, then her right thumb moved." Mr Jones, 52, of the West Cross area of the city, said: "First one eye opened, then the other, then moved her right thumb."

He said that after she was moved to a hospital ward he thought about how to communicate with her and remembered her knowledge of Morse code. He said that after she was moved to the hospital ward he thought about how to communicate with her and remembered her knowledge of Morse code.


Sylvia and Alan Jones
She can hear and understand what I am saying but she has to use Morse code to answer She can hear and understand what I am saying but she has to use Morse code to answer Alan Jones Alan Jones.

"My mother had learned it as a child from her father, my grandfather," he said. "My mother had learned it as a child from her father, my grandfather," he said.

"Of course, she hadn't used it for 60 years so obviously she was rusty, but she remembered it and it all grew from there." "Of course, she had not used it for 60 years so she was obviously rusty, but she remembered it and it all grew from there."

Mr Jones, a former BBC World Service technician, used his technical knowledge to make a system using a margarine tub, a shower curtain ring and an old plug. Mr Jones, a former BBC World Service technician, used his technical knowledge to make the system using a margarine tub, a shower curtain ring and an old plug.

Using this, his mother is able to knock out messages in code so they can communicate. Using this, his mother is able to knock out messages in code so they can communicate.

He has also devised an electronic version of snakes and ladders, so his mother can play the board game with him. He has also devised an electronic version of snakes and ladders, so his mother can play the board game with him.

He has grown so skilled he can look at her thumb and understand what she is saying by interpreting her movement. He has grown so skilled he can look at her thumb and understand what she is saying by interpreting her movement.

"I printed out the information I needed about Morse code from the internet and taught myself the alphabet," he said. "I printed out the information I needed about Morse code from the Internet and taught myself the alphabet," he said.

Morse chart
The Morse chart in the room at the care home The Morse chart in the room at the care home.



"She can hear and understand what I am saying but she has to use Morse code to answer. "She can hear and understand what I am saying but she has to use Morse code to answer.

"The first thing she ever said after I had learned the alphabet was 'How is Fred?' "The first thing she said after I had ever learned the alphabet was' How is Fred?" "That was a reference to our pet tortoise who was in the attic hibernating. "That was a reference to our pet tortoise who was in the Attic Hibernating. She was more concerned about the tortoise than herself." She was more concerned about herself than the tortoise. "

Mr Jones spends up to nine hours a day sitting with his mother at the residential home, where she now lives in nearby Gorseinon. Mr Jones spends up to nine hours a day sitting with his mother at the residential home, where she now lives in nearby Gorseinon.

His goal is to get her back home permanently and he is now working on a way to translate her coded messages on to a computer screen. His goal is to get her back home permanently and he is now working on a way to translate her coded messages on to the computer screen.

"That will mean what she taps out will be able to be read by anyone present, allowing her to have conversations with other people." "That will mean taps out what she will be able to be read by anyone present, allowing her to have conversations with other people."

"She can hear and understand what I am saying but she has to use Morse code to answer She can hear and understand what I am saying but she has to use Morse code to answer Alan Jones"

Dipetik daripada BBC News

Room Shack







Peralatan radio amatur semakin hari semakin compact dulunya sebuah tranciever saiznya adalah besar dan berat untuk mengadakan satu ruangan (Radio Shack) boleh dikatakan memerlukan kawasan yang agak luas juga,namun pada hari ini
memadai dengan adanya sebuah meja kecil diletakan disuatu sudut,dengan papan terbuang juga dapat dibina sebuah almari
bertingkat yang kecil yang boleh dimuatkan beberapa peralatan radio amatur seperti atu,power supply unit dan sebagainya.
Ruangan yang tinggal adalah untuk ditempatkan sebuah pc,untuk menulis log book ketika berQSO dan juga untuk bermain morse key.

Stesen yang sah adalah yang terletak seperti yang tercetak di AA anda oleh yang demikian sekiranya beroperasi diluar kediaman rasmi anda ia adalah stesen sementara yang hanya boleh diungkapkan sebagai sebuah stesen portable.
Keletakan mana di mana adalah atas kehendak anda,namun janganlah terlalu mementingkan diri,perlu juga diingat akan kepentingan anggota keluarga anda yang lain,sungguh pun amatur radio hanya sekadar hobi dikala lapang usahlah pengoperasian anda mengganggu mereka,kekuatan audio memadailah cukup untuk anda sendiri tidak menggangu kaum keluarga atau jiran tertangga yang nyenyak tidur atau sedang berehat.
Bukan sahaja audio radio perlu dibuat penyelarasan begitu juga dengan audio anda tambahan ketika sesuatu QSO berlangsung di tengah malam sebaik pengoperasian gunakanlah headphone ataupun earphone.




Sesetengah rakan yang mempunyai ruang rumah yang besar mempunyai room shack khas maka ia adalah privacy bagi rakan-rakan radio yang berkunjung namun keletakan stesen radio didalam kamar tidur ternyata agak menggangu xyl yang sedang diulit mimpi indah manakala keletakan diruang tamu juga difikirkan menggangu tetamu keluarga yang sedang berbual ketika anda sedang rancak berQSO atau anak-anak yang sedang asyik memonton tv ataupun sedang belajar.Takala malam propagasi mulai bagus, maka apabila anda membuat panggilan cq tentu sekali perang besar boleh meletus, maka mau tidak beroperasi di mode “CW ”adalah jalan penyelesaian hehehehe...ada juga rakan agak selesa menempatkan set radio berhampiran dengan dapur kerana mudah untuk mengambil air minuman,makanan ringan dan pantas meluru ke bilik kecil .Apa pun semuanya bergantung kepada keadaan dan buah fikiran masing-masing.

Bagi coaxial cable adakah cara anda meletakkannya dalam keletakan yang baik,maksudnya tidak bergulungan atau lebihan cable ke shack yang panjang berlingkaran di dalam room shack,perlu juga diingatkan coaxial sebaiknya jangan ditarik turun ke shack dalam kedudukan 45 darjah kerana ketika hujan air akan menuruni melalui coaxil cable juga,biarkan ianya turun selari tiang antenna dan dibiarkan melekengung kebawah kemudian ditarik masuk ke room shack anda,jika antenna ditempatkan di atas pokok,tak hairanlah semut menjadikan talian antenna sebagai laluan utama mereka.
Jika anda punyai coaxial untuk antenna yang berlainan frekuensi labelkan setiap coxial tersebut dengan jelas,kelak tidak akan berlaku salah penggunaan.

Untuk bekalan kuasa elakkan menggunakan plug 3 way adaptor,4 outlet socket amatlah memadai,lagi bagus jika punyai socket yang tepat.Meletakkan CW keyer diatur cukup rendah sehingga tangan tidak cepat lenguh khasnya untuk pengoperasian pada jangka lama dan menghindarkan terjadinya banyak kesalahan dalam penghantaran.Grounding adalah suatu hal yang seringkali dilupakan, walhal fungsinya amat penting,Ground penting untuk keselamatan disamping itu juga penting agar pancaran radio anda lebih sempurna. Oleh yang sedemikian maka letak seharusnya stesen anda mudah mencapai kawasan untuk anda membuat grounding.Ground yang paling mudah atau ringkas adalah dengan cara membuat tambatan wayar tembaga ke pili air tetapi ingat cara sedemikian amatlah merbahaya,saya melakukan perkara seumpamanya sejak lama dahulu untuk mendapatkan signal yang jelas bagi crystal radio sahaja,saya tidak galakan anda untuk melakukukannya.Melalui QSO saya bersama 9M2PV beliau menyatakan memadailah dengan membuat tusukan rod tembaga sedalam 6kaki ke dalam tanah dan pada penhujung rod tersebut diletakan grounding wayar kemudian attach ke rig.

Thursday, July 9, 2009

7Mhz Amateur Frequency



Sdra Azman,Perkara ini telah saya rujuk dengan MCMC. Mereka bersetuju dengan keputusan World Radio Conference yang lalu dimana 7.100 hingga 7.200 akan ditambah untuk amatur di region 3. mulai March 09.
Walau bagaimanpun ada satu setesyen RTM berada di sektor ini dan akan keluar sebelum akhir tahun.Tender untuk keja mengalihkan freq telah dipanggil dan dijadualkan siap sabelum 31 Dec 09.Mengatakan MCMC tidak ambil apa apa tindakan adalah silap.Minggu lepas saya berqso dgn setesyen Philipines di 7.120mhz

Saya tidak dinyatakan apa frekuensi RTM tersebut,apa pun janganlah pula kita membuat panggilan/CQ di atas frekuensi tersebut.

Kepada 9M2RS terima kasih di atas info berkaitan dengan coverage frekuensi 7mhz terkini.

Kepada pihak MCMC juga terima kasih,kerana peka dengan perkembangan terkini.



Untuk 2-3 minggu kebelakangan ini saya terpaksa tutup stesen kerana kerja-kerja renovation rumah.
Insayaallah selepas ini saya akan bekerja dengan setup yang baru.



Untuk lihat link berkaitan dengan 7mhz frekuensi klik sini



Pertukaran frekuensi untuk stesen penyiaran klik sini



Saya juga terbaca news berikut:

More countries get access to 7MHz frequencies Belarus has gained access to the extended 40m band.

In the 7.1 - 7.2MHz frequency range it is allowed to use SSB and CW with 500W max and, as always, up to 1kW in contests under a special authorisation.

In the same decision of the State Commission for Radio Frequencies that was dated May 14 but just recently released, the 160m band has also been extended for Belarus amateurs. The frequencies accessible are now 1.810 to 2.000MHz.

On 27 June, the French administration announced that 7.1 – 7.2MHz will be available to the amateur service.

Unfortunately another signature is needed before publication.



Source: GB2RS News

Saturday, July 4, 2009

PERANAN HAM RADIO US DALAM TRAGEDI 11 SEPTEMBER
















Pada tanggal 11 September 2001 dunia telah dikejutkan dengan kejadian serangan pengganas ke atas WTC dan Pantegon,di sebalik episod trajis ini jelas dapat kita lihat ham radio telah memainkan peranan yang penting bagi menjayakan komunikasi yang disifatkan telah lumpuh.Apakan jadi sekiranya jika sesuatu negara itu tidak mempunyai ham radio?.

Antara rakan ham radio yang terkorban dan didapati hilang dalam 2 kejadian tersebut adalah:

1.Steven A. “Steve” Jacobson, N2SJ, 53, dari New York City. Beliau adalah transmitter engineer dari stesen TV WPIX
dan juga seorang anggota ARRL

2. William V. “Bill” Steckman, WA2ACW, dari W.Hempstead, New York, juga seorang transmitter engineer dari stesen TV WNBC

3 Robert D. “Bob” Cirri Sr, KA2OTD, 39, seorang anggota ARRL dari Nutley, New Jersey,seorang pegawai polis pelabuhan.ketika itu ia sedang membantu evakuasi para pekerja saat bangunan tersebut runtuh.

3.Michael G. Jacobs, AA1GO, 54, seorang anggota ARRL Danbury, Connecticut. Ia bertugas di Fiduciary Trust Company International yang berpejabat di World Trade Center

4.William Ruth, W3HRD, 58, dari Mount Airy, Maryland,terbunuh di Bangunan Pentagon. Ia adalah seorang veteran Perang Vietnam dan Perang Teluk.

World Trade Center merupakan bangunan berkembar yang tertinggi di dunia, WTC-1 berketinggian 374 m terdiri dari 110 tingkat, dan WTC-2 agak lebih rendah, 360 m,keduanya mempunyai110 tingkat.Bangunan yang sedemikian tinggi dan terletak di tengah kota selalu menjadi tumpuan bagi para pengguna radio. Di situlah letaknya antenna stesen pemancar TV, penyiaran, repeater komersial amatur mahu pun amatur radio serta berbagai peralatan komunikasi radio.Kesemuanya turut musnah apabila bangunan WTC tersebut runtuh.Begitu musibah terjadi, saluran telefon menjadi overload,keluarga mangsa yang terlibat dengan WTC yang tertimpa musibah serentak mendapatkan khabar berita ahli keluarga mereka sehinggakan komunikasi asas lumpuh.Dianggarkan 40.000 orang berada atau bertugas di kedua bangunan tersebut. Saluran komunikasi radio milik Palang Merah Amerika, lumpuh kerana kesesakan aliran berita yang begitu padat.

Para amatur radio segera menyingsingkan lengan, terutama dari ARES dan RACES. Sejak 11 September 2001 telah tercatat lebih dari 350 orang ham telah menjadi relawan,berkoordinasi dengan berbagai kumpulan penolong terutama dengan Palang Merah Amerika. Mereka memberikan bantuan komunikasi di 13 pos Palang Merah di sekitar lokasi kejadian dan pusat, beberapa pos pertolongan lainnya serta stesen net control. Mereka bekerja bergiliran dalam dua kelompok waktu kerja, lebih dari 24 orang tiap waktu kerja (shift) masing-masing selama 12 jam kerja, mulai pukul 8 pagi hingga 8 malam dan 8 malam hingga 8 pagi kebanyakan mereka melanjutkan masa bertugas sehingga 3-4 jam berikutnya. Mereka yang bertugas tepat di sisi luar zero ground kawasan runtuhan bangunan WTC diharuskan melengkapi dirinya dengan alat pernafasan serta pakaian pelindungan.Begitu musibah terjadi, SATERN mengaktifkan net HF pada frekuensi 14,265 MHz untuk membantu mengkoordinasi penyaluran darah dari seluruh Amerika. Demikian juga berbagai kelab radio amatur radio terutama dari sekitar New York, bantu-membantu komunikasi yang ketika itu sesak dengan wilayah jangkauan yang terbatas akibat ikut hancurnya bebeberapa repeater amatur radio yang ditempatkan di atas kedua bangunan WTC yang runtuh.

Di Pentagon yang juga hancur luluh, sekitar 12 opertor melayani enam buah stesen amatur radio yang bertugas mendukung komunikasi logistik bagi para petugas di bawah tingkat pengawasan keamanan yang begitu tinggi. Tingkat kesulitan begitu tinggi akibat kebisingan yang dihasilkan oleh alat-alat konstruksi. Demikian pula di lokasi jatuhnya pesawat keempat, di wilayah pedesaan Somerset County western Pennsylvania.
Begitulah sedikit gambaran dari sisi pandang amatur radio mengenai saat-saat ketika tempat-tempat strategik di Amerika diserang oleh penganas, bagaimana suatu negara yang begitu canggih sistem komunikasinya bisa lumpuh total dan bagaimana sigapnya para ham yang tergabung dalam berbagai kelab amatur radio bersatu-padu menutup hancurnya sistem komunikasi setempat. “Amateur Radio’s Finest Hour”, kata mereka. (Red)

Dipetik daripada Buletin Elektonik Orari

Tuesday, June 23, 2009

CW QSO MUDAH

QRL? QRL? DE9M2MGL 9M2MGL K CQ CQ CQ DE9M2MGL 9M2MGL K
RR9M2MGL DE9M2GET K

RR 9M2GET DE9M2MGL TKS FER CALL UR RST 5NN 599 BT SLMT PTG HAIRIE BT WX DKT SINI PANAS TEMP 33C BT HW CPY? 9M2GET DE9M2MGL KN

RR 9M2MGL DE9M2GET FB UR RST 5NN 599 BT SLMT PTG ABG MAN BT WX DKT SINI JUGA PANAS BT TEMP 32C SAYA BARU ON RIG DAN DGR ABG MAN CALL CQ BT JADI SAYA PUN JAWAB BT HW CPY? 9M2MGL DE9M2GET KN

RR 9M2GET DE9M2MGL OK BAGUS SIGNAL KAMU KUAT BT SAYA TX PWR 20WTTS BT CW TAK PERLU TX DGN HIGH PWR BT 15WTTS ATAU 20WTTS PUN DAH CUKUP BT 9M2GET DE9M2MGL KN

RR 9M2MGL DE 9M2GET OK SAYA JUGA TX 20WTTS BT ANT SAYA DIPOLE 30FT TINGGI BT HARAP ABG MAN DPT CPY SAYA DGN ELOK BT SAYA TERPAKSA QRT DULU SEBAB NAK NAK KELUAR BT APA PUN TKS FER NICE QSO ON CW HPE CUAGN 73 73 9M2MGL DE9M2GET SK E E

RR 9M2GET DE9M2MGL OK FB HAIRIE SERONOK DPT QSO DGN KAMU PTG INI BT HARAP SELALU MASUK KE CW DAN BOLEH KITA QSO PERLAHAN HI HI BT HPE CUAGN GB NICE QSO WITH YOU 73 73 9M2GET DE9M2MGL SK E E


E E ( 9M2GET)


RR bermaksud roger
FB fine business,boleh juga dikatakan sebagai Ok,Oh Ya...Ya
OK OK sewaktu kita ketiadaan idea tengah dok fikir nak kata apa OK mirip kepada errrrr....
BT perenggan atau ayat berikutnya
NN bermaksud nine nine atau 99
HW CPY? bagaimana terima saya?
K adalah kata ganti over jika dalam voice QSO
*jika K dihantar sewaktu QSO diantara 2 stesen maka QSO itu boleh disertai oleh lain rakan
KN bermaksud QSO itu adalah privacy tidak mahu lain stesen ganggu.
SK silent key kebiasaan dihantar selepas tamatkan sesuatu QSO
E E tiada membawa maksud apa-apa ia adalah satu style yang turun termurun sejak dari dahulu
HPE adalah kata singkatan hope to see you again
GB kata singakatan bagi good bye
Hi Hi adalah ketawa dalam cw

untuk kemaskan lagi QSO kita boleh masukkan AR selepas tamat penghantaran dan diikuti dengan callsign rakan dan callsign anda,contoh seperti OK SAYA RASA ANDA TAHU APA YANG SAYA MAKSUDKAN AR 9M2GET DE9M2MGL KN

*Selain daripada QRL? QRL? untuk pastikan bahawa ada sesiapa yang menggunakan frekuensi ini,kita juga boleh menggunakan ? ? dan diikuti dengan callsign ? ? DE9M2GET DE9M2GET K

Friday, June 19, 2009

OSCAR DAN ZERO














Belajar cw ni kena banyak bersabar,sebab itu sabar adalah faktor utama yang membuatkan seseorang itu berjaya menguasai cw,sungguhpun cw memerlukan seseorang itu mendengar dan terus mendengar ada ketikanya kita hampir berputus asa kerana peningkatan demi peningkatan adakalanya tidak memberansangkan.
Apa pun yang berlaku atau akan berlaku suka saya ingatkan jangan harapkan sesuatu kejayaan itu sepantas kilat seperti yang kita inginkan.Ketahuilah kemampuan seseorang individu amatlah berlainan,ada orang dalam masa sesingkat dapat menguasai cw ada pula tidak Saya sendiri terpaksa berhempas pulas kira-kira setahun dan dua tahun untuk mantapkan cw saya.

Ada rakan 9W yang email kepada saya bertanyakan mengenai apabila kite menulis CW atas kertas, Oscar kite tulis cam biasa la kan...Manakala zero (nombor kosong) dipangkah..Ada betul ka nih?Saya sudah reply kepada beliau namun untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain maka ada baiknya saya nyatakan di sini,untuk ujian tak perlu risau maksud saya sessi ayat-ayat tak ada nombor-nombor atau angka,kalau ada nombor adalah dalam bentuk ayat atau perkataan contohnya seperti SEPULUH ORANG bukannya 10 orang.


Ujian bagi nombor hanya himpunan group nombor yang mempunyai 10 group nombor dan 5 nombor dalam satu group nombor
contohnya 12345 56789 23456 67890 09876 65432 12123 14356 66778 45456 KESEMUANYA 10 group nombor tapi tak apa jika anda telah berlatih dengan cara itu teruskan ia tidak apa,berdasarkan pengalaman saya apabila anda telah kuasai kemahiran cw ini anda akan faham dan pada ketika itu tak menjadi masalah nak tulis 0 atau zero (nombo kosong) dipangkah

Ingatan saya pada rakan-rakan yang mempelajari cw jangan terlalu gairah untuk mendengar cw pada kelajuan tinggi 15-18wpm memadailah dengan 12wpm-14wpm,speed pada kelajuan tinggi boleh menggangu anda semasa ujian,dalam sessi ujian cw speed diandaikan pada kelajuan 12wpm dan diadakan gap antara abjad dan juga antara ayat-ayat,ini sedikit sebanyak dikhuatiri boleh menjejaskan penerimaan anda.

Rythmnya dah berlainan,jika anda pelajari cw pada 12wpm,selalu-selalulah dengar 12-14wpm,masa arwah 9M2GL mengajar saya beliau gunakan speed 15wpm dan slow speed 13-14wpm,jangan gusar apabila anda betul-betul dapat kuasai
bahasa cw ni anda akan dapati ianya mudah,untuk bahasa melayu memang mudah jika ayat dihantar SAY secara automatik
anda sudah tahu ianya SAYA-TID (TIDAK) MAK (MAKAN),dalam bahasa melayu ia adalah mudah,jika prestasi anda pada tahap
ini anda akan rasa speed 12wpm itu sebenarnya adalah lambat sebab anda tertunggu atau menunggu ayat seterusnya.


Harap penerangan ini dapat membantu anda.

Sunday, June 14, 2009

ALAHAI!!!

Air,api,tanah dan angin ini adalah unsur yang boleh dikatakan sering dipergunakan oleh masyarakat lama berhubung untuk melihat ciri-ciri pada diri seseorang,sebagai seorang muslim kita tidak wajib untuk mempercayainya begitu juga dengan hari ini di mana angka pada tarikh lahir seseorang itu boleh
membawa bertuah apabila kita mempelajari atau mengenalnya dalam mendalami "Rahsia Tarikh Lahir"Bagi nama pula halnya agak berlainan jika seseorang itu namanya Abdul mempunyai 5 karektor abjad maka disusun A=Air B=Api D=Tanah U=Angin L=Air.
Jika ianya berakhir dengan air maka merujuk kepada sikapnya adalah agak penyabar,sejuk hati dan beberapa lain.


Saya sebenarnya bukanlah hendak mengajar erti semua perkara sebegini,saya ingin mengajak anda supaya lihat beberapa situasi yang mungkin belaku,sedang berlaku dan akan berlaku dan apakah cara yang sepatutnya ditangani dengan berhemah atau lebih bersopan.

Dalam hobi ini anda dan saya mungkin pernah mungkin tidak, berhadapan dengan situasi yang mana ketika anda berhubung
dengan rakan di radio,tiba-tiba pemancaran anda dipintas/pancung/ditekan PTT dengan sengaja,pada anda dan saya sekiranya hal ini terjadi mungkin pihak yang melakukan mempunyai niat yang tidak baik.Sebagai pihak yang diperlakukan sedemikian usahlah cepat kita melatah,amarah ada sifat azali iblis dan syaitan dan begitu juga pihak yang memperlakukannya.
Kita perlu peka dengan situasi atau dengan topik yang diperbualkan,ada pihak yang suka dan ada pihak yang tidak,untuk menegur mungkin agak sukar menekan PTT adalah difikirkan jalan paling mudah oleh individu tersebut.Oleh itu janganlah kita memajak repeater terlalu lama dengan topik yang membosankan.

Merujuk kepada perkara ETIKA DAN PROSIDUR /TATACARA OPERASI IARU edisi ke 2 Julay 2008

Perkara 11.7 APAKAH YANG PERLU DIBUALKAN DI JALUR/BAND AMATUR?
Hal atau perkara-perkara yang diperbualkan dalam komunikasi radio amatur sepatut/seharusnya berhubung kait dengan hobi
radio amatur.Ham radio adalah hobi tentang/mengenai keadah perhubungan radio namun pada pendapat saya tidak salah jika
ianya tidak tersasar daripada hal-hal yang negatif.

Dalam perhubungan radio kita ditegah sama sekali untuk menyentuh perkara seperti berikut?

1.Hal-hal berkaitan agama

2.Hal-hal berkaitan politik

3.Perniagaan,anda boleh bercerita hal yang bersangkutan dengan pekerjaan anda tetapi tidak untuk bertujuan menghebahkan
sebagai satu bentuk pengiklanan.

4.Hal-hal menghina/mempersendakan/menjatuhkan air muka secara langsung atau tidak kepada individu,kumpulan,bangsa,agama atau hal berkaitan kejantinaan.

5.Lawak jenaka kamar tidur/bilik mandi,jika jenaka sedemikian tidak kita ceritakan kepada anak kita yang berumur 10 tahun
usahlah diceritakan kepada umum.Kita harus peka bahawa perbualan kita mungkin dikongsi dengar dengan rakan yang sedang mobile atau sedang bersantai bersama Keluarga.Adakalanya satu ayat mempunyai 2 maksud yang berlaian namun jika ianya berkonsepkan kepada kelucahan elakkan dipergunakan.

6.Mengikut etika dan tatacara IARU perkara yang tidak bersangkutan dengan radio amatur harus dielakkan.


Merujuk kepada perkara 11.7.6 tak ramai ham kalangan kita termasuk saya sendiri tidak mempunyai latar belakang yang berpengentahuan teknikal atau berpendidikan teknikal,adalah agak sukar untuk mengikutinya,apa pun saya rasa tidak menjadi satu kesalahan untuk berbicara hal-hal berkaitan yang tidak bersangkutan dengan bab teknikal asalkan tidak menyingung mana-mana pihak.

Ham hari ini diwarnai dengan ahlinya yang dikalangan pelbagai profesion daripada nelayan,petani sehinggalah ke golongan
professional,hobi ini bukan lagi mampu dimiliki oleh mereka yang berstatus berjawatan tinggi,kajian tak rasmi telah mendapati bahawa tidak semua ahli ham yang mempunyai satu hobi sahaja,ada yang minat memancing,sukan lasak dan hobi amatur radio adalah tempat mereka menemui rakan yang punyai hobi yang sama dengannya.Suka saya ingatkan saya sendiri dan juga rakan-rakan sehobi,lesen amatur radio adalah merujuk kepada
stesen radio peribadi yang membataskan semua aktiviti pemancaran kecuali perhubungan sesama ahli.

Apakah dibolehkan kita memancar dengan tujuan menghiburkan memasang muzik?
Jawapannya tidak sama sekali,frekuensi radio amatur bukan digunakan untuk penyairan lagu-lagu atau muzik ini yang ramai dikalangan ahli tidak ambil kisah,ada yang memacar lagu-lagu dengan niat untuk memperdengarkan kepada rakan radio amatur yang lain,ia adalah salah disisi undang-undang.Frekuensi radio amatur adalah untuk tujuan ujian,kajian dan yang bersangkutan dengan hobi ini,ia bukannya sebagai satu stesen radio komersial.

Satu perkara yang perlu diberikan perhatian ialah apa bila ber QSO latar belakang muzik contohnya dalam mobile hendaklah
tidak diperdengarkan semasa qso yang sedang berjalan,perlahankan bunyi muzik supaya tidak menggangu qso yang sedang berlangsung.
Seperkara lagi janganlah emosional bila berada di udara,kawal perasaan anda dan jangan maki hamun walaupun anda ingin menunjukkan keperihatinan anda kepada sesuatu yang sedang berlaku.

Setiap teguran kita ambil dengan hati terbuka,kesalahan adakalanya kita lakukan tanpa kita sedari,jangan menegak benang basah,salah tetap salah,perkara berkaitan sop perlu diikuti jika frekuensi radio amatur dipergunakan oleh amatur tapi tidak mengikuti tatacara yang sepatutnya seperti tak menyatakan callsign sektidak-tidaknya dalam masa 3 minit sekali,qso pula seperti pirate station maka oleh yang demikian,sesiapa yang monitor frekuensi tersebut mungkin beranggapan ianya adalah digunakan oleh pirate station.

Sebagai ahli radio amatur yang berlesen seharusnya kita akan memelihara tatasusila,kata pepatah masuk kandang kambing mengembek masuk kandang harimau mengucap hehehehehe....lawak tu lawak juga,apabila telah sebati dengan perlakuan tersebut maka tidak hairanlah diluar pun akan serupa keadaannya.Apakah kita layak menjadi contoh yang sempurna jika kita tidak dapat memberikan contoh yang baik kepada jenerasi baru.Biar pun sekadar hobi salah tetap salah,untuk masuk ke Singapura kita perlu mendapatkan passport,apa pandangan anda jika ada pihak lain yang masuk dan keluar ke sana tanpa passport atau visa apakah anda hanya tersenyum kerana perlakuan sedemikian?
Mungkin ya sebab anda suatu ketika pun lebih kurang sama juga seperti mereka dahulu,inilah situasi yang terjadi sekarang dan akan terus berkekalan selama-lamanya bila pihak berkenaan masih tidak berubah.

Saturday, June 6, 2009

APA ADA PADA NAMA ?

Nama seringkali digunakan untuk merujuk kepada sesuatu,benda,hidupan dan sebagainya ,bagi manusia pula nama kebiasaannya dipilih \berdasarkan dengan merujuk kepada yang mempunyai keperibadian yang elok,untuk tujuan ini nama-nama nabi atau rasul bagi masyarakat muslim amnya diambil,bagi perempuan pula nama seperti Siti,Aminah,Azizah adalah diketegorikan sebagai nama-nama evergreen,Ali,Abu,Samad pula pada kaum lelaki,nama ini dikatakan telah ketinggalan zaman,errr betul ke pendapat ini?


Saya masih ingat lagi sebelum Siti Nurhasliza menempa nama dalam industri muzik tanahair,rata-rata nama pangkal Siti agak malu digunakan,sebut Siti rghhhhhhhh......nama lama,tapi selepas penyanyi Siti Nurhasliza tengah popular nama Siti sungguh gah dipergunakan ada mak bapak fanatik dengan SN bulat-bulat letak nama anak mereka dengan nama beliau.
Apa ada pada nama? ya.....apa ada pada nama itu yang mungkin sesetengah daripada kita persoalkan,bagi saya masyarakat kita hari ini selalu kaitkan kalau anak tak reaksi atau tak match dengannya, anak itu kerap menangis mahu tak mahu terpaksalah kena letak nama lain.


Lain pula dengan barangan, nama barangan yang mempunyai nilai kormersial dan diakui berkualiti mempunyai nilai harga yang tinggi jenama cap ayam seperti barangan buatan China selalunya murah,jika suatu barangan itu memonopoli barangan yang hampir sama
maka silap haribulan barangan yang "ORIGINAL"/asli akan jatuh harga atau mengalami kemerosotan penjualannya,ini yang terjadi kepada telefon bimbit berjenama nokia..saya tertarik dengan moto suatu syarikat pengeluaran barangan elektrik yang berjenama iaitu "Barangan Bemutu Tidak Memerlukan Kata-kata indah"eemmm...dalam maksudnya tu...
Barangan yang mahal harganya kita akan ingat selalu,mungkin kerana sering diiklankan di kaca tv...atau di dada-dada akhbar kenapa yaa..dah cukup gah namanya masih memerlukan pengiklanan seperti itu?

Nasi Ayam Periuk Besar....eemm...kenapa nak letak periuk besar?kenapa tidak letak nasi ayam sahaja...ingat jika barang itu makanan yang sedap dan dimana letaknya maka nama tersohor hanya pada barangnya namun nama kedai sudah tentu untuk rujukan atau tarikan.

Alkisah pasal nama kita lupakan, isyarat panggilan atau callsign pula adalah penting dalam dunia radio amatur,callsign adalah ganti nama diri anda jika bernasib baik anda mungkin dapat memohon callsign yang punyai erti tertentu kepada anda seperti 9W2MR ( Mohammad Roslee ) Untuk itu setiap permohonan CS( Callsign) tidak semestinya anda akan perolehi dengan apa yang anda rancangkan,tak kala saya lulus RAE dahulu saya cuba untuk mendapatkan CS 9W2AA tapi akhirnya terpaksa akur menerima 9W2AK,pemilihan callsign juga penting oleh kerana populasi ham kian bertambah 3 alphabet pun dah semakin tiada pemilihan,terpaksa akur dengan apa yang diberikan,namun tidak bagi mereka yang baru memperolehi 9M,banyak pilihan boleh dibuat nak tukar namun adakah kita sedar apakah kesan penggunaan CS yang dipilih?
Bagi mereka yang akan aktif di CW sudah tentu pemilihan CS akan memberi kesan kepada penghantaran,cuba bandingkan 9M2HHH dan 9M2EEE ya HHH agak lebih panjang daripada EEE bukan?


Dalam cw 9m2EEE besar kemungkinan akan didengar sebagai 9M2S dalam high speed cw oleh yang demikian penghantaran perlu berhati-hati ,bagi bagi mode ssb pula mungkin perlu sebut nine mexico two echo echo echo atau nine mexico two england,england,england kerana di HF keadaan berlain sekali dengan 2M,anda boleh baca pada posting saya yang lepas berhubung dengan penggunaan phonetic dalam Dxing.


Setiap permegang lesen kelas A disyorkan untuk memilih callsign yang sesuai jika anda ingin bekerja pada mode cw.Setiap hantaran biarlah sebolehnya sedikit sahaja .Maksud saya jika 9M2 sudah ada 12 ketukan dan tiga abjab biarlah pendek ketukannya.Sebutan dalam SSB mudah namun dalam cw dirasakan agak panjang ketukan.Bandingkan 9M2QYP,9FLF dan 9M2AAN,9M2UDA.Pada mereka yang baru belajar untuk QSO dalam cw mode lakukan latihan penghantaran dari masa ke semasa untuk memantapkan skill penghantaran,sebaik mungkin belajar mantapkan penghantaran mulakan dengan speed normal12wpm,15wpm,18wpm,20wpm dan seterusnya,apabila anda telah bermula dengan high speed maka anda agak kurang selesa untuk menghantar dalam slow speed,pada ketika ini keletihan dan kelambatan dapat dirasai,9M2AR pernah terpejam dan hampir tertidur semasa ber qso dengan saya pada low speed hehehehe.


Kesesuaian callsign untuk 9m masih banyak terpulang pada pemohonnya ada yang pangillan callsign singkatan nama seperti 9m2abu Abu Bin Umar dan ada juga singkatan panggilan manja LIN 9M2LIN,bagi pemengang lesen A anda punyai banyak pilihan,suka saya ingatkan jika hendak memanggil rakan janganlah diubah phonetic dibelakang sesuka hati contoh 9M2HRH Hantu Raya Highway sungguh pun niat sebagai gurauan tapi mungkin tidak bagi rakan tersebut,walau sekadar hobi kita perlu hormati callsign rakan kita biarpun kadang kadang-kadang abjab itu boleh kita reka bermacam macam makna.


Callsign ialah panggilan diri dalam hobby yang penuh dengan batas kesusilaannya,setiap callsign ada makna tersendiri kepada pemiliknya,ia hendaklah dijaga dengan sebaiknya,callsign bukan untuk dipinjam atau dipajakan kepada mana rakan,anda terpaksa berhempas pulas untuk mendapatnya tetapi anda harus ingat ia juga cukup senang ditarik balik oleh pihak kawalselia jika anda melanggar lunas lunas yang diperuntukan.


Apa pun catatan saya pada kali ini bukanlah bermaksud untuk menyuruh anda menukar callsign bagi memudahkan apa-apa aktiviti catatan saya sekadar santapan untuk kita semua fikir-fikirkan.Callsign juga melambang diri kita apabila kita bertemu rakan diudara,sentiasalah menjaga peradadban."Manusia mati meninggalkan nama,harimau mati meninggalkan belang,ada ketikanya hampir kita terlupa namanya namun callsignnya
tidak,Siapa nama apa callsignnya?? akan terus ditanya walaupun kita telah pergi ke daerah nan abadi.

Friday, June 5, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU (6-6-2009)

-SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ADIK RAFIKA HJ.SULAIMAN DAN PASANGANNYA RAHIM HJ.HAMIL "DUA HATI YANG TELAH DISATUKAN" IKATAN SEJOLI BAKAL BERGELAR RAJA SEHARI SEMOGA BAHAGIALAH HENDAKNYA KE ANAK CUCU-


Ya Allah ya tuhan kami,kami mohon doa restu mu,berkatilah majlis mereka ini semoga majlis perkahwinan mereka ini berjalan dengan sempurna sepertimana yang kau kehendaki dan semoga perkahwinan ini berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat.Amin Yarabbal Alamin .

Tuesday, June 2, 2009

ETIKA-PERATURAN-DISPLIN DIRI

Suka saya umpamakannya satu frekuensi ( HF)untuk Dxing adalah sebagai sebuah padang permainan,pemainnya adalah anda dan juga beratus atau beribu ham yang lain,malangnya padang tersebut hanya boleh menempatkan seorang pemain sahaja pada sesuatu masa,ini adalah satu kenyataan yang harus diterima dan telah diakui oleh semua ham seluruh dunia,apa pun kita semua tahu bahawa semua pemain (ham) perlu bermain atau membuat latihan dengan menggunakan padang tesebut (Frekuensi).

Ayat-ayat di atas merujuk kepada satu frekuensi yang telah digunakan oleh anda akan tetapi frekuensi itu juga ada atau akan
digunakan oleh ham yang lain.Ini adalah masalah yang tidak dapat tidak terpaksa dihadapi oleh semua ham seluruh dunia termasuk anda,apakah harus anda lakukan bila frekuensi yang anda sudah gunakan agak lama juga, tiba-tiba kedengaran ada stesen lain juga turut mengguna pakai frekuensi tersebut(memanggil CQ) atau ada terdengar ada stesen sedang berQSO di frekuensi tersebut,walaupun 1/2jam berlalu dan ternyata sebelum ini ia kelihatan kosong tidak digunakan selain daripada anda.

Bagi mereka,mereka juga berpendapat anda juga telah mempergunakan frekuensi (menggangu) yang sedang mereka gunakan.
Apa pun sebagai sorang ham anda harus bijak dan berfikiran terbuka,di sini toleransi memainkan peranan "anda dan dia"
akan memutuskan bahawa perkara yang terjadi bukan salah sesiapa "Besar kemungkinan Propagasi atau band skip"telah pengaruhi,sebelum beliau atau anda maklumkan yang frekuensi tersebut telah anda pergunakan maka dengan semangat setia
kawan berundurlah salah seorang daripada anda.

Bagaimana hendak mengatasi masalah ini?

1.Iaitu dengan menerangkan dengan jelas kepada semua ham mengenai undang-undang dan peraturan sedia ada dan memotivasikan supaya dipergunakan maka dengan itu setiap ham diharapkan dapat menangani situasi berkenaan dengan cara yang betul lagi berhemah.
Kebanyakan masalah sering terjadi kerana kurang keperihatinan mengenai peraturan atau tatacara dan masalah ini ditangani dengan cara yang salah,sebagai ham yang bergiat bebas dijaluran antarabangsa Dxing,echo link dan lain-lain kita mewakili negara kita Malaysia,selaku sebagai duta kecil jangan malukan negara kita dengan tingkahlaku yang kurang sopan,masyarakat ham luar tidak akan melabel ham Malaysia sebagai ham yang kurang ajar.

Self Descipline/Displin Diri

Pusing pi pusing mai apa pun ia akan kembali kepada displin diri,jika anda bukan ham yang berdisplin maka sudah tentu
kemarahan anda tidak dapat dibendung,maki hamun mungkin terkeluar bila salah satu stesen tidak mahu beralah.

" ZERO BEAT" STESEN CW YANG SEDANG MEMBUAT PANGGILAN CQ

Untuk reply kepada panggilan stesen yang membuat panggilan cq anda cuba padankan pitch cw signal yang diterima agar match dengan pitch sidetone seperti cw sidetone radio anda,oleh itu lakukan beberapa langkah berikut:

1. Set radio anda pada mode CW.
2. Dapatkan signal CW daripada stesen cw yang sedang membuat panggilan CQ.
3. Putar tombol channel tuning knob(pengubah channel) sehingga signal cw yang datang atau terima pada tahap maksima bacaan pada S-meter(signal strength meter)radio anda.
4. Pastikan radio anda diset dalam keadaan tidak memancar iaitu anda tidak menekan keyer.
5. Lepaskan seketika key anda jika anda sedang memegangnya tumpuan diberikan pada pendengaran dan teruskan membuat putaran pada tuning knob untuk dapatkan pitch yang hampir sama.
6. Setkan radio anda pada mode transmit dan send callsign anda contoh 9M2JEN K untuk menjawab pangilan setesen tersebut,atau anda juga boleh menghantar 2x callsign saya contoh 9M2JEN 9M2JEN K.

Anda juga boleh cuba bermain dengan RIT knob kerana RIT klik berfungsi.

Sunday, May 31, 2009

PENANGAN ATU AUTO DAN ATU MANUAL





Ketika masih belum mempunyai ATU (Antenna Tunning Unit)saya membuat mono band dipole,dipole yang diukur pada frekuensi band terpilih dan pada frekuensi terpilih sebagai contoh 40m band pada frekuensi 7.043mhz.

Antenna dipole itu saya ukur dengan kiraan yang cukup teliti kerana saya amat menitikberatkan swr yang minima,alhamdulillah berpandukan swr meter yang ada pada IC718 dan swr SX200 sedia ada bacaan swr sekitar 1:2:1 pada saat saya mulakan tunning power radio saya pastikan berada pada low power 5watt dengan mode cw saya keyinkan keyer saya dan tentu sekali mata saya fokuskan kepada swr meter yang berada di hadapan saya.
Setelah mendapat swr reading saya naikkan power ke 10w,15,20 dan 40w,apa pun tumpuan pada swr meter adalah menjadi taruhan.

Apapun perkara sedemikian sudah lama berlalu,dengan sedikit
tabungan saya berjaya mendapatkan MFJ945E atu manual,dengan adanya atu ini sebarang pengubahan frekuensi agak lebih selesa
tanpa perlu takut-takut,apa pun saya masih berpegang kepada prinsip jangan terlalu percayakan kepada atu yang digunakan.
Pada saya telinga harus peka,peka bermaksud dapat bezakan signal pada keadaan antenna "jatuh,putus,lost connection dan sebagainya,short circuit"mungkin saya agak biasa dengan element dipole yang kerap jatuh ke bawah saya dapat bezakannya.Mata sering tertumpu kepada swr meter.

Antenna dipole yang dibina haruslah benar kalis air pada bahagian feedpoint,jika tidak akan berlaku litas pintas semasa hujan,untuk memeriksa adakah antenna anda short circuit, dengan menggunakan multimeter pada julat ohm meter sentuhkan probe kepada internal dan outer PL259 jika terdapat sebarang bacaan meter,bermakna antenna anda berlaku short circuit,ini adalah bagi open dipole bagi yang menggunakan antenna lain dan sebagainya saya tak pasti,anda boleh cuba sendiri.

Seperti memandu kereta lazimnya mata saya acap kali melihat pada temperature meter,jika berlaku over heat pada enjin sekurang-kurangnya saya dapat meminimakan kerosakan atau mungkin saya dapat bertindak lebih awal.Oleh itu kepada anda yang menggunakan atu sila berikan perhatian,sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

Mengapa saya dan beberapa ham lain tidak berminat kepada ATU automatik,jawapannya ialah kos dan risiko,bagi saya,saya lihat risiko adalah suatu yang serius kerana atu tersebut mungkin miss match bila mana power atu itu cut off/terputus atau power yang dibekalkan tidak mencukupi,ATU jenis automatik memerlukan supply untuk bekerja manakala atu jenis manual tidak.

Ingat! atu sebenarnya bukanlah satu alat untuk tune antenna menjadi panjang atau pendek,atu adalah alat yang matchkan talian pemancaran dengan radio anda,oleh itu adalah tidak menjadi hal untuk alat ini meng"matchkan"bila antenna jatuh atau putus tanpa anda sedar.Bagaimana jika atu anda tak dapat power supply yang mencukupi?adakah efficiencynya masih berada pada tahap selamat?fikirkan....

Atu jenis manual memerlukan sedikit kemahiran untuk melaras,ianya mudah 3-4 kali sessi latihan anda akan mahir,atu jenis atomatik mudah namun anda berdepan dengan risiko yang agak tinggi jika dibandingkan dengan penggunaan atu manual,apa pun terpulanglah kepada penggunanya.


Pandangan dalam sebuah atu buatan sendiri.
Yang pastinya ia bukanlah milik saya.

Sunday, May 24, 2009

YANG MANA SATU IDAMAN KALBU

Sebut saja idaman ertikata berkenan merujuk kepada "Syok" iaitu meminati atau mengemari,jika ianya berkaitan manusia sesama manusia ertinya teruna bersama dara janjinya ialah ikatan perkawinan.
Jika barangan bermakna kita akan cuba untuk memiliki barangan itu,jika ianya berkaitan dengan hobi bagaimana pula?

Ya hobi... lebih-lebih lagi jika anda ingin memilih yang mana satu keys bukan bermakna..ahahhaaa...kunci??
bukan kunci rumah,kunci rumah adalah kunci untuk keselamatan rumah kita jika kita keluar rumah selalunya kita akan kuncikan,lagi satu kunci hati amnya merujuk kepada orang tengah bercinta orang akan istilahkan sebagai angau... hehehe walaupun sebutan kunci tetapi mempunyai ertikata yang berlainan.
Kita tinggalkan dahulu pasal bahasa kunci mengunci ini tetapi keys atau kekunci telegrafi atau bahasa orang putih keys sudah pastinya rakan radio akan mengenalinya,namun saya pasti 80% daripada rakan ham tak pernah sentuh atau tekan-tekan key ini.....

Keys ini ada pelbagai bentuk dan rupanya jenis bulat.jenis panjang.jenis goyang,hindik (tekan-tekan)Ia dibahagikan kepada tiga bahagian pertama straight keys kedua paddles/electronic keys dan yang ketiga bugs.

Keys ini ada pelbagai saiz ada sekecil 7cm dan ada yang seberat 300 gram,ada juga diperbuat daripada jenis copper/tembaga,aluminium,kayu dan ada juga jenis chrome,dan gold plated,di pasaran ia dijual pada harga sekitar Rm80 hingga mencecah ribuan ringgit bagi yang berjenama terkenal,namun untuk memilikinya seseorang itu ada yang terpaksa menabung dan ada yang membuat sendiri dengan bahan-bahan terbuang ,kepada yang mempunyai
wang mereka boleh mendapatkan seberapa banyak untuk kegunaan atau pun sebagai koleksi peribadi.

Walaupun harga dan bentuk berlainan tetapi fungsinya tetap sama dan terpulang pada peminatnya menggunakan.Jika anda ingin Menaikan taraf hobi anda dari 9 whiske ke 9 mike anda mesti mengunakannya, mau tidak mau anda akan membuat pilihan yang mana satu ?

Soalnya yang manakah cara yang sesuai untuk anda? Straight keys atau peddles, kebanyakan yang terdapat disini ada dua jenis saja jarang saya nampak jenis bugs kemungkinan ada tetapi saya kurang pasti.Ada individu suka dengan situasi mengetuk,cara ini agak sukar kerana ia akan melenguhkan pergelangan tangan anda,keadaan beroperasi juga penting anda mungkin terpaksa mengampu tangan kiri anda untuk mendapatkan keselesaan,Kelemahan straight keys adalah cara "kepantasan" anda tak mampu menghantar pada kelajuan tinggi 25wpm ke atas hanya pada kelajuan 18wpm pun dah cukup sengsara bagi saya menghantar dengan key buatan saya tu,teralu lama pergelenggan tangan akan terasa sakit.

Ingat cara terbaik adalah sentiasa menghantar dengan tangan kiri ia adalah bagus untuk praktiskan sebegini kerana tangan anda sentiasa memegang pen untuk mencatatkan maklumat yang diterima.....saya tak pasti bagaimana dengan anda,apa pun ia tidak menjadi satu kesalahan akan tetapi satu tangan untuk membuat dua kerja mungkin agak kelam-kabut sedikit.Penggunaan Paddles atau squeeze key agak merehatkan kerana anda tidak perlu menghentak/mengetuk lebih kepada mengepit atau mencubit-cubit jari jemari ibu dan telunjuk memainkan peranan utama,sessi penghantaran tidak melenguhkan lengan anda,tiada lagi kerja-kerja ampu mengampu lengan.

Kebiasaan squeeze key digunakan untuk penghantaran pada kelajuan tinggi seperti 25wpm ke atas ia amat menyelesakan.Kelemahan ia adalah anda tidak boleh mengiramakan alunan tone mengikut lengokan anda atau laju dan terus perlahan. Squeeze key atau paddles memerlukan ketepan jika tidak anda mungkin menghantar lebih daa....atau dit...apapun latihan demi latihan masih diperlukan untuk meningkatkan kecekapan.


Bagi saya sehingga kini saya agak selesa dengan keys yang saya buat sendiri walaupun tidaklah secantik yang komersial tapi saya amat berpuas hati kerana dengan budget kecil saya masih dapat enjoy dengan hobi ini.Dengan menggunakan batang penyapu
sebagai tombol pemegang kekunci,skru s/steel,cebisan pcb bagi contact pada bahagian bawah,bateri yang second hand,speaker daripada radio rosak dan kepingan kayu
terbuang saya buat sekemas yang boleh,pada saya nilai harga tidak penting tetapi skil adalah utama,keys yang saya perbuat masih ada saya simpanan saya,walaupun ia


tidak bernama tetapi berharga pada saya. semasa ujian penghataran isyarat mores code keys ini juga saya gunakan hingga Pegawai ujian terpegun melihatnya cara saya membuatnya daripada kayu.



Saya pernah terjumpa dalam internet ada yang mempergunakan klip kertas sebagai bahan utama untuk dibuat key...saya diberitahu oleh 9M2ALL cara beliau bermain dengan electronic key adalah berbeza dengan mereka yang lain,beliau menggunakan ibu jari untuk "daa" dan jari telunjuk untuk menekan "Dit"unik kan...ni ala-ala Man kidal yang main guitar dengan tangan kiri yang talinya masih dalam keadaan songsang Oh ya....sehingga posting ini ditulis beliau yang mahir dengan squeeze masih tidak mampu untuk menghantar karektor "C" dengan menggunakan straight key.

Bagaiamana dengan pilihan anda "Kata orang tepuk dada tanya selera."

Saturday, May 23, 2009

CW QSO-TERIMA KASIH CIKGU

Saya masih ingat lagi satu ketika dahulu selepas lulus cw test untuk mulakan cw qso agak sukar bagi saya,pada masa yang sama juga saya tak punyai rakan atau guru untuk menunjuk ajar cara yang betul,untuk masuk ke 40m amnya 7.043mhz agak mendebarkan siapa yang harus saya panggil,pada ketika itu saya tidak rapat dengan mana-mana 9M,9M yang saya kenal tidak lagi aktif dalam hf,saya cuma mengenali 9M2HKL(9M2ALL) pada ketika itu beliau juga masih belum mempunyai hf set,mahu atau tidak saya mesti masuk ke hf,apa yang pastinya cikgu Rahman 90% sepastinya akan menjawab panggilan saya,saya agak tidak selesa dengan keadaan begitu sebenarnya,saya berpendapat beliau sudah pasti akan menguji saya,apakah saya ni lulus lesen kedai kopi atau benar-benar lulus selepas diuji,eemm.....apa pun terjadi saya mesti aktifkan diri di hf
dan ternyata betul apa yang telah saya dugakan,selepas beberapa siri qso di ssb cikgu menyarankan saya untuk mahirkan diri ber QSO di cw,terus terang saya maklumkan kepada beliau yang saya masih lemah,keupayaan cw saya untuk qso memang mendukacitakan hehehehe....apa pun saya ambil saranan beliau sebagai satu cabaran,maka bermula daripada itulah saya diberikan tunjuk ajar daripada beliau.

Saya beranikan diri untuk membuat cw cq call,cikgu menjawab dan saya agak terkantoi-kantoi menjawab atau reply kepada beliau,saya terangkan kepada beliau saya bermasalah dengan qso cw.QSO cw saya tidak lancar dan memang mendukacitakan.
Saya tidak nafikan saya lulus cw hanya kerana saya diuji kecekapan menerima dan menghantar(Sending masa ujian boleh tengok teks)dan keupayaan untuk qso memang agak berlainan.
Azlan 9M2AGC maklumkan kepada saya beliau memperuntukan selama 1/2jam/hari untuk membuat latihan sending dengan melihat teks-teks daripada akhbar atau buku-buku,dengan cara sebegini lama kelamaan akan memperbaiki mutu penghantaran da n melancarkan cw qso....apa-apa pun saya kagumi dengan dengan keupayaan beliau.

Untuk pengetahuan semua,saya mempunyai masalah untuk menghantar tanpa melihat teks,setiap kali tamat penghantaran daripada cikgu saya mengambil masa untuk menulis ayat-ayat untuk respon kepada pertanyaan/qso beliau,long pause yang lama memang membosankan,bagi beliau krateria sebagai seorang guru memang menyabarkan,apa taknya respon saya mengambil masa selama 20 ke 30 saat.

Bagi menyelesaikan masalah itu beliau mengajak saya untuk berlatih dengan cara berikut:

Beliau memancar di SSB(voice)dan saya akan memancar di cw
saya diminta untuk RIT kan radio saya sehingga dapat mendengar suara beliau dengan jelas,sessi bermula dengan beliau meminta saya menghantar apa aja ayat yang beliau tuturkan,selepas beberapa siri latihan beliau membuat rumusan bahawa saya sebenarnya tak perlu menulis dan menghantar dan beberapa siri latihan tersebut telah membuktikan saya sebenarnya mungkin kurang keyakinaan.

Bermula dengan qso ayat-ayat pendek,cikgu mula panjang-panjangkan dan saya terpaksa mengikut rentak beliau,
"selamat petang buat apa tadi?""wx dekat tempat saya panas" "bagimana dengan alor setar?sudah makan ke belum,makan apa"

itulah antara ayat-ayat pendek bagi permulaan sessi,kemudian cikgu dalam diam meningkatkan kelajuan penghantaran beliau dan saya agak sukar copy lengkap apa yang beliau hantar,saya terpaksa melengkapkan catatan saya untuk respon kepada qso dengan beliau,saya akan beritahu beliau jika beliau agak laju
Beberapa hari,minggu berganti bulan alhamdulillah akhirnya saya mencapai pada target yang beliau inginkan iaitu 18wpm,sebagai menghargai kejayaan saya diberikan sehelai t.shirt dan cap.

Saya akui jika tidak kerana dorongan dan tunjuk ajar beliau saya mungkin tidak mampu untuk ber qso dalam mode cw.
Apa pun sempena hari guru saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Terima kasih cikgu"saya rindukan lenggokan irama daripada ketukan key beliau.

Harapan saya semoga cikgu kembali aktif di persada ham radio.

Kepada 9M yang baru,saya syorkan beberapa frekuensi berikut untuk kita bertemu/qso perlahan tak mengapa asal kemahiran anda dapat dipertingkatkan.

Antara frekuensinya adalah:
7.010mhz,7.015mhz dan 7.020mhz panggil dulu di SSB 7.043mhz
kemudian qsy ke frekuensi yang akan dinyatakan di atas tadi.
Ini adalah saranan daripada beliau dan meminta supaya saya membantu anda semua.

Thursday, May 21, 2009

Kemunculan 2 stesen 9M di Utara Terkini

Tahniah dan syabas kepada 2 orang rakan ham di Utara yang baru bertukar callsign ke 9M iaitu:


9W2LLK-9M2GET-Handle operator Hairie Perlis
9W2YEH-9M2YAS-Handle operator Alias Kangar Perlis

Wednesday, May 20, 2009

ANDAI IA TERJADI.

Apa kata satu masa nanti cw tidak lagi akan diterima pakai sebagai
keperluan utama untuk naik taraf ke lesen A. Seperti mana yang kita sedia maklum ramai di kalangan pemilik lesen kelas B bermati-matian untuk melihat cw dimansuhkan dan diamgap sebagai satu halangan untuk menikmati salah satu hobby ini.
Persoalannya sekarang adakah ujian untuk ke langkah berikutnya benar-benar mudah? Apakah semua pihak akan selesa dengan keadaan ini,individu yang terlalu lemah dalam hal berkaitan teknikal seperti saya amat bersyukur kerana telah melalui saat yang sebenarnya tidak sesukar mana,untuk cw saya tak perlu medalami hal yang berkaitan teknikal. Saya cuma mendengar dan rajin mendengar untuk lulus cw itu adalah kuncinya.Jika diadakan ujian kelayakan untuk kelas A tidak diadakan cw kemungkinan saya akan kantoi macam rakan saya tempoh hari tu semasa tuan rumah lama.
Apa kata Jika ia dimansohkan kelas B,mari lah kita renung sejenak.....

1.Apakah krateria utama yang perlu diuji untuk seseorang itu diberikan taraf lesen A?
2.Apakah bentuk ujian yang akan dijalankan?.
3.Adakah intermediate rae diperkenalkan bagi tujuan ini?
4.Apakah soalan-soalannya mudah sama seperti rae

Semua ini akan menjadi pertanyaan kepada mereka yang bakal menempuh
"Anjakan Paradigma".....Adui..sedap bunyinya..hehehe
kepada satu proses yang baru,saya percaya proses kenaikan taraf melalui cara
sebegini bukanlah mudah. Namun sekiranya ramai di kalangan 9w berharap akan berlaku sebegini tanyalah pada diri kita sendiri. Adakah kita sudah bersedia dan berpendapat ujian ini melaluinya dengan mudah.
Sejauh manakah pengetahuan teknikal yang anda ada,bagaimana dengan teori yang berkaitan dan hal-hal lain seumpamanya.

Apakah mungkin dalam ujian tersebut akan diadakan:
A.Beberapa teori dan perlu disokong dengan pengiraan dan dibangkitkan dengan pembinaan antena atau sebagainya.mungkin anda diberikan beberapa komponen dan diminta lakukan kerja-kerja solder,solder PL259, RCA jack dan cable apa yang sesuai patut digunakan,beberapa siri kerja-kerja amali mungkin akan diadakan.

B.Anda mungkin diminta diadakan(setupkan) dengan ringkas hf stesen,mungkin juga diminta untuk membuat tunning pada frekuensi 10meter dan mungkin juga pada masa itu Pegawai SKMM akan tanya kenapa kita kena perlu membuat tuning,bagaimana dengan sistem grounding,apa yang menyebabkan TVI jika besar kemungkinan menyebabkan gangguan rumah pada tv jiran apa perlu kita lakukan,apa tujuan low pass filter,high pass filter yang dipasang?

Semua ini adalah apa yang mungkin kita jangkakan,pada mereka yang sudah biasa dengan hal ini alah bisa tegal biasa bagi yang hanya celik-celik mata dengan vhf bagaimana pula? Jika ianya mudah, itu bukanlah ujian,jika ianya susah, sudah tentu akan jadi satu bebanan,tepuk dada tanya selera,masa tidak menunggu kita tapi sebaliknya kita dilihatkan sering ditinggalkan masa.

Apa kata sistem lesen B yang ada dimansuhkan,cuma diperkenalkan satu gred lesen sahaja iaitu kelas A saja.
Proses tidak melalui cw tetapi rae yang dipermantapkan tidak seperti soalan-soalan mudah seperti yang terkandung dalam rae kini? dan hanya mereka yang lulus sahaja layak untuk ke hobi ini.

Saya pernah terdengar "sembang-sembang kedai kopi" ada orang cadangkan SKMM patut diadakan 3 kelas lesen,pertama khas untuk orang suka bercakap kelayakan ini ialah jawap 25 soalan mudah dan jawap di hadapan computer bab SOP dan law lepas lulus bagi callsign katakan 9w3 mereka ini layak di 2 meter band saja tidak lebih itu ini (lesen class novice kot agaknyalah)untuk mempermudahkan yang teringin sangat dan juga menghalalkan pemegang radio di luar kawasan band 2 meter.Untuk lesen 9w2 macam yang ada sekarang tetapi di adakan dipejabat SKMM seluruh negara cara system temujanji jika ada kekosong tempat,Mereka boleh ambil peperiksaan dan jika lulus pada masa itu juga dapat callsign.....mudahnyaa.........
Untuk lesen kelas A mesti diadakan ujian penerima dan hantaran cw sebulan sekali itu pun cara temujanji sebulan sebelum ambil ujian dan ada lagi cadangan beliau permohonan lesen sekali bayar saja untuk seumur hidup setiap callsign katakan 9W3-RM50,9w2-RM100 dan 9M2-RM150 dan kelas B diberikan lagi 1 band menjadikan 4 band ia itu VHF,UHF,10meter dan 40meter semua ini cadagan beliau,mahu pun sudah 4 cawan kopi yang diminta sudah dihabiskannya itulah dikata cadangan meja bulat tak rasmi......errrr....SKMM kalau macam inilah agaknya mana nak ada duit hehehehe...sembang kedai kopi masuk telinga kanan keluar telinga kiri,ada yang boleh diterima pakai ada yang tak masuk akal...hehehehe.

Apa kata pun semua ini ialah satu cadangan dan andaian.Terpulang lah pada pihak kawalselia mungkin mereka akan mengguna pakai ataupun tidak.
Kita berhak memberi pandangan.....mungkin satu hari nanti pasti ada orang lain beri juga pandangan yang sama.

Bagaimana jika lesen kelas B dimansuhkan hanya kelas A saja diadakan dan apa yang patut kita buat?
Apakah SKMM akan memberikan laluan mudah kepada semua pemegang lesen B sedia ada untuk melangkah terus ke 9M,
Apakah cara yang sewajarnya supaya ianya lebih adil dan saksama,Semua yang diutarakan di sini hanya sebagai melepas batuk di tangga sahaja
tidak menjejaskan apa-apa yang termaktub dalam peraturan pihak berwajib,cuma sekadar untuk kita timbang-timbangkan dan fikir-fikirkan apakah ada kebenaran disebalik apa yang telah saya nyatakan,namun jika benar. adakah pihak berwajib yang berfikir positif tentang ini, apakah mungkin dilaksanakan.Walaupun peminpin sudah berkali kali menyebut RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Sesuatu perubahan mesti ada pegerakan langkah.Apa pun semua yang bakal terjadi kita sepatutnya lebih bersedia dan terus bersedia.

Apa Kata ia terjadi..........?

Monday, May 18, 2009

MASA MENABUNG,YANG MANA PERLU DIUTAMAKAN.

Didalam kehidupan semua orang inginkan hidup dalam selesa tidak kira sama ada dengan jalan halal atau pun tidak. Keselesaan tidak datang dengan mudah,kita perlu berusaha ada ketikanya mudah dan ada ketikanya tidak.

Ada orang mengunakan minda untuk mendapat keselesaan hidup dan ada juga terpaksa membanting tulang empat kerat, Apa pun tujuannya adalah sama kedua duanya untuk mendapat keselesanan hidupan.Apabila keinginan diperolehi barulah kepuasan didalam bidang yang kita ceburi dapat diberikan perhatian, Saya berpegang kepada perinsip sesuatu yang sukar diperolehi jika dicapai adalah satu kepuasan namun jika ianya mudah diperolehi ia adalah sesuatu yang mudah saya lupakan,"Easy come easy go"
Banyak perkara yang boleh kita lakukan sekiranya ia mendatangkan minat yang mendalam dan merangsangkan kita untuk lebih mendalami minat tersebutlah yang dikatakan hobi, Ya hobi,(kegemaran)eemmm........rambut sama hitam "hobi lain-lain"aahhh kesitu pula perginya...ada orang suka kumpul benda-benda lama benda antik,basikal,super bike,ada yang gemar memancing,permainan kawalan jauh(RC/Radio Control),kamera, ham radio dan bermacam-macam lagi, Beberapa perkara yang saya nyatakan tadi terdapat dikalangan anda yang mempunyai minat yang sama.

Ada kalanya tak terlentas di benak kita bahawa ada orang hobinya memelihara hidupan liar seperti labah labah ,ular,kalajengking,semut dan pelbagai lagi hidupan yang eksotik,paling saya gemari ialah jika ada rakan yang hobinya suka memasak bolehlah kita tumpang makan percuma........he he
Apabila kita menyentuh kepada hobi radio amatur atau Ham Radio.Hobi ini ada sedikit keistimewaan seseorang itu perlu lulus ujian rae jika kandas bermakna beliau masih tidak boleh menjayakan hobi ini,mahu atau tidak kesungguhan perlu untuk memastikan beliau lulus.

Ada yang menggangap hobi ini memerlukan modal yang besar jika dibandingkan dengan hobi-hobi yang lain,untuk bayaran kertas ujian RAE Rm50.00 ini belum tentu lulus atau tidak,apabila lulus pula kena bayar surat sumpah,yuran prosess AA dan bayaran tahunan lesen mahu atau tidak mesti ambik 5 tahun baru dirasakan untung.
Seseorang boleh bermula dengan memiliki sebuah tranciever pada permulaannya akan tetapi bukan untuk transmit hanya monitor perbualan rakan-rakan ham,melalui cara sebegini mereka dapat belajar SOP yang dipraktiskan oleh kebanyakan ham, zaman sudah swl dalam ertikata jenerasi baru tidak ramai yang bermula dengan menjadi "shortwave listener",saya bermula dengan listener hehehehe......saya pada suatu masa dahulu mendengar BBC,Voice of America,siaran radio Singapore dan beberapa stesen radio daripada indonesia,sesuatu yang menjadi persoalan saya pada ketika itu saya tidak dapat mengikuti siaran pada siang harinya eeemmm....itulah yang dinamakan propagation itu hanya saya ketahui setelah mendekati hobi ini,dalam posting saya yang terdahulu ada saya ceritakan saya amat berminat dengan radio,dapat duit raya beli radio pusing IFT dan Osci Coil dan berbagai eksperiment yang saya lakukan.


Namun itu semua sudah berlalu,setelah berkecimpung dalam ham radio saya banyak belajar dan terus belajar,sehingga kini impian untuk memiliki set dan room shack yang sempurna masih belum mencapai impian,kadang-kadang saya amat teruja dengan pelaburan sesetengah rakan terutama golongan 9W,mereka mempunyai kesanggupan untuk membina tower/menara untuk kepuasan dalam hobi ini,ia adalah pelaburan yang tak berbaloi di mata orang lain tapi tidak di mata rakan se hobi,apa saja yang termampu mereka adakan adalah semata-mata untuk kepuasan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit atau sikit-sikit lama-lama habis,hehehe.....saya pernah diceritakan oleh Pak Long Marzuki 9M2MZ,katanya hati xyl pun perlu dijaga,kalau kita beli satu set radio setidak-tidaknya ada juga dibelikan rantai tangan atau gelang tangan untuk xyl kalau tidak kecoh jadinya.

Xyl ni dalam diam-diam dia sebenarnya ambil tahu apa alatan atau gadget yang kita ada atau sebaliknya,berbalik kisah pak long,dalam senyap-senyap beliau beli satu set radio baru dan dibungkus dengan kain,lewat malam selepas xyl dah tidur maka benda ni pun dibawa masuk senyap-senyap dan diletakkan di room shack dan dibiarkan radio ni berbungkus dengan kain tak dibuka. Nak jadi cerita si mak long dah perasaan sejak berapa hari kebelakan ini pegerakankan pak long berlainnan, ini menbuat mak long curiga ada sesuatu yang pak long tidak mau tunjuk dan apabila barang baru dibelikan,maka kecohlah jadinya.......hehehehe. Sorrylah pak long sebab kasi pecah cerita ini,apa pun ini bukanlah niat buruk yang nak saya sampaikan,moral of the story jangan asyik kita layani kemahuan kita sahaja,jaga-jagalah sama hati mereka-mereka semua.

Sebenarnya ada baiknya kita kemudiankan dahulu apa yang kita impikan,utamakan kepada keperluan keluarga jika ada rezeki lebih barulah boleh dipergunakan budget tersebut untuk hobi kita ini,bagi yang mempunyai kemahiran ia tak menjadi masalah,kalau radio
dan pelabagai perlatan boleh dibuat/homebrew itu amat menjimatkan,sebagai ham kita tak sepatutnya bergantung kepada peralatan komersial,pelajarilah hal-hal berkaitan antenna dan beberapa perlatan lain,saya ambil contoh sebuah antenna komersial yang paling murah adalah antenna slim Jim kalau tak salah saya hanya dalam lingkungan harga Rm40-50 made in "Hotel Sierra 9 "dan sebuah PSU atau power supply adalah sekitar Rm300-400 antenna kabel + connector dan sebuah mobil rig kosnya mencecah Rm1000 ini adalah kos yang termampu pada mereka yang semua bergantung kepada alatan komersil,namu tidak pada mereka yang boleh adakan sendiri seperti antenna,PSU daripada komputer 1/4 kos perbelanjaan dapat dikurangkan.

Apa pun ia bergantung dengan keupayaan seseorang,jika anda mahu menikmati cara yang lebih versetile tentunya semua barangan bukan daripada "cap ayam",agama melarang kita untuk membazir"memadailah apa yang kita ada,tidak semua orang dapat mengadakan setup yang "Gah"kecuali mereka-mereka yang mampu,pada saya nikmatilah hobi ini dengan keupayaan yang minima,kita boleh menabung untuk memilik barang yang kita minat,saya dapati ramai ham berbuat sedemikian sehinggalah koleksi mereka agak banyak juga.Beli sikit-sikit lama-lama jadi banyak.Pada 9w yang punyai hf ring 6m dan 10m adalah terbatas berusahalah untuk menaikkan taraf anda supaya tidak menjadi seperti "si kudung yang mendapat cincin"

Sungguh pun setaip hobby ada keistimewanya tersendiri tetapi tabungan untuk
sekeluarga mesti diadakan dan jangan lah kita berpegang kais pagi makan pagi
kais petang makan petang hanya untuk kepuasan kita.........73

APAKAH YANG DIPERJUANGKAN?

Bermula nya Marts kemudian Astra selepas itu Mares persatuan radio yang mewarnai pesada ham radio di Semenanjung Malaysiai,Marts dalam sejarah penubuhannya terlebih dahulu menempuh onak dan ranjau dalam memertabatkan hobi ini di Malaysia namun sejak 10 tahun kebelakangan ini populasi ahlinya agak terkebelakang jika dibandingkan dengan beberapa persatuan radio amatur yang lain.

Astra pula dilihat cuba memertabatkan ham dikalangan bangsa melayu khususnya daripada lapisan bawahan seperti nelayan,petani dan seumpamanya yang agak ketinggalan dalam hobi ini sebelum ini.
Di awal penubuhannya tiada sesiapa menjangka populasi ham dikalangan melayu akan naik mendadak jika dibandingan dengan Marts yang terdahulu menerajui bidang ini.
Jika diadakan "Malaysia Book Of Record "saya pasti persatuan astra ini akan tersenarai sebagai pelopor jaringan komunikasi vhf terawal bagi seluruh ham di Semenanujung Malaysia.

Kemunculan Mares pula dilihat membawa sedikit kelainan dalam aktiviti ham yang sedia ada,persatuan ini banyak memberikan fokus kepada hal-hal kecemasan sinonim dengan nama persatuannya "Persatuan Radio Amatur Kecemasan Malaysia" kebanyakan ahlinya dilatih bagi mempersiapkan diri dalam mengawal selia dan memberikan bantuan pada saat kecemasa,bencana alam dan sebagainya,dibarisi oleh mereka yang sememangnya pakar dalam hal sebegini maka tidak hairanlah jika berita-berita mereka sentiasa terpampang di dada akhbar,saya difahamkan tragedi Highland Tower yang runtuh pada awal 90an telah memberikan impak yang besar kepada beberapa ham pada ketika itu dan mereka berpendapat perlu diadakan suatu persatuan yang dianggotai untuk mengendalikan hal-hal sebegini maka dengan itu lahirlah Mares..

Tak kala ketiga-tiga persatuan ini memperjuangkan hal-hal masing-masing beberapa persatuan lain radio amatur pula muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan,bolih dikata setiap negeri ada.ini dilihatkan suatu persaingan yang positif namun,saya percaya ramai dikalangan umum tertanya kenapa perlu ditubuhkan lagi persatuan-persatuan radio amatur yang lain,apakah yang sedia ada tidak releven dalam memperjuangkan hak pengemar radio amatur sejak akhir-akhir ini,apakah masing-masing cuba mencari kelainan? Adakah berlakunya diskriminasi kepada bekas ahli terdahulunya,apakah dek kerana pandangan mereka ini tidak diterima pakai maka rajuk mereka sehingga tertubuhnya sesuatu persatuan tersebut?
Semua ini adalah tanggapan negatif yang bermain di minda semua kita. Pada pendapat saya ia adalah satu perpecahan minoriti daripada gagasan yang sedia terbentuk,mungkiin untuk memberikan keselesaan pada ahli setempat (Local ham) atau kenegerian,untuk menjaga sebuah kampung adalah lebih mudah untuk mentadbir sebuah negeri.

Dalam terus berlumba untuk menjadi "Baik di antara Terbaik"usahlah dilupakan hala tuju yang sebenarnya,bukan mengejar"Title"dalam sebuah organisasi,"Kuantiti Bukanlah Jadi Pegangan Tapi Kualiti Dipercekangkan"*cekang bermaksud mantap*

Apa pun jika satu langkah yang drastik yang diambil oleh golongan ini dan pihak tertentu bagi membawa kelaian dengan apa yang tersedia ada namun jika ianya sekadar ingin menjadi "Pak Turut"maka ianya tidak membawa ke mana seperti:

Asal kapas jadi benang
Jadi benang dibuat kain
Terkoyak baju nampak benang
Benang dijahit tertutup kain

Namun saya juga percaya kemunculan pelbagai persatuan ini ada pro dan kontra,selagi pihak pengurusan mengamal sikap belajar dan memberikan tujuk ajar maka akan lahir ham radio yang bakal dicontohi oleh persatuan-persatuan radio amatur yang lain.
Untuk aktifkan sesuatu persatuan, sumber kewangan masih menjadi pokok perbincangan yang sering diketengahkan,sumbangan daripada ahli amat-amat diperlukan bagi memajukannya walaupun hanya sekadar hobby.........73

Saturday, May 16, 2009

MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI?? TAKLAHH......

Dalam kesibukan tugas,saya cuba mencari bahan untuk posting kali ini.Mungkin ramai yang tertanya bagaimana saya boleh mendapat
gambar Haji Rashid 9M2RS bukan mudah untuk dapatkan gambar yang sedemikian rupa tambahan ianya akan membangkitkan nostalgia
kepada empunya diri dan mengingatkan kita kepayahan yang beliau lalui,pada rakan seperjuan terima kasih kerana sumbangan gambar
tersebut dan kepada Haji Rashid terima kasih juga atas kebenaran untuk dijadikan bahan posting saya.

Tertarik dengan komen beliau saya terus menjejak kisah silam beliau, melalui 9m2all saya mendapatkan nombor talian handset nya,Bagi jenerasi ham baru seperti saya,Kita sering tertanya bagaimana bermulanya episod pengenalan ham vateren seperti beliau
mendapat pendedahan kepada dunia radio amatur,pada saya mereka ini akan terus menyimpan kisah-kisah suka dan duka,Sukar bagi mereka menceritakan kepayahan suka dan duka jika ada pun,Mungkin sesuatu yang boleh membangkitkan nostalgia,kata orang "Bukan untuk masuk bakul angkat sendiri" Inilah perinsip yang ada pada jenerasi lama,mereka tidak gah dengan apa yang mereka lalui,mereka tidak menceritakan pada kita bertapa hebatnya jenerasi seangkatan mereka dahulu,saya lihat kisah-kisah ini ibaratkan kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Pada rakan-rakan dekatilah mereka-mereka ini untuk membongkar sejarah lalu.

Beliau adalah salah seorang diantara ham yang disebalik tadbir yang saya nyatakan
pada posting saya yang lepas.
Beliau bersama beberapa orang rakan lainlah yang memperjuangkan untuk mendapatkan lesen kelas B di Malaysia dan beliau juga antara yang turut terlibat naik turun SKMM untuk mendapatkan ujian morse selepas JTM bertukar tangan ke SKMM,namun bagi mereka yang tidak mengetahui akan kisah yang sebenarnya asyik menunding jari kerana mereka ini yang dikatakan mengongkong dan tidak berfikiran terbuka.
Mereka ini berfikiran positif dan tidak sekali mendabik dada seperti "hangpa tau tak lesen B yang hangpa dapat sekarang ni atas kerja siapa" Bagi mereka tomahan dan kutukan adalah perkara biasa,yang paling penting hala tuju ham radio di Malaysia pada landasan yang betul
namun ada ketikanya terpaksa "makan hati berulam jantung"apabila badan tertentu yang sepatutnya memainkan peranan lebih utama
merujuk kepada pihak yang tidak arif hal yang berkaitan dengannya.Maka bermulalah drama "Aku Engkau Dan Dia"


Pada usia belasan tahun beliau mula meminati radio,namun untuk memiliki sebuah radio bukanlah mudah,atas daya usaha beliau dan semangat yang tinggi sebuah crystal set dapat dibuat berbekalkan variable capasitor daripada radio terbuang dan gulungan wire tembaga dan juga headphone"yang dibelasah daripada public phone"hehehehe.....nak beli pun susah dapat, faham-faham ajalah.Mungkin kerana masyarakat setempat(rakan-rakan amnya) pada ketika itu masih buta kepada radio ,projek crystal radio dianggap suatu yang hebat, agak tidak logik diterima akal mereka,apa tidaknya radio orang lain guna bateri radio beliau tidak.

Saya percaya ramai di kalangan kita tidak tahu apa itu crystal set atau radio hablur,saya pernah membuatnya dengan peralatan yang mudah
dengan beberapa utas wayar sebagai antenna dan gulungan coil ,diode graminium,variable capasitor dan head phone murah saya dapat mendengar
broadcast stesen yang paling kuat dan daripada itu saya mula mempelajari cara untuk menguatkan signal dengan menambah litar penguat audio
yang menggunakan sebuah transister merujuk kepada buku "LADYBIRD".

Berbalik kepada cerita Haji Rashid tadi,set yang dalam gambar itu adalah AR88D yang dibeli dengan harga Rm50 di pasar lambak Sungai Road Singapore itu pun adalah barangan terbuang daripada askar British di Singapore,transmitter adalah buatan tangan sendiri (Homebrew ) yang menggunakan valve 807,ketika itu beliau tidak dapat menyediakan coaxial cable kerana ketiadaan wang,antenna dipole pun hanya menggunakan wayar elektrik hitam merah.
Akibat daripada tindakan beliau dan hobi ini,beliau pernah dianggap spy pada ketika itu oleh orang-orang kampung kerana mempergunakan mode cw dan bahasa inggeris.Kalau dahulu main radio masa Jepun masuk Malaya kalau dapat tangkap mesti kena potong kepala itu tangapan yang saya dan anda fahami daripada filem P.Ramlee (Sarjan Hassan)begitulah agaknya tanggapan orang kampung pada ketika itu,tapi sekarang kalau main radio tak ada takut-takut "Tak ada sesiapa tangkap"sebab itu kot zaman sekarang ni Tonto ramai sangat,alatan komunikasi bersepah dipasaran,dekat negara jiran
pun mudah didapati brand cap ayam pun berlambak....tak hairanlah masalah Tonto ini akan berpanjangan,kepada swl tak perlulah usung sana-sini
handy set,tersemat dipinggang mengalahkan rakan yang berlesen,yang menyedihkan ada yang berlagak seumpama Pak Polisi,bila diajukan soalan
"jangan tanya siapa saya"wah duhh!!!...pada saya kalau ya pun janganlah menonggolkan perkara-perkara atau benda seperti ini,nak larang pun serba salah sebab zaman dah berubah swl sekarang adalah "VHF listener"hehehehe...saya terfikir juga apa peranan atau apa kegunaan kenderaan SKMM yang bernilai Rm3 juta tu.....eeemmm...mungkin untuk road show agaknyalah.Pada zaman sebelum cb dihalalkan dengar aja rondaan oleh JTM semua yang memiliki radio jadi tak ketahuan,ada yang membuang,membakar terus dan ada yang menyorokkan kerana teramat takut akan tertangkap.


Saya ingin berkongsi cerita berkaitan dengan JTM,awal 80an sehingga 90an pada ketika itu sesiapa yang memiliki radio atau tv diwajibkan
memiliki lesen,untuk radio Rm12 setahun dan Tv Rm?? saya tak pasti anda boleh semak dengan mereka terdahulu,awal 80an yang mana rumah-rumah
kampung ada lesen tv yang sah antennanya menonggol di luar yang mana tak ada,antenna jenis jolok kot luar tingkap.
Saya masih ingat lagi ketika masih di bangku sekolah rendah saya sering balik ke kampung di Alor Ponggsu Bagan Serai,nak dijadikan cerita
pada ketika itu atuk dan nenek saya dan saya sendiri berada di bendang (sawah padi)untuk kerja-kerja menarik......"menarik"maksudnya menarik
sisa rumput atau pokok padi "tinggal"selepas ditajak,Selepas dengar berita ada orang datang nak periksa lesen radio,maka seluruh kampung menjadi kelam-kabut.
Gelagat orang tua tu pun membuat suasana jadi kecoh seketika, saya membantu atuk saya membawa turun antenna tv,sementara atuk saya
menanggalkan wire klip bateri,yaa...pada ketika itu elektrik belum ada,rata-rata orang menggunakan bateri sebagai bekalan kuasa untuk tv,tv pun
jenis hitam putih Sanyo,tv tak colour tapi filter atau skrinnya aja yang colour hehehehe....colour biru.

Saya tanya atuk mana nak taruk (sorok) benda ni,atuk saya mungkin mati akal dia cakap bawa kat belakang saya pun ikut,rupanya tv dan antenna
kita orang sorok dekat dalam "tandas"hahahahaha.....geliga punya otak atuk saya tu,tapi kan... betul juga....ada ke orang terfikir nak pergi periksa kat situ.
Saya akui penguatkuasaan dahulu cukup kemas,sehingga kan radio dalam kereta pun kena ada lesen kalau tidak,bayar ajalah kompaun.
Oh yaaa...1965 Haji Rashid mula mengikuti krusus di Technical collegue dan pada ketika itu di kolej ada ditubuhkan kelab radio amatur yang callsignnya
9M2TC,ketika itu beliau bersahabat dengan 9M2RI (Raja Iskandar gambar kanan) atau nickname Beliau pernah menduduki ujian rae sebanyak 2 kali,kata beliau rae dahulunya amat susah jika tak ada technical knowledge memang susah nak lulus
tambahan rae dalam bahasa inggeris,buka objektif,bukan juga subjektif seperti mengisi tempat kosong,ia lebih kepada essay writing,skteching
Soalan seperti lukiskan final amplifier,what is local oscilator,so kita kena terangkan melalui karangan dan drawing.....eeemmm memang susah betul.
9M2ALL juga pernah sekali menduduki rae pada zaman JTM tapi kantoi!!!,sehingga berbelas tahun baru kembali untuk mengambil rae semula.Bayaran permohonan tak mahal pada masa itu RM10 sekarang sudah RM 50.Permohonan ujian rae boleh dikemukakan terus ke JTM Kuala Lumpur,namun bagi memudahkan swl menduduki ujian kertas ujian dihantar terus ke pejabat JTM yang terdekat,ujian dijalankan di sana dan diselia oleh pegawai berkenaan.



Kata Haji Rashid penguatkuasaan dulu memang ketat,jika lulus rae belum dianggap sah sehingga kita lulus ujian cw,selepas mendapat lesen pula mereka
belum diberikan kebenaran untuk operate voice kena operate cw dahulu dalam tempoh setahun.Lesen jelasnya pada ketika itu terbahagi kepada 3 jenis
untuk base station perlu bayar sebanyak Rm10,portable Rm5 dan mobile Rm5,jadi untuk keseluruhan nak kena bayar Rm20.
Untuk mobile station mereka pada ketika itu beruntung kerana 9M2GL dengan Moris Minornya jadi untuk aktiviti mobile tak menjadi masalah.
Band condition pada ketika itu 40meter aja dah boleh berhubung dengan Europe ulasnya lagi.Ditanya mengenai persatuan radio pada ketika itu jawab
haji pada ketika itu ham Malaysia dan Singapore bernaung di bawah satu persatuan dikenali sebagai SMARTS (Singapore/Malaysia)
AGM diadakan bergilir jika tahun ini di adakan di Malaysia,tahun berikutnya diadakan di Singapore,majlis eyeball pula diadakan di pub
rata-rata ham yang hadir adalah terdiri daripada dikalangan inggeris/British yang berpangkat pegawai,manager estat dan sebagainya.

Tak kala demam zaman 2 meter melanda negara ini sekitar tahun 70an,beliau memiliki sebuah handy yang mempunyai 4 channel
frekuensi, itu pun adalah daripada jenis yang (VFO)kena putar-putar (rotating type).Set hf buat permulaan model (SBE33) dibeli daripada seorang "American"yang bertugas di jabatan orang asli yang memegang callsign 9M2AA dengan harga Rm300,set berkenaan dianggap agak moden pada zaman tersebut kerana pembuatannya mengabungkan valve dan transister.Selepas 20 tahun berlalu, baru beliau mendapat tahu bahawa mat salleh tu rupa-rupanya adalah "Spy"Amerika.

Apabila diajukan soalan bagaimana pemantauan yang dijalankan oleh JTM pada ketika itu,beliau berkata memang JTM mengambil berat
akan hal ini,JTM akan mengutus surat kepada ham dan meminta kita memaklumkan tarikh yang sesuai untuk mereka datang "audit"
Mereka akan membuat pemeriksaan buku log,set dan hal yang berkaitan dengannya,jika didapati ada bahagian yang bermasalah kebiasaannya
teguran akan diberikan untuk penambahbaikan.Saya ingin lanjutkan lagi bicara bersama beliau namun saya sedar haji belum pulih sepenuhnya
akibat pembedahan di kepala,haji pun akui ada beberapa perkara yang diceritakan agak sukar untuk beliau ingati kerana kesan pembedahan.

Walaupun saya tahu ia bukannya masa yang sesuai untuk teruskan perbualan telefon namun saya sempat mencuri buah pandangan beliau
berhubung dengan kurangnya minat 9w ke frekuensi hf,jelas haji 9w sekarang celik mata dah kenal FM,VHF audio yang jelas dan keupayaan merentas
utara dan selatan,agak sukar mereka hendak membiasakan diri dengan keadaan hf yang QRM dan QSB,kurang pendedahan kepada hf sendiri adalah sebab utama mengapa hf tidak mendapat tempat di hati 9w tambahan mereka lahir ketika zaman ledakan ICT,jika dibandingkan dengan Echo link kualiti membatasi segalanya pasti,audio jelas dan bisa merentas benua tanpa antenna,apa pun zaman sudah berubah kebanyakan 9w tidak melalui zaman swl seperti mereka dahulu,untuk melihat sebuah transciever pun agak sukar apatah lagi untuk memilikinya.

Sungguhpun Hj Rashid sudah mencecah lebih setengah abad namun beliau masih aktif di hf dan field day tetapi tidak seperti zaman muda beliau,boleh dikatakan talian telifon beliau ada saja rakan akan bertanya tentang hamradio lebih lebih lagi dalam hal SOP.Saya diberitahu rakan saya 9m2all memanggil nickname beliau Mamu ,kenapa ye? Mamu bermakna Pak cik / uncle.

Selagi ham radio kelas B masih ada biarlah saya menjadi orang pertama mengucapkan terima kasih mamu Rashid kerana anda dan usaha bersama rakan seangkatan andalah wujudnya 9 whikey….keep dxing mamu……73





Monday, May 11, 2009

KERANA TANAH SEKANGKANG JANGANLAH SAWAH DIKERJAKAN!!!!




Ya Memang Benar,

Selain daripada CW mode, ada banyak lagi digital mode seperti PSK, RTTY,
SSTV, PACTOR, AMTOR, MFSK, APRS, ECHOLINK, EME, SATELLITE dan sebagainya. Mengapa mode sebegini tidak diiktirafkan untuk kenaikan tahap dalam ham radio? Jika bercakap mengenai kelebihan CW apa kurangnya dengan PSK dan RTTY walhalnya PSK dan RTTY adalah mode yang berkeupayaan untuk dipergunakan bila band komunikasi berada pada keadaan kritikal.


Mengapa lain-lain mode tidak diterima pakai untuk ujian kenaikan taraf dalam negara ini kenapa morse code,daripada sudut pandangan saya ialah skill,Ya skill "Kemahiran Vs Equipment(Program)"contoh paling mudah percayakah anda seseorang yang tidak tahu mode ini boleh menerima isyarat CW dan menghantarnya,dengan bantuan komputer dan beberapa pogram yang digabungkan hal demikian boleh terjadi, Ada rakan ham menggunakan mode CW dengan bantuan komputer untuk "Dxing"hal ini bukan perkara biasa,tanpa kepakaran dalam mode ini, CW masih boleh dipergunakan namun statisfy atau kepuasannya tidaklah dirasai.

Skill atau kemahiran dan Equipment(Program) adalah benda yang berbeza,untuk mencapai skill kita perlu belajar,belajar bukan hanya untuk lulus dalam ujian, Memang benar ujian CW yang diadakan adalah untuk menguji sejauh mana kebolehan seseorang ham itu boleh menerima isyarat morse dan menghantarnya,ujian CW tidak membentuk seseorang itu untuk mahir dalam CW QSO.

Kemahiran adalah seperti dulang tembaga yang dikilat,pada peringkat asasnya anda mengosoknya untuk kelihatan cerah lebih elok daripada keadaan asalnya yang sebam dan berkehijauan,pada tahap ini bolehlah diumpamakan kita belajar untuk memahami apa isyarat morse dan kita berkeupayaan untuk menghantar kembali isyarat morse dengan betul dan tepat.

Tentu sekali ini bukan satu kaedah untuk terus menggunakan mode cw sebagai perantaraan komunikasi,bagi saya mode komunikasi digital hanya boleh diguna pakai oleh mereka yang berkeupayaan untuk mengadakan set yang demikian, sebuah pc dan sebuah pemancar berkuasa rendah seumpama pixie,snap transmitter adalah terlalu jauh bezanya.

Berapa ramai ham dalam dunia ini mampu menyediakan perkakasaan seumpama itu?
Adakah mode PSK,PACTOR dan RTTY memerlukan kepakaran? jawapan tidak kerana semua itu jika tersedia di depan masa dengan sedikit
tujuk ajar daripada rakan anda mampu untuk bertindak,namun jika dirujuk kepada cw apakah anda dalam keadaan bersahaja anda boleh menguasainya,tidak bukan! Kemahiran yang memerlukan kesabaran,kemahiran yang memerlukan keazaman
untuk mencapai kemahiran sebegini anda melatih diri anda untuk menjadi pemikir, itu sebabnya apabila anda belajar CW anda akan keletihan anda melatih otak anda untuk mengenali irama-irama CW yang berbeza....

Saya cuba mengajak anda lebih jauh melangkah ke alam komunikasi CW,pernahkah anda membunyikan horn kereta untuk memberitahu kepada pengguna yang lain seumpamanya bila Que di lampu isyarat,kereta di hadapan anda tak perasan yang lampu isyarat sudah bertukar kepada hijau dan beliau perlu bergerak,anda bunyikan horn untuk memaklumkan kepadanya supaya untuk terus jalan betul tak?
Soalan di sini apakah anda peka atau tidak pada bunyi horn sekali dan bunyi horn dua kali,yaaaa....kebiasaannya bunyi horn sekali
membawa maksud untuk anda bertindak,seperti bergerak,memberikan gambaran untuk berhati-hati. Bagaimana dengan 2,3 kali ia membawa maksud untuk menarik perhatian anda....betul atau tidak fikirkan.

Bagaimana dengan horn yang berpanjangan"Marah?" fikirkan juga.
Semua yang saya nyatakan agak diluar topik,apa kaitannya dengan CW? Apakah untuk bunyikan horn ini memerlukan satu kemahiran? Untuk memberitahu tindakan yang perlu seseorang lakukan seperti yang saya nyatakan di atas.
Saya tak pasti sejauh mana anda memahami apa yang cuba saya sampaikan stakat ini,maaf jika anda ketinggalan,harap anda ulang dan ulang bait-bait catatan di atas.

Semua tindakan di atas tidak memerlukan kemahiran,bagaimana pula jika kes seperti berikut,saya tiba diluar rumah seorang rakan ( Rakan yang tahu CWlah), Saya mainkan cw dengan horn motor 9M2xxx DE 9M2MGL.
Rakan saya pasti tahu yang saya datang dan berada di luar,walaupun ringkas ia adalah kemahiran yang amat berguna.
Perlu kita ingat semasa sebelum wujud teknologi komunikasi bersuara (Voice) cw,morse atau dulunya dikenali sebagai telegraf adalah alat terawal untuk penyampaian maklumat,rujuk kepada kisah isyarat morse yang pertama melintasi lautan Atlantik oleh Guielmo Marconi maaf saya tak pasti apakah betul ejaan namanya.

CW adalah mode terawal sebelum kedatangan AM,FM dan SSB,seluruh rakan ham dunia masih mempergunakan mode ini jika mode-mode lain dipergunakan oleh pihak SKMM untuk tujuan naik taraf lesen di Malaysia adakah ianya logik untuk diguna pakai?

Berapa ramai ham di seluruh dunia yang mempergunakan mode tersebut untuk tujuan DX? Berbanding dengan mode ini ,cw merupakan mode yang sentiasa mendapat cabaran dan memberikan cabaran kepada pengemarnya,QRP amnya benar-benar mencabar rakan ham untuk memancarkan dengan kuasa pemancar yang paling kecil dan berkeupayaan pergi sejauh yang boleh,mode yang amat sesuai untuk Dxpedition ialah cw.Dengan litar yang ringkas seseorang penggemar cw mampu untuk enjoy dengan modal yang murah.

Tidak menjadi alasan jika seseorang itu tidak mampu untuk ber QSO dengan mode CW,kita menerima hakikat bahawa tidak semua 9M menggemari mode cw,mereka hanya belajar untuk lulus sekali pun ada yang menggangap ini adalah perkara yang remeh namum kita patut mengucapkan tahniah atas kejayaan yang telah mereka lalui "MEREKA DIUJI SEBELUM DIBERIKAN KELAYAKAN" Apakah lebih baik daripada "DIBERIKAN SAJA TANPA DIUJI" Sepastinya sebelum diuji mereka ini akan lebih bersedia untuk diuji,maka had kemampuan tersebutlah yang menunjukkan siapa yang layak akan diberikan peningkatan,peningkatan dalam hobi bukan untuk RIAK atau MENDABIK DADA tapi untuk memberikan kepuasan kepada individu-individu yang sememangnya mahu mereka diuji untuk kepuasan peribadi.

Soalan yang mudah kenapa CW?
jawapannya ia adalah ujian getir yang sentiasa memerlukan seseorang yang mendalaminya untuk lulus,saya amat bersetuju untuk menjadi guru
bahasa itu perlu mahir dalam bahasa,CW adalah ujian yang mengkehendaki 9W mahir untuk menerima isyarat dan berkeupayaan menghantar isyarat morse,ianya bukan satu ujian menguji kemahiran seseorang untuk berkomunikasi dalam cw.
jika mungkin terdapat SKMM mengadakan satu gred khas lesen A yang memerlukan seseorang lulus dalam ujian cw 30wpm keatas saya berkeyakinan akan pasti ada individu yang tampil untuk mereka menilai sejauh mana kemampuan yang mereka boleh pergi.


Memang saya akui tak ramai 9M yang berkeupayaan untuk pergi ke cw,tapi usah kita lupa mereka ini suatu ketika dahulu sememangnya aktif
dalam cw,kemahiran cw jika tidak dipraktikan lama kelamaan akan hilang begitu saja,namun saya berkeyakinan basic cw masih ada dalam diri
mereka ibarat "Kasut Yang Dah Lama Tak Digilap Jika Digilap Bersinarlah Ia".Namun masih ada 9m yang QSO dalam mode ini seperti 9m2to,9m2fk,9m2sz,9m2pz,9m2zn,9m2yp,9m2sw,9m2rs,9m2ri,9m2agc, 9m2za,9m2mz,9m2ar,9m6ybg dan lain lagi jika anda dapat monitor mode ini

Kenapa ada ujian CW?
Suatu ketika dahulu semua lesen dikawalselia oleh Jabatan Telekom Malaysia,boleh dikatakan kawalan pada masa itu cukup ketat tidak ada sesiapa pun berani jika tertangkap bermakna hobby anda terkuburlah selama lamanya.Pada ketika itu ujian lesen ham diadakan dua bahagian pertama RAE dan kedua CW test.Jika anda ambil bahagian pertama terpulang pada anda bila anda hendak ambil ujian cw,tiada had masa tetapi tidak bermakna anda sudah boleh qso selagi anda tidak lulus cw selagi tu lah anda tidak boleh mendapat callsign.Pada ketika itu rakan- rakan ham berpendapat jika ujian ini masih diteruskan betapa susahnya rakan-rakan untuk lulus, diatas budi bicara dan perbincangan MARTS dan JTM pada masa itu,Pihak Jabatan Telekom Malaysia telah memberi persetujuan lesen Ham radio dibahagikan kepada 2 kelas,kelas B dengan callsign 9W ditentukan dengan lulusnya ujian bertulis(RAE) dan kelas tertinggi kelas A (9M) yang mengkehendaki 9W mesti lulus ujian morse/ cw dengan kelajuan 12wpm dalam masa 3 minit penerimaan dan penghantaran.Boleh dikatakan ramai juga yang berjaya pada masa itu.Sekarang Pegurusan lsudah berlainan RAE dibuat dalam dwibahasa untuk menpermudahkan tetapi test cw masih dikawal jika ingin mendapatkan kelas A....mestilah melalui ujian CW dan lulus.

Ketika saya masa masih memegang callsign 9W boleh katakan saya ternanti/tertunggu bila agaknya pihak SKMM akan membenarkan para 9W untuk dikatakan pergi ke HF seingat saya memang saya marah sangat dan berfikir kenapa SKMM tidak berpendirian seperti negara-negara lain yang menghapuskan ujian morse,kenapa diadakan sekatan,tambahan sewaktu itu saya sudah pun mempunyai rig hf ,dek kerana bengang sangat dengan SKMM ada rakan saya berkata SKMM bukan lagi Suruhanjaya Kommunikasi dan Multimedia tetapi SKMM patut diubah kepada Suka Kerja Main Main kerana tidak ikut edaran zaman. Ingatlah udang-undang ini bukan dibuat dalam masa sekelip mata tetapi sudah dibentang lamanya terdahulu daripada kita


Ada yang berpandangan bahawa ujian CW adalah diibaratkan seperti lesen memandu, untuk pandu kereta contohnya,dan tentu sekali ianya tidak sesuai
digunakan untuk memandu kapal terbang,kapal angkasa ataupun kapal di Malaysia,merujuk kepada cw hanya mode tersebut sahaja diadakan ujian
sepastinya mode tersebut memerlukan lesen untuk beroperasi dan pengecualian adalah kepada mode-mode komunikasi yang lain.

Sebenar ujian Morse masih lagi diadakan di UK ini bagi mereka-mereka yang gemar berbuat demikian dan pihak Radio Communication Agency di UK juga tidak menghalang pada mereka yg tidak mahu mengmbil ujian CW.Ada beberapa negara saperti Rusia , Malaysia, Thailand, Indonesia dll masih mengekakan ujian CW. Setahu saya pihak MARTS, MARES memberi cadangan agar kelajuan CW diturunkan dari 12 wpm menjadi 8 wpm atau 5wpm.

Jika sekiranya ada pihak-pihak yang ingin menghapuskan CW semuanya.Pihak persatuan yang anda wakili berhak memberi proposal dan cadangan kepada SKMM dan terpulanglah pada SKMM untuk menentukan nya. Di negara-negara yang menghapuskan CW mode ujian RAE nya bukanlah mudah apa yang ada di negara kita....Standard mereka agak tinggi....... Ini bagi menilai tahap kecekapan seseorang itu.Untuk mengubah sesuatu undang atau peraturan bukan lah sesuatu yang mudah boleh di buat dalam sekelip mata....ia memakan sedikit masa oleh yang demikian perlu ada mana-mana pihak menyediakan kertas kerja bagi tujuan ini.....Ini akan memudahkan pihak berkuasa mengubal sesuatu peraturan dan undang-undang.Mana lah tahu satu masa nanti Lesen Ham radio ini tak payah lagi di adakan RAE dan Test CW mungkin pada masa itu semua orang boleh ambil dengan percuma.....masa yang menentukan.


*Saya suka melihat dan mempelajari sesuatu,yaa....proses pelajaran adalah sedemikian,namun saya dapati apa yang saya lihat belum tentu dapat diperolehi dalam sesingkat masa iaitu skil atau kemahiran,kemahiran tidak datang dengan sendiri dengan cara membeli dengan cara melihat,kemahiran datang apabila anda melakukannya berulang-berulang,semasa saya kecil arwah ayah saya minta saya ke kedai untuk membeli tepung,pada zaman tersebut belum ada plastik beg,tepung pun belum dijual dalam standard packing,saya lihat apek/taukeh berkenaan mengceduk tepung,kemudiannya"mengeretuk" (mengoncang-goncang )penyedok untuk kurangkan jumlah tepung,apabila diangkat kemudian dibawa timbang saya agak terkejut kerana ketepatan menyamai 1 kg dengan alat penimbang,begitu juga dengan skil ketika membungkus dengan tali "jut".


Catitan:Gambar diatas ialah seorang rakan
yang sedang TX .Gambar ini diambil pada sekitar tahun 1970 ,Jika anda perhatikan
transceiver itu adalah hasil tangan sendiri boleh dikatakan pada masa itu kebanyakan rakan rakan ham akan cuba hasilkan transceiver sendiri.Walaupun
transceiver boleh dapati tetapi harganya yang terlalu tinggi kerana perlu
dibawa masuk dari luar negara.Jika anda bandingkan waktu sekarang pemegang
lesen boleh dikalahkan oleh Swl.

Semasa muda Beliau aktif didalam persatuan ham radio .....Sentuhan CW beliau masih dapat didengari di hf.......Anda kenal Beliau ? 9M2......

SEJARAH MENGAJAR KITA ERTI KEBENARAN

Memang benar 7043 adalah bukan hak milik mutlak mana-mana pihak,Apa pun saya ingin mengajak anda mengenang kembali kisah silam,Sebagai seorang ham kita perlu ambil tahu tentang sejarah ham radio di negara kita walaupun fakta yang bakal diceritakan tiada satu pun berhubung kait dengan jawapan bagi peperiksaan RAE. Kita lahir sebagai generasi baru ham di Malaysia patut bersyukur dengan apa yang telah kita perolehi,Lesen B contohnya diperjuangkan untuk jenerasi ham lewat 80an.Jika tidak kerana usaha beberapa 9M yang lama mungkin sehingga kini lesen kelas B tidak wujud di Malaysia.Apa yang ada cuma lesen kelas A yang masih memerlukan seseorang itu menduduki ujian morse code.

Kita tinggalkan hal itu seketika,sebelum saya bercerita lebih lanjut lagi elok saya cerita sesuatu tidak semua ham jenerasi baru seperti saya ketahui
Kita harus membongkar rahsia di sebalik 40m band untuk posting ini saya merujuk kepada ham yang saya anggap sebagai senior tak keberatan boleh juga dianggap antara kumpulan ham vateren saya cuba mencatatkan sebaik mungkin apa yang telah diceritakan kepada saya,Menurut beliau,Beliau mula berjinak-jinak dengan hobi ini semasa umur beliau belasan tahun lagi seingat beliau pada tahun 1978 waktu itu semasa beliau seorang swl, beliau sentiasa monitor di 40M di frekuensi 7.040 tiap-tiap petang beliau akan terdengar semua ham di Malaysia berkumpul di situ,biasanya 9M2DW (Arwah Datuk Tan), 9M2GL (Arwah Hj Idris) 9M2GV, 9M2AR,9M2AV(late Avatar Singh), 9M2FK, 9M2BS (Late Kee), 9M2RR (dulunya dimiliki oleh orang Australian yang bekerja di RAAF)9M2EG (Arwah Pak Arifin)9M2TA, dan banyak lagi sehingga tahun 2000. Masih menjadi tradisi frekuensi ini digunakan oleh 9M ini adalah kerana pada awal tahun 70 dan sebelumnya masih belum ada 2meter band dan juga repeater,Jadi untuk ham-ham di Malaysia apa yang mereka praktikan ialah dengan menggunakan frekuensi ini, Ini memudahkan mereka mencari rakan-rakan di Malaysia untuk berhubung.Cara sebegini juga dipraktikkan dimana-mana juga di dunia ini,Ada ketikanya frekuensi ini di gunakan oleh rakan dari negara jiran maka mereka akan naik 5Kc keatas,Setelah didapati ianya kosong mereka akan kembali keasalnya,cara sebegini memudahkan rakan-rakan yang lain mencari rakan. 9M pada hari biasa akan berada di 7040 jam setiap jam 6.00 petang dan pada hari Ahad pula lebih awal dari itu.Kemeriahan ini tidak kekal lama sekitar tahun 2000 himgga tahun 2003 ramai 9M yang kurang aktif kadang-kadang jarang dengar lagi di frekuensi tersebut,Maka ramai rakan ham dari Negara jiran menggunakan frekuensi 7.040 oleh kerana pada ketika itu masih ada seorang ham yg aktif maka frekuensi 7.043 dijadikan frekuensi penganti,boleh dikatakan setiap hari beliau akan berada di situ,pada pagi dan petang,ketikanya frekuensi tersebut digunakan atau QRM maka mereka akan mencari frekuensi yang lain apabila keadaan band kembali bagus maka mereka akan kembali semula ke 7.043.

Saya difahamkan bahawa pada tahun 1993 9M2AU dan 9M2DX menjalankan NET untuk 40meter ia dipanggil MALAYSIAN 40 METER NET. Mereka adalah pelopor utama 40 meter net secara formal dan bersistematik,Ia diadakan pada setiap hari Ahad jam 9.30pagi.
Stesen NET mulanya dipancarkan dari Kelab Station UKM Bangi dengan menggunakan callsign 9M2UKM pada ketika itu,Mereka memanggil station local dari utara tanah air sehinggalah ke Sabah dan Sarawak dan lepas itu baru memanggil stesen-stesen dari luar negara.

Di penghujung Net tersebut di berikan panduan predition on Propagation,SWL dibenarkan mengajukan pertanyaan melalui talian telefon,Mereka boleh menghubungi pengawal Net melalui nombor telefon yang diberikan.Setelah setahun dijalankan mereka kemudian menyerahkannya kepada pihak MARTS. Pihak Marts pada ketika itu kemudiannya memberikan kebenaran kepada pak zainal (9M2ZA) untuk mengendalikan Net 9M2ZA kemudiannya menyusun schedule di mana minggu ini beliau menjalankan Net…minggu depan Pak Eshee (9M2FK) selepas itu 9M2GL, 9M2RS, 9M2RI, 9M2RB,9M2NZ, 9M2FZ,9M2MP,9M2KM dan lain-lain.

MARTS mengambil alih tugas Net Controller ini mengikut format yang dibuat oleh 9M2AU DAN 9M2DX Net ini kemudiannya ditukar nama menjadi Marts Malaysian 40meter net namun malangnya pada tahun 2006 net tersebut tidak lagi aktif. Ini kerana kebanyakan 9M tidak lagi aktif di 40 meter (7.040),Maka Net tersebut kalau tidak silap dihentikan pada tahun 2007.Namun begitu setiap pagi ahad masih lagi kedengaran rakan-rakan veteran ham masih lagi menggunakan 40meter termasuk rakan dari negara jiran saperti Singapura dan Indonesia berbual di situ dengan cara tidak formal.

Cuba kita lihat mengapa Frekuensi SEANET di setkan ke 14.320MHz? sejak dari awal lagi dan mengapa pula ORARI Nusantara Net di setkan ke 7.055Mhz SETIAP PETANG bahkan di luar Negara pun ada net-net yang tidak formal dan formal. Saya juga dimaklumkan di bulan Ramadan ada stesen dari middle East mengadakan Ramadan Net di 20 meter band dan ada rakan 9M check in net ini, Pada bulan Ramadan nanti cuba anda scan di 14.200 keatas mungkin anda akan terjumpa net ini,Banyak lagi cerita-cerita yang menarik yang boleh di kongsi dengan rakan-rakan ham yang lain.

Ini adalah satu sejarah yang yg tidak tercatat dimana-mana,kita harus membongkar sejarah yang lama-lama melalui orang veteran baru lah kita boleh tengok sesuatu perkara secara positif dan tidak secara Defensive,Bila kita kaji sejarah barulah kita akan tahu dan menilai apa yang berlaku di sebalik ini semua.


Insyaallah jika diberikan kesempatan saya akan menjawab komen-komen yang saya terima,saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas komen-komen tersebut,Untuk menjawab saya terpaksa merujuk kepada mereka yang lebih arif,Mungkin ilmu
anda terlalu tinggi buat saya yang hanya bersekolah pondok ni...hehehehe...lumrah alam apa bila disoal kita akan mula berfikir dan mula mencari fakta untuk menyokong tentang apa yang disoalkan.Terima kasih sekali lagi kerana dengan persoalan anda ini saya terpaksa mencari jawapan nya melaui beberapa panggilan telefon dan kita sama-sama menambah ilmu.

Saya tidak menganggap komen-komen tersebut sebagai negatif,saya cuba mencari jawapan pada pertanyaan juga pandangan kerana sebagai khalifah yang dijadikan Allah S.W.T akal dan fikiran sentiasa ada jalan penghujungnya insyaallah. Telah saya nyatakan pada posting saya yang lepas apa ada dengan 9M?Ianya bukan darjah kebesaran yang yang boleh diagung-agungkan dalam dunia ini tak perlulah kita cabar mencabar,"Lembu Dipengang Pada Tali" Kita manusia berpegang kepada adat dan tradisi" hormat menghormati antara satu sama lain telah diperturunkan zaman berzaman tidak perlu tunjuk kita hebat… Sepatutnya kita harus membantu sesama lain dan belajar untuk menambah ilmu,Untuk maju kedepan tapi bukan melalui cabar mencabar sesama manusia....Sepatutnya kita harus belajar untuk menambahkan lagi ilmu…jika kita dapati diri kita ini kekurangan ilmu.

Jika orang veteran yang saya temui di atas pun tidak sombong diri,Beliau menyatakan sesuatu yang fact berlandaskan buku undang-undang dan peraturan. Beliau tidak suka berkata sesuatu yang datang dari kepalanya,Apa yang dinyatakan beliau berpandukan atau berlandaskan tiga atau empat perkara tadi. Saya sediri berpendapat apa yang di nyatakan oleh 9M yang veteran ini perlu kita semua pelajari dan tauladani,Beliau juga tidak sombong bahkan dirumah beliau terdapat berbagai buku-buku rujukan saperti RADIO COMMUNICATION HANBOOK RSGB, ARRL HAND BOOK, ARRL ANTENNA HAND BOOK, The Radio Amateur SATELLITE HANDBOOK. Emergency Communication Handbook, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA,PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA dan berbagai bagai majalah seperti Practical Wireless, CQ Magazine, QST Magazine, Monitoring Times, Short Wave Magazine dan lain-lain. Naik taraf ke 9M bukan bermaksud lepas dapat 9M kena jadi hidung tinggi,tak perlu kita mendabek dada "KERANA ILMU YANG KITA ADA INI DARI ALLAH, ALLAH BOLEH MENCABUTNYA DARI KITA BILA-BILA MASA DAN KETIKA" DIRI KITA INI PUN MILIK ALLAH" Suatu ketika saya kempunan untuk menjelajah semua frekuensi HF,siang malam
saya menantikan agar 9W seperti saya diberikan status kelas A Mengharap cw dimasuhkan,itu dahulu apa pun cuba kita bayangkan adakah boleh
kita katakan dari 5,000 org pemegang AA kelas B jika semuanya diberikan status Kelas A dan dibenarkan sesiapa sahaja menggunakan amateur spectrum agak-agak kita lah berapa ramai yang tahu Frekuensi HF di mana boleh bekerja CW, dimana Digital dan di mana Phone dan di mana kita perlu gunakan LSB dan USB,Ini tidak termasuk ganguan (TVI) pada jiran tetangga.Ada kah kita mempunyai kualiti?

Adakah mereka ini semua berkemampuan melakukannya?Mungkin ada yang akan mengatakan tak kan! nak belajar semua ini dengan sekelip mata.. Hah betul tuuu.Kalau kita kaji sendiri baru lah kita tahu kelemahan diri kita ...kita harus melalui sesuatu itu melaui proses jangka masa yang munasabah.......cuba kita lihat sendiri mengapa sebelum dapat lesen kita kena mengikuti ujian bertulis satelah itu baru dapat lesen L satelah lulus ujian memandu barulah kita di berikan lesen .... dan dalam jangka masa tertentu kita harus menampalkan "P" ......Kita harus melalui proses tertentu......Saya juga diberitahu oleh seorang veteran semasa beliau SWL lagi mereka telah tahu bagaimana nak menggunakan alat HF bersama Manual tuner,katanya itulah kualiti radio ham ketika itu biasanya SWL-SWL ini akan turun padang membantu bila ada JOTA atau Pameran dan Field Day,mereka-mereka ini apabila sudah mendapat lesen mereka sudah berpengalaman luas,saya juga tak menafikan pada hari ini masih ada ham yang berkualiti saperti ini. Namun jika kita congak dari 5,000 ini berapa peratus yang seperti orang veteran dahulu?

Saya berpendapat mereka yang lalu itu bekerja keras untuk dapat kan lesen mana tidak nya menjadi SWL saja bertahun tahun,Dan ada diantara mereka masih menyimpan rapi log book yang dicatatkan ketika mereka masih SWLing lagi, cuba kita amati adakan kita mempunyai buku logsemasa kita SWL .....mereka-mereka ini setelah lulus ujian tak boleh pergi ke 2 meter atau 10 meter ketika itu belum ada lesen kelas B lagi jadi mereka ini adalah mereka-mereka yang penyabar mereka kebanyakannya penuhi ilmu-ilmu mereka dahulu dan masa itu lahir ham-ham yang berkualiti dan mereka ini menilai lesen mereka dan menjaga tata susila Ham,mereka-mereka ini lah yang sebenar benar nya ham.

Saya ingin menjadi seperti mereka ini ,saya hormati kepada mereka-mereka ini.... Pada pendapat saya kita kita harus contohi mereka-mereka ini...Inilah yang dikatakan HAM YANG SEBENAR..BENARNYA.. Kita janganlah lah menjauhi mereka ini atau pinggirkan mereka ini.... sepatutnya kitalah yang harus pergi mencari mereka ini dan menimba ilmu dari mereka,kita jangan salahkan mereka kerana mereka-mereka ini telah lanjut usia,kita harus menghormati mereka,janganlah kita salahkan mereka kerana tidak mengajar kita,saya dapat rasakan ini adalah tanggapan yang negatif dari setengah pihak kerana suatu ketika dahulu saya juga berfikiran sedemikian, Namun apabila diri mereka ini kita dekati "keakraban dan pengkongsian ilmu itu diperolehi""Tak kenal maka tak cinta"bukan cikgu yang mencari anak muridnya tapi anak muridlah yang harus mencari cikgu-cikgu ini.Samalah sepertii kita menghantar anak-anak kita ke sekolah bukan sekolah mencari kita,"Jika tiada lama tiada baru bakal menjelma"

Friday, May 1, 2009

BERBALOIKAH ANDA????

Sebut saja 9M, ia terus merujuk kepada status tertinggi kenaikan taraf seseorang ahli amatur radio amnya di negara ini,ia juga merupakan kelas tertinggi yang dianugerahkan kepada semua ahli radio amatur yang berkebolehan (menguasai bahasa cw)mendengar irama alunan dengan kelajuan 12wpm,yang di panggil morse code,Aslinya 9M hanya diberikan apabila seseorang itu lulus dalam ujian (CW)penghantaran dan penerimaan.


Kod-kod yang berirama ini dicipta oleh seorang pemuda berbangsa Amerika yang bernama Samual F.B. Morse iaitu 170 tahun yang lalu,walaupun pada hakikatnya morse code ini sudah tidak diiktirafkan sebagai satu kewajiban asas untuk naik taraf, namun masih ada juga negara masih yang menpertahankan “code” salah satunya ialah Malaysia.


Di Malaysia 'code' ini masih lagi dipertahankan dan dikawalselia oleh Suruhanjaya komunikasi Dan Multimedia Malaysia atau dalam singkatannya SKMM .
Mahupun ada sentengah orang yang berpendapat “code' ini sudah lapuk dan sudah ketinggalan zaman tetapi pihak SKMM masih berpegang 'code' ini.
Di pihak berwajib mungkin berpendapat amalan ini mesti dipertahankan untuk membezakan pemegang radas kelas B (9 wiskey)dan kelas A(9 Mike )
Signifikasinya prefix 9M ini bukan diberi oleh SKMM tetapi diperutukan 9M untuk Malaysia oleh ITU sebuah pertubuhan komunikasi sedunia.


Untuk pengetahuan umum sehingga kini pasukan keselamatan kita (Tentera )masih lagi mewajibkan anggotanya untuk tahu mendengar asas “code”,bagi yang ingin mendalami pengetahuan cara penghantaran dan pendengaran.maka beliau akan diserapkan ke Regimen Semboyan.Seingat saya asas angota semboyan dalam tahap satu pelajaran morsenya adalah 18wpm sehinggalah beliau mahir dalam pendengar 28wpm keatas. Ada rakan saya ingin cuba sampai ketahap itu walau
beliau berkata untuk sampai ke tahap ini akan memakan masa. Bagi beliau jika angota regimen semboyan boleh tentu dia pun boleh……..kepada beliau "All The Best" dan selamat maju jaya saya ucapkan.


Berbalik kepada cara dan bagaimana seseorang ingin menaik taraf ke callsign 9 mike,umum diketahui cara yang sah ialah semua ahli pemegang callsign 9w dikehendaki mengambil ujian ini.Ujian ini kebiasaanya diadakan dua kali dalam setahun,ianya dikendalikan oleh SKMM dangan bantuan Angkatan Tentera Malaysia amnya dari unit Regimen Semboyan.Adalah difahamkan ujian 'code' ini dihantar dalam 10wpm hingga 12wpm namun SKMM masih mahu memberi peluang kepada semua ahli ham untuk lulus ujian ini,iaitu melalui sessi pengulangan ya!!! inilah yang dikatakan SKMM cuba memberikan laluan mudah,namun seperti mana telah saya katakan kapak ditangan batang rembia dihadapan "jika tak kenal mana rembia yang mana sawit setajam mana kapak pun tiada gunanya,pengulangan itu memberikan keselesaan untuk
melengkapkan ayat hantaran ujian.Ujian tetap ujian kandas lulus adalah lumrah namun janganlah sampai tiada persiapan untuk anda diuji.



Bagi mereka yang kandas kita patut memberi ucapan taniah dan syabas kerana mereka inilah yang memberi semangat dan menhidupkan 'code' ini,D iatas kemahuanan keazaman mereka inilah SKMM masih lagi mengadakan ujian tersebut.



Jika kejayaan mereka tercapai dengan kepantasan mendengar 12wpm ,Kejayaan mereka ini juga turut dikongsikan bersama rakan 9M khususnya guru mereka yang tidak henti-henti memberi tunjuk ajar dan motivasi,dengan ini jenerasi 9m baru tidak luput dalam peta dunia amnya.



Kesungguhan dan kemahuan itu lah tanda kejayaan,namun malangnya ada segelintir yang cuba memperolehinya dengan jalan mudah,"lampiran surat sokongan serta cop mohon kebesaran adalah dilihat "Sendiwara Klasik 3 Zaman"dihulurkan kepada SKMM yang menyatakan sipolan...sipolan yang ber ……..layak mendapat callsign 9 mike. Mari lah kita renung sejenak hobby yang mencantumkan persahabatan di udara yang bergelar callsign 9 mike ini,Adakah jalan mudah ini merupakan satu detik sejarah yang bakal kita kenang sehingga akhirnya,jika kita bergelar 9mike adakah kerajaan akan menberi projek yang bernilai berjuta-juta, jawapan nya tidak!!!. Adakah jika kita dapat 9 mike ini bermakna kita boleh lekat pingat didada didalam majlis rasmi,jawapan tidak!! Adakah jika kita dapat 9 mike ini akan menjadikan kita dalam golongan masyarakat elite jawapan nya tidak!!!



JAWAPANNYA IALAH BERUSAHA tak kira anda dari mana datang golongan bangsawan atau pertengan mahupun golongan bawahan,mereka ini tak jemu jemu mendengar baik diwaktu malam mau pun diwaktu siang,cara ini lah yang dipanggil semangat rakan ham cara yang betul walau kandas beberapa kali tetapi dari pandengan rakan 9m lain menganggap ahli ini lah rakan ham sejati.



INGAT lah sekiranya jalan yang anda lalui itu mudah ‘cara yang sangat senang tetapi dari sudut pandangan rakan lain tak ubah seperti "Busong di perut hanyir bangkai di mulut"Loyanya sekampung pasti dikenang"Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama",Mat Kilau terbilang kecundang dikenang,Hancur jasad dikandung tanah maruah yang baik dikenang jua,apakah soal mudah ini akan terus dikenang orang atau jenerasi seDNA atau cucunya dikendong resah atas atoknya mendapat 9mike cara yang salah,dimanakah letaknya maruah? pada usahanya atau dengan jalan mudah?Gah 9 mike bukannya dari jalan mudah atau dari jalan yang salah tapi usaha yang tak kenal penat lelah. Alunan audio anda bisa menggembara ke seluruh pelusuk dunia tetapi rakan anda 9Mike ,9 whikey dan Swl akan ketawa disebalik tarbir.sehingga sepanjag hayat anda.



Walaupun catatan ini tidak bisa merubah keatas diri anda dan pihak berwajib yang menentukannya,sebagai insan yang pernah melalui saat sukar,suara saya adalah hak saya juga mereka yang mengenal bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.Walaupun cara yang sah tetapi berbaloi ke maruah anda?


Suka saya ingatkan tiada jalan mudah untuk dikenang,Belajar dan berusahalah ,jika anda ingin melangkah pada satu tahap yang membanggakan anda kuncinya ialah berusaha jika anda tidak "Usahlah mendabik dada jika keris yang dihunus hulunya bukan milik anda."



*Dipetik daripada rencana asal oleh Antenna karat"

Monday, April 27, 2009

PERTAHANKAN 7.043 !!!!

YA,7.043mhz.

Umum telah mengetahui populasi 9M saat ini agak terkebelakang jika dibandingkan dengan populasi 9W,Kemunculan 9M di hf sahaja dahulunya,kini kelibat 9M di 40 meter band amnya di 7.043mhz amatlah menyedihkan saya tak pasti kenapa,adakah masing-masing sibuk dengan tugasan atau sebaliknya,hanya mereka sahaja yang bisa menjawab persoalan ini.

Bagi 9M yang baru,mungkin mereka lebih suka monitor daripada memanggil rakan-rakan 9M yang lain,apa salahnya jika sikap begini kita ketepikan,jika semua asyik monitor siapa yang akan mempergunakan frekuensi tersebut.Ada juga yang mempunyai prasangka negatif, takut sekali lagi diuji kemampuan cwnya di sini oleh mereka yang senior,relekslah apa yang hendak ditakutkan jika anda tak mampu untuk QSO dengan cw itu tak bermakna anda tidak layak untuk tampil di sini.
Setidak-tidaknya anda minta kepada mereka yang lebih senior untuk memberikan tunjuk ajar kepada anda.

Sejarah telah membuktikan kecanggihan teknologi masa kini sedikit sebanyak memberikan tempias kepada penggunaan hf untuk berhubung antara rakan di rantau ini,echo link dan jaringan repeater vhf kini berjaya menyatukan utara,selatan, timur dan barat,sama ada milik Marts ataupun Astra.
Untuk berhubung di hf frekuensi yang tak asing tentu sekali sebelum ini ialah 7.040mhz seingat sayalah, frekuensi sebelum daripada itu saya tak pasti, anda bolehlah rujuk kepada rakan-rakan 9M yang terdahulu.
Bagi rakan radio yang baru celik-celik mata pendegaran mereka telah disajikan dengan alunan FM maka mungkin agak kurang bersemangat untuk berdepan dengan QRM atau QSB.


Berbalik kepada 7.043mhz,saya rasa sebagai 9M yang kecil golongannya di persada ham radio adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan jenerasi berikutnya masih mempunyai frekuensi hf di 40meter band untuk terus berhubung,Walaupun ianya bukan milik mutlak warga ham Malaysia,Jangan biarkan frekuensi ini dikosongkan maksud saya gunakan ia supaya 7043 adalah frekuensi 40 meter trademarknya diketahui umum adalah frekuensi yang dipergunakan oleh amatur radio Malaysia.
Suatu ketika dahulu frekuensi 7040 adalah milik kegunaan ham Malaysia,tapi setelah sering ditinggalkan/dibiarkan atau terbiar frekuensi ini akhirnya telah diambil alih oleh ham daripada negara jiran.


Inilah yang perlu kita risaukan,nasib frekuensi itu sekarang jawapannya sudah ada pada kita,kita 9M yang mempunyai fasiliti untuk ke sana perlu mempergunakannya selagi,masyarakat ham asing memberikan ruang untuk ham Malaysia mempergunakannya.Kebimbangan ini pernah disuarakan oleh 9M2AR dan juga 9M2RS namun apakah jalan penyudahnya episod ini? Adakah 7.043 juga bakal dimiliki oleh pihak lain? Sesuatu harus dilakukan oleh semua 9M yang junior ataupun yang senior,"Ayuh Berkampunglah" kita semuanya di sana usah gusar akan kebolehan anda,usah gusar akan penguasaan bahasa anda,tapi "RISAULAH ANDA AKAN KEHILANGAN"
satu-satunya frekuensi yang masih dimiliki kita bersama.


7.043mhz akan hilang buat selama lamanya jika kita tak menpergunakan secepat mungkin.Sesungguhnya
rakan yang hilang di udara buat sementara waktu sudilah sekiranya dapat kembali menceriakan bersama kami.Tanpa anda bererti terkuburlah 7.043mhz selama lama......

Sunday, April 26, 2009

Penghulu Dah Menyebai

Bila penghulu tinggal kampung
Pakat selerak orang berhimpun
Patutlah tak nampak batang hidung
kampung dah naik semak samun


Bila tok ketua merajuk
Mesti ada orang dok kutuk
La ni sapa nak pi pujuk?
Biaqlah biaq panaih dia nanti sejuk


Tok penghulu merajuk habis
Orang asing mai dok lepak macam samseng
Nak halau depa, kena pikiaq habis
silap-silap nanti kita dileseng


Tok.. tok sapalah tukang yang dok kutuk
Yang dok buat kerja perangai buruk
Habaq mai,nanti kami angkat geng pi lekuk
Biaq depa tau susah ka senang kalau tak dak tok


Kampung dahlah tinggal cengkodok
Cicak langau mula yang dulunya muka monyok
Tak dak tok lompat seronok
Sebab penghulu tak dak memang syok


Dah lama jasa tok di kenang
Penyamun masuk tok terajang
Depa saja,yang jiwa tak tenang
Sebab tok berfikiran matang


Tok tok nyamuk dok ataih dahi
Tok rimas tok tibai sekuat hati
Kalau ya pun tok merajuk sekali
Janganlah tok membawa diri


Pembaca blog saya tulisan ini ialah bahasa utara
Jika tidak faham harap ribuan maaf...
Pantun ini khas untuk Penghulu Kampung batu Tujuh.Empat

Saturday, April 25, 2009

Konsep Pembelajaran CW

Beberapa posting saya yang lepas saya telah nyatakan berapa bagus pogram yang ada
tidak mungkin dapat anda ikuti jika teknik belajar anda gagal tak sesuai atau tiada keserasian.

Pernah saya akui juga, rujuk posting saya yang lepas iaitu Koch method adalah yang terbaik setelah mengambil kira daripada pelbagai espek saya simpulkan koch sekadar pogram bantuan untuk melatih tubi. Sama seperti kita belajar menulis atau membaca kita perlu mengenali abjad-abjad atau hurufnya terlebih dahulu.

Contohnya:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ.

Bertitik tolak daripada ini kita mula mengenali Aaa...Bbbbb Cccc Dddd
Eeee Fffff Ggggg Hhhhh Iiiii Jjjjj Kkkkk Llllll Mmmmm Nnnnnn Oooooo Piiiii
Qqqqqq Rrrrrr SssssTTtttttt Uuuuuu VVvvvvv Wwwwww Xxxxx Yyyyy Zzzzzz

Maka daripada itu A=Aaaaa DdddAaaaaa=Ddaaaaaa= ADA.

Berbalik kepada cw suka saya nasihatkan kepada yang baru berjinak-jinak dengan cw pelajari A sehingga Z .Ini adalah perkara asas yang perlu dititik beratkan,jika kita rujuk kembali kepada program koch,sistemnya telah meletakkan KN adalah permulaan
kod yang diperdengarkan,sayangnya masa mendengar selama 5 minit umpamanya
hanya tertumpu kepada 2 karektor kod ini,ada baiknya kita dengar A-Z 26 karektor yang anda dengar dalam himpunan group AAAAA BBBBB tiap karektor dimainkan
selama 5 kali adalah lebih baik daripada mendengar 2 karetor sehari sahaja.

Apabila input diberikan iaitu rythm atau irama kod 26 karektor diulang dan diulang,inysaallah paling kurang mungkin THE BRAIN anda memberikan respon kepada 3 atau lebih karetor yang daripada 26 yang dimainkan pada satu sessi atau sehari.Jika cara ini pun tidak kesan,saya cadangkan buatlah karektor group seperti berikut :

Pertama:ABCDE
Kedua:FGHIJ
Ketiga:KLMNO
Keempat:PQRST
Kelima:UVWXYZ

Dan sebelum anda mula dengan abjad berkumpulan harap dengar dahulu bermula
A hingga Z,Sesudah itu baru lah bermula kumpulan pertama apabila tahap pendengaran dan tulis sudah mencapai baru lah anda berubah ke kumpulan kedua dan sebelum anda pelajari kumpulan ketiga,Anda hendaklah campurkan dahulu kumpulan pertama dan kedua utuk mempermudahkan ‘The Brain” anda ingati yang anda sudah diperdengarkan sepuluh abjad.Sesudah anda yakin anda boleh baru lah berubah ke kumpulan ketiga dan sebelum keempat.Anda mesti campurkan group pertama,kedua dan ketiga sebelum ke group keempat buatlah seterus berikut.


INGAT!! jika anda telah mendengar dan terasa mengatuk dan letih ini bermakna ‘THE BRAIN’Anda sudah mula berkerja dengan mendapat terkanan berhentilah dahulu sambunglah pelajaran besok pulak.

Kebolehan pendengaran cw tidak boleh mahir dalam masa yang singkat,tapi yang
paling penting kita melatih ‘THE BRAIN’ untuk mendengar irama bunyi cw .
Untuk itu rangsangan minda adalah pengulangan,Ya!!! pengulangan latihlah untuk bertindak sama ada dengan verbal ataupun dengan gerakan tangan,sehingga ke hari
ini saya lebih selesa respon cw dengan penulisan disebalik verbal,seperti
Haris ( 9m2all ) dan Azlan ( 9m2agc ).
Saya lihat mereka berdua berkeupayaan untuk respon kepada keduanya.
Tak perlu gusar saya percaya satu hari nanti anda pun dapat lakukan salah
satu yang telah saya nyatakan di atas.


Perkembangan diri anda sukar untuk diagak,oleh itu adalah dicadangkan supaya
anda menyediakan satu buku tulis yang sebalnya 300ms atau 500ms,mulakan
mendengar dan menulis setiap hari dan masukan tarikh setaip kali anda belajar
buku ini ialah salah satu penilaian ( KPI ) anda .Buku ini juga bukti pencapai
anda dalam pelajar ini….
Buatkan azam jika mereka boleh kenapa saya tidak targetkan diri anda tiga
bulan saya mesti boleh.


Setaip helaian kod-kod yang anda dengarkan AAAAAA sehingga ZZZZZZ dan berkumpulan lakukan sehingga 5 x 3 sessi mendengar x 5 hari,kemudian anda boleh cuba sebegini,cuba alihkan konsentrasi pendengaran anda kepada kod yang dimainkan,kemudian lebih kurang 10 atau 15 saat tumpukan semula kepada mp3 player yang anda mainkan sebentar tadi....Yaaa......saya mengajar anda untuk cuba respon pada tone berikutnya,jika anda boleh ikuti dimana anda masuk kembali,ini adalah
satu perkembangan yang positif,turutan cw kod berabjad A-Z sebenarnya agak mudah
'The Brain' kita mengerti bahawa turutan selepas ini adalah,jika berjaya berada
pada tone berikutnya bermakna minda anda telah mula memberikan respon yang bagus,lakukan step ini setiap sessi disamping anda mendengar keseluruhan tanpa hilang kosentrasi.


Pelajaran cw ini misti ada jati diri , walau pun ada tips,program yang boleh kita dapati Pada masa kini jika kesungguhan diri tidak ada ……percapaian tidak ke mana.


Saya masih ingati rakan saya di sebelah tengah berkata didalam perbualan telefon ,
Dia berkata,Azman, ‘Learn The Hard Way One Day You Will Smile’…… 73

Wednesday, April 22, 2009

APA SPEED PERLU SAYA KEKALKAN DALAM PROSES MEMPELAJARI CW?

Tentu anda tertanya-tanya apakah speed yang perlu saya ikuti pada peringkat asas,
Arwah 9M2GL mengajar saya dan rakan-rakan dengan speed 13-15wpm,bagi anda yang baru belajar untuk persediaan diri bagi menghadapi ujian cw,speed yang saya cadangkan ialah 12 ke 13wpm,kemahiran mengenal rythm kod mengambil masa,ia juga bergantung kepada berapa kuat,berapa semangat daya usaha seseorang itu,bagi mereka yang baru pada peringkat asas adalah dicadangkan untuk mendengar kod-kod cw A-Z dan juga Z-A.
Untuk membiasakan diri anda mendengar dalam tempoh 15minit ke 20 minit, untuk satu sessi latihan mungkin akan meletihkan atau memenatkan anda,untuk permulaan apakata anda cuba berjinak-jinak dengan asas morse,kalau tak salah saya dalam link blog ini saya ada attach pada share file mp3"Rythm of morse"introduksi kepada tone atau rythm setiap karektor morse,jinak-jinakan pendengaran anda kepadanya,jika anda sukar download file itu anda boleh email kepada saya atau 9M2ALL,ini adalah bagi mereka yang baru merangkak mendekati morse.
"Rythm Of Morse"amat sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan cw,mp3 file ini sepanjang 5minit boleh dimuat turun ke hand set anda.

Saya juga ada siapkan satu format mp3 berjinak-jinak dengan morse file yang ada boleh masukkan ringtone handphone anda A-Z slow code 12wpm file yang dimainkan dalam tempoh masa kurang daripada 3 minit.
File mp3 morse yang pendek-pendek apabila dimainkan melalui hand set anda membuat anda lebih releks dan selesa tidak terlalu memberikan tekanan kepada anda,2 atau 5 minit amat ringkas tapi kesan yang bakal anda perolehi amat memberangsangkan.

Dayung di tangan,perahu ditambatan ke hulu menongkah arus ke hilir menyusuri kesenangan,apa yang tercatat di sini tak lebih sebagai panduan,jika ianya berguna jadikan ikutan,jika tak jadikan pedoman.

KENAPA KAHWIN SUSAH???

Apa kahwin pun susah, Aisey mann....lain macam jer tajuk posting saya kali ini.Harap jangan salah faham.

Apa pun syabas dan tahniah kerana anda telah melangkah setapak kehadapan lagi dalam peroses pembelajaran cw untuk sampai ke tahap ini bukanlah mudah anda sebenarnya tentu telah mengenali tiap-tiap karektor atau cw rythm cumanya pada peringkat ini kerja-kerja mengkahwinkan atau menyatukan tiap-tiap karektor perlu dilakukan bermula
daripada 2,3 dan 5 karektor yang sama atau berbeza, sekiranya lebih banyak lagi bagus,namun saya menasihatkan anda supaya bermula daripada 2,3 dan terus menambah lagi setiap satu karektor apabila anda telah dapati ada kemajuan,untuk proses pembelajaran mengkhawinkan karektor sessi pendengar perlu diteruskan.

Ya,faktor utama umur antara salah satu sebab yang menjadi jurang perbezaan cepat atau lambat penguasaan dalam prosess megenalpasti bunyi rythm.

Umpama pepatah belakang parang kalau diasah pastikan tajam,begitu juga dengan pembelajaran pada tahap ini.Anda perlu mendengar ulang berulangan A hingga Z,Z hingga A juga disamping mendengar karektor yang dikahwinkan AA AB AD CC,proses mendengar pada tahap ini,otak anda pasti akan cuba mentafsir apa kod yang dimainkan
INGAT jika anda masih pada tahap sebegini penguasaan kepada pengenalan karektor cw anda masih ditahap rendah.

Bagaimana anda betul-betul menguasai tiap-tiap karektor cw,ya!!! anda boleh menyatakan dengan spontan apabila mendengar single charecter cw dimainkan,anda mampu menyebut tanpa mengambil masa atau teragak-agak,pada tahap ini lah telah dicapai 'BREAK THE CODE'!!!

bila anda sudah melepasi tahap ini,maka anda perlu ke sessi mencampurkan karektor-karektor cw 2,3, dan seterusnya.Jika jawapannya tidak maka perlu teruskan sessi mendengar sehingga anda sampai pada tahap yang saya nyatakan
di atas,walaupun saya menyatakan anda boleh mengikuti langkah yang seterusnya,ini tidak bermaksud anda boleh melupakan sessi mengenal karektor cw,mainkan juga A hingga Z dan Z hingga A pada permulaan sessi atau sessi penutup.

Ingin saya kongsi pengalaman yang saya alami ketika mula belajar/mendengar pada tahap mengkhawinkan karektor cw.Saya mengalami kekeliruan apabila karektor berikut dimainkan atau dikahwinkan contohnya:

ETER KTA ITU IEE itu adalah sebahagian contoh saya tunjukkan percayalah.....pada tahap in. kita akan terganggu dengan emosi dan keletihan ET kita akan tafsirkan sebagai ALFA dan ETE sebagai ROMEO begitulah dengan contoh-contoh yang saya pamerkan pedulikan!!!!otak kita ni kekadang "jahat", maaf kerana gunakan istilah itu,hehehehe.....otak cuba mengajak kita melihat dari sudut pandangan yang berbeza...

Untuk menerangkan lebih terperinci mungkin akan membelitkan pemikiran anda,jika anda memerlukan tunjuk ajar atau nasihat saya dan rakan seperjuangan tidak teragak-agak untuk membantu anda.

Kebolihan mendengar CW ialah satu kelebihan anda didalam hobby ini.......73

Monday, April 20, 2009

"CW TEST"CERITA YANG TAK PERNAH DICERITAKAN SEJAK 1998

Saya antara ham yang sempat menduduki peperiksaan ( RAE ) pada penghujung era pentadbiran JTM namun selepas MCMC mengambil alih pentadbiran tersebut saya juga antara sebilangan ham yang tertunggu saban hari bilakah ujian morse akan dilaksanakan.kenapa mengapa begitu lama masanya yang diambil oleh MCMC untuk mengadakan ujian morse ini?apakah pergolakan yang terjadi? sehingga mengakibatkan
jurang populasi antara 9M dan 9W terlalu jauh kebelakang sehingga memberikan impak yang ketara.


Saya cuba menyingkap kisah yang telah berlalu,pada hemat saya seharusnya mereka-mereka ini diberikan pujian ke atas apa yang mereka telah perjuangkan di sebalik tadbir,sinifikasi yang besar "jatuh dan bangunnya ujian cw di Malaysia."Selingkar kisah bermula sebaik episod pengambilalihan JTM ke tangan SKMM bermula pada 1997,
kali terakhir pihak Jabatan Telekom mengadakan ujian CW ialah pada tahun 1997.

Selepas daripada itu sehinggalah 2006 populasi "9M" terbantut ini tidak diambil kira conversion ke 9M daripada warga negara asing.Menyedari dan memandang serius akan hal ini akhirnya pada tahun 2005 9M2RS, 9M2SZ dan 9M2AU berbincang dan membuat kertas kerja berkaitan perkara di atas,dengan bantuan 9W2SO dan beberapa orang rakan lagi telah mengadakan lawatan ke Institut Komunikasi Angkatan Tentera Malaysia atau dulu di panggil Sekolan Latihan Semboyan Sg Besi.
Lawatan adalah untuk mengenalpasti dan mendapatkan kerjasama daripada pihak ATM yang sesungguhnya mempunyaiperalatan dan kepakaran mengendalikan ujian cw begitu juga halnya dengan ALAM (Akedemik Laut Malaysia ) yang sedia ada.


Setelah beberapa kali naik turun MCMC membincangkan perkara CW ini, akhirnya pada tahun 2007 MCMC telah mengadakan Ujian CWnya yang pertama untuk Radio Amatur yang dikendalikan dengan kerjasama pihak ATM (Angkatan Tentera Malaysia)Spekulasi yang sering digembar-gemburkan yang mengatakan CW akan di mansuhkan ini adalah berdasarkan pada Garis panduan SKMM di mana pada tahun 2007 CW mungkin di hapuskan terjadi sebaliknya.Untuk pengetahuan umum perkara ini sebenarnya telah dibincangkan dan di usulkan oleh pihak IARU dipersidangan antarabangsa di WRC 03.(World Radio Conference) yang di adakan di Geneva pada bulan Jun 2003.

Tidak sekadar memeluk tubuh MCMC di peringkatnya juga telah menubuhkan working group untuk membincang perkara-perkara yang berkaitan komunikasi tajuknya amat luas,dianggarkan lebih kurang 6 kumpulan kerja dengan berbagai tajuk dari broadcasting,border crossing, Broadband,Satellite, Navigational dan termasuk juga Radio Amateur, dan Emergency Communication.

Seawalnya penubuhan kumpulan kerja ini amnya kumpulan Radio Amatur ia dipelopori oleh ( 9M2DX,9M2SQ,9W2ZC,9W2CP)9M2DX juga mewakili bagi pihak UKM terlibat dengan pengkajian saintifik dan lain-lain.9M2AU juga pada awalnya terlibat dalam kumpulan terbabit tetapi bertukar ke kumpulan kerja EMERGENCY COMMUNICATION.Perkara-perkara yang melibatkan polisi dibincangkan dalam masyuarat ini dengan MCMC yang diadakan beberapa kali pada tahun 2001 dan 2002, Pada tahun 2003 beberapa orang kakitangan MCMC membawa segala yang diperlukan berbincang di peringkat antarabangsa di Geneva. Sesungguhnya mereka-mereka yang di balik tadbir pada ketika itu berpendapat CW perlu dikekalkan dan memperkenankan supaya kelajuan WPM di turunkan sehingga kepada 8wpm.

Semasa persidangan (WRC) pihak IARU mencadangkan agar CW di mansuhkan dan hal ini telah pun diluluskan,namun pihak ITU menyatakan bahawa walaupun di peringkat antarabangsa bersetuju yang CW ini dimansuhkan namun iannya terpulang kepada setiap negara untuk menentukannya beberapa Negara seperti India China,Rusia dan juga Malaysia masih mempertahankan CW,di UK contohnya walaupun CW telah dimasuhkan namun ujian nya tetap diadakan kepada mereka yang berminat.Walaupun terdapat banyak negara yang sudah memansuhkan ujian CW,namun mode komunikasi ini masih mendapat tempat dihati peminatnya sesunggunhnya "Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam"bagi yang setia pada mode ini ia sememangnya "Tak Lapuk Dek Hujan,Tak Lekang Dek Panas"Jika anda selalu monitor di HFanda akan dapati masih ramai stesen-stesen radio amatur yang masih lagi menggunakan mode CW.

Tahukah anda akan wujudnya "Becon Station" di HF? 9W yang aktif dalam 10 meter pasti tahu,becon station memancar ID nya dalam bentuk cw ia bertujuan untuk dipantal oleh rakan amatur diseluruh dunia,jika isyarat ini dapat didengar dengan kuat maka ia membawa maksud band tersebut telah membuka.Terdapat juga becon khas untuk panduan bagi kapal terbang disesetengah negara,isyarat cw dipancar dan ini dapat membantu juruterbang mengenalpasti kedudukan terkini mereka.

Walaupun CW mendapat tentangan yang hebat daripada mereka yang inginkan ianya dimansuhkan namun apa yang kita lihat hari ini ialah pihak SKMM dalam menjalankan ujan CWnya ternyata cuba memberikan keselesaan kepada semua peserta,jika keselesaan tiada daya usaha bersama maka kandas jua yang bakal diterima.

Wednesday, April 15, 2009

MASIH AKU TERKENANG WALAUPUN SUDAH BERLALU

Mengenang kembali saat kepayahan yang dilalui bagaimana saya dan rakan-rakan seperjuangan dapat menguasai morse ada manis dan ada pahitnya.Pahit apabila terkenangkan diri ini yang tak punya teman untuk belajar bersama-sama.
kalau ada pun nun jauh di Selatan,saya berterima kasih kepada 9W2HKL(9M2ALL) sessungguhnya pertemuan singkat di repeater RKW juga pertemuan empat mata dengan beliau di Uitm Shah Alam mengajak saya kembali bersama menduduki cw untuk kali yang ke2 dan ke3 bagi bagi beliau.Pertemuan yang sesingkat juga mempertemukan saya dengan haji Idris yang pada ketika itu mengadakan kelas persediaan menghadapi RAE yang dianjurkan oleh Mares.

Saya memperkenalkan diri dan memaklumkan saya antara pendengar setia sessi pembelajaran morse kod yang kedalikan oleh beliau ketika itu,namun nasib masih tak menyebelahi saya kerana berbekalkan ilmu yang tipis saya kandas di medan cw Cyberjaya.Beliau sempat memberikan beberapa tips dan nasihat yang amat berguna,latih-tubi dan terus mendengar adalah yang disarankan oleh beliau.

Berbalik kepada 9W2HKL saya mengenali beliau secara tak langsung ketika sessi kelas cw dijalankan sebelum ini oleh arwah haji Idris di sub repeater RKW yang terletak di puncak Bukit Larut pada ketika itu.Seingat saya antara yang setia mengikuti
kelas cw adalah( 9W2ABC-Hasni 9M2ABC),(9W2JPJ-Lokmal 9M2CIA),(9W2RV-Mior 9M2MMM),(9W2KD Dr Khairudin 9M2KMA)dan juga Rizal-9W2RZ 9M2RZL)dan Nazali 9W2NAZ(9M2NAZ)

Episod pengenalan dengan beliau tidak hanya berakhir di situ sahaja,ada masa beliau menelefon saya atau saya menelefon beliau,saya akan mainkan group group ringkas cw,kami berdua antara anak didik 9M2GL arwah Haji Idris iaitu seorang yang memperjuangkan cw sehingga ke akhir hayatnya.Apabila beliau balik ke sini,ke Seberang Jaya kesempatan yang ada kami mengadakan pertemuan mentelaah bersama-sama,
beliau dengan laptopnya saya bersama "poor man key saya"sesambil kena teh sesambil adakan sessi penghantaran/penerimaan,ada sesekali pak cik kedai kedai makan tu bertanyakan.....senyum sinis kami menceritakan serba ringkas sedar tak sedar kedai pun nak dah ditutup hehehehe,menyedari betapa sukar perjalanan kami berdua untuk mencapai ke tahap ini,maka wujudlah keazamanan untuk teruskan usaha yang telah dimulakan oleh arwah haji Idris.

Walaupun tidak secara langsung namun bahang pembakar semangat tetap dirasai bagi yang memahami niat yang tersemat di hati.Haris pernah beritahu saya beliau pernah menjemput GL dan bawa ke suatu tempat padang atau sebagainya dan minta beliau mengajarnya cw,begitulah hakikatnya apabila kemahuan belajar diletakan pada tahap tinggi dan berada pada landasan yang betulnya,tiada erti malu,tiada erti menganggu.
Semasa sessi kelas cw berlangsung di udara kami saling sms sesama untuk bandingkan apa jawapan yang masing-masing dapat,untuk terus jawab soalan tiap kali diajukan mungkin akan nampak monopoli sessi kelas langkah terbaik adalah rujuk sesama sendiri.
"Ada sapa-sapa sudi nak jawab""Haris! 9W2HKL adakah Haris?" itu panggilan yang sering ditujukan kepada Haris apabila tak ada respon daripada sesiapa di frekuensi,bagi saya agak sukar untuk memancar cuma sesekali sahaja saya berpeluang untuk respon kepada beliau.

"mungkin daripada seberang longkang kot"itu antara bait kata yang masih saya ingat, beliau tujukan kepada signal-signal yang menganggu pancaran beliau ketika sessi kelas diadakan.Pertemuan pertama di Uitm adalah yang pertama dan untuk selama-lamanya,sms terakhir "all the best saya doakan"ringkas tetapi cukup bermakna saya terima daripada beliau sebelum memasuki bilik ujian.Alhamdulliah berkat doa beliau dan kesungguhan, kami berjaya dalam sessi ujian kali ini.Saya sempat berhubung beliau untuk memaklumkan pengkhabaran gembira.

Semua itu telah berlalu,bagi saya detik itu cukup manis pasti terpahat di sanubari,mungkin juga sebagai hadiah hari jadi saya yang genap ke33 pada hari itu,detik itu juga merupakan detik yang pahit di mana saya telah dimaklumkan oleh Haris sejurus dalam pejalanan pulang ketika sampai di Simpang Pulai yang 9M2GL telah pergi mengadap illahi.


Ramai yang tidak tahu callsign saya yang pertama adalah 9M2AZA,kemudian ditukarkan kepada 9M2MGL dan Haris pula adalah 9M2HKL kemudian juga bertukar kepada 9M2ALL.

Wednesday, April 8, 2009

KENAPA APA KURANGNYA

ANDA TAK LULUS ADALAH KERANA:

1.Penguasaan cw belum mantap.

2.Tak memberikan komitmen yang jitu pada sessi pembelajaran

3.Kurang berdisplin ni banyak nak diterangkan nanti senang saya akan perincikan

4.Sasaran yang tak menepati,meletakkan harapan yang tinggi tanpa sebarang usaha yang
bersungguh,gelanggang cw bukan untuk trial end error.

4.Tidak memberikan fokus kepada jadual pembelajaran bersangkutan dengan displin juga ni.

5.Tiada mentor atau rujukan daripada individu yang mampu memberikan tunjuk ajar,tips
atau sebarang yang berkaitan dengannya.

6.Usaha ada tetapi komitmen kurang,suka-suka belajar tak suka tak belajar.

7.Kurang mengadakan latih-tubi dari masa ke semasa.

Tuesday, April 7, 2009

GELANGGANG CW DIBUKA LAGI SIAPA YANG BAKAL MERANGKUL 9M SETERUSNYA

Alhamdulillah gendang dah dipalu gelanggang cw dibuka kembali bagi sessi pertama
pada tahun ini tentu sekali ada antara pendekar-pendekar dari sepelusuk negara
yang menyahut cabaran pada kali ini.

Ada rakan memberikan istilah ujian ini sebagai "Pesta Menangkap Beruk" sinonim dengan ungkapan "slowly-slowly catch the monkey" eemm...yang gagal pasti kena "tokak"@digigit oleh sang beruk,pastinya bisa tokakan atau gigitan memberikan pengajaran yang mendalam,ia mampu membuatkan sesorang itu tercabar ataupun terlantar hehehehe.

Apa pun pengertian atau istilah yang dipergunakan ia merupakan suatu medan juang
bagi mereka yang mempunyai cita-cita ke suatu langkah yang paling tinggi dalam dunia ham radio.Bagi menempuh saat ini kekuatan mental adalah pada tahap tetinggi,tak salah jika saya katakan "kalau kail panjang sejengkal lautan dalam usah diduga"

Sesiapa sahaja pun mampu untuk menduduki ujian untuk seberapa kalinya,namun jika tiada persiapan sepenuhnya usahanya tak ubah seperti"menabur garam dilautan"namun tidak lah menjadi kesalahan untuk mengalami sendiri pengalaman menduduki sessi ujian cw,duit boleh dicari pengalaman harus ditempuhi sendiri betul tak?



Untuk sessi kali ini seramai 35 orang yang mendaftar,4 orang tidak hadir manakala 3orang peserta daripada pantai timur (Bentong Pahang)terlewat sekitar 30 minit dan tidak dibenarkan masuk kerana ujian sedang berlangsung.


Antara rakan ham yang turut memberikan sokongan padu kepada peserta antaranya ialah 9M2ALL,9M2AUR,9M2PEN,9M2SQL dan juga 9W2LI.Kepada Haris syabas saya dimaklumkan pada kali ini MCMC menjemput beliau menjadi pemerhati bebas....wah syoknya!! apa tidaknya sukar nak dapat peluang sebegini.Dah terlanjur berada di dalam beliau juga secara tak rasminya menduduki ujian cw kali yang ke 4 hahahaha....lulus tu nak amik 9M apa ya???
Oh ya saya dimaklumkan pada sessi ujian kali ini MCMC meletakkan speed antara 9-10wpm,ini membuktikan MCMC memberikan laluan mudah kepada peserta,telah saya katakan "mudah bagi yang telah bersedia"susah bagi yang melulu sahaja.


Teks ujian pada kali ini adalah:

KTAK AKAN LANCAR KEMPEN JIMAT TENAGA DI LAMAN MBSA SHAH ALAM PADA HARI AHAD INI.
MAJLIS AKAN BERMULA PADA JAM LAPAN PAGI ORANG RAMAI DIPELAWA UNTUK TURUT SERTA.
BANYAK ACARA TELAH DIATUR

Group nombor-nombor

88032 40521 92767 67891 29305 22564
75219 26254 53690 41043



Daripada rujukan rakan berdasarkan keupayaan penerimaan sehingga kini mereka yang disahkah lulus tak rasmi adalah:

9W2YEH-Alias (Perlis )*Anak didik 9M2PZ-Pak Manan

9W2LLK-Hairy (Perlis )*Anak didik 9M2PZ-Pak Manan

9W2PVA-Gunari (Ipoh Perak )

9W2KMU-Mustafa (Langkawi Kedah )


*Saya telah dimaklumkan setelah membuat rayuan 3 perserta yang kelewatan diberikan kebenaran untuk menduduki ujian cw seterusnya,yang pasti teks dan group nombor adalah berbeza.


Terkini-

Teks ujian cw bagi mereka bertiga adalah seperti berikut-

VVV UJIAN KOD MORSDE PADA HARI RABU.MOHON DATANG AWAL KE TEMPAT UJIAN
UNTUK JALANKAN ANDA DIBENARKAN UNTUK TURUT SERTA.UJIAN AKAN BERMULA
TEPAT JAM LAPAN PAGI.SILA AMBIL MAKLUM.

Group nombor-

40521 75219 29305
92767 53690 67891
11564 81043 88032 36154


Sehingga jam 12.43pm keputusan rasmi sessi penerimaan yang dikeluarkan oleh MCMC
adalah seperti berikut:

Yang lulus adalah:
1.9W2FCC-AZIZ
2.9W2YEH-ALIAS
3.9W2NWA-ANUAR
4.9W2PVA-GUNARI
5.9W2LLK-HAIRY
6.9W2IBR-IBRAHIM
7.9W2BYE-ARIFFIN
8.9W2KMU-MUSTAFA
9.9W2JEN-SAIFUL
10.9W2MZR-MAZRU

Terima kasih kepada 9M2ALL,9M2AUR yang menyediakan berita lintas langsung daripada
Cyberjaya.

Kepada yang berjaya,usaha anda membuahkan kejayaan, kepada yang gagal cuba lagi di lain masa.73

Saturday, January 17, 2009

Populasi Ham Radio Sedunia Mengikut Statistik IARU




Tidak beberapa bulan lagi ujian cw akan bermula,saya tak pasti sejauh mana prestasi rakan-rakan 9W yang kandas terdahulu miliki,apa pun saya sarankan lakukan latih tubi setiap hari/setiap masa,ini adalah perkara asas yang semua perlu ikuti
Pada rakan-rakan 9W yang baru berjinak-jinak dengan cw teruskan mendalami cw.

Mempelajari serta menguasai bahasa cw seumpama belajar suatu bahasa asing yang tak ramai orang tahu.Mungkin tak keterlaluan saya katakan nisbah individu yang mahir cw adalah 1 ratio 1,000-10,000? Eeeehhh logik ke? Oh ya populasi ham radio di Malaysia dianggarankan 4000 satu angka atau satu kejurangan yang besar ni jika dibandingkan dengan negara jiran kita seperti Thailand dan Indonesia !!Oooh..tidak eemm....apa betulkah stastistik saya ini?jika dilihat daripada data yang dikeluarkan oleh IARU populasi ham radio di Malaysia hanya 381,rasa saya kurang atau lebih 4000 tapi kenapa 381 sahaja? apa pun stastistik yang dikeluarkan boleh dilihat sila klik sini untuk lihat data tersebut dan beberapa negara lain seperti Thailand,Indonesia Jepun menduduki ranking ter atas dengan jumlah iaitu seramai 1296059 ada sesiapa tahu kenapa mengapa?

Sunday, January 4, 2009

Alahai!! Kenapa,Mengapa?

Sebagai warga amatur radio Malaysia kita patut berbangga kerana kita berkeupayaan untuk mengeksess ke rangkaian repeater yang dimiliki oleh pelbagai persatuan radio amatur antaranya seperti Marts,Astra,Mares,Parts,Peramah,Pradas dan beberapa lagi persatuan yang lain,Justeru itu tak harianlah mengapa populasi amatur radio di Malaysia semakin berkembang.

Menyorot kembali 20 tahun lepas hobi ini rata-rata mampu dimilik oleh individu yang berprestej,berjawatan bak mudah kata hanya mampu dipelopori oleh golongan profesional,namun dewasa ini itu bukanlah kayu ukuran untuk turut serta dalam hobi ini.
Melalui cerita-ceriti daripada ham veteren adalah cukup sukar untuk memiliki walaupun satu set radio apa tah lagi memenuhi room shack. seperti yang rakan-rakan ada sekarang.

Mungkin kerana itu juga hobi ini dikatakan mampu dimiliki oleh sesetengah golongan yang benar berkemampuan.Kini semua tinggal sejarah,individu yang tak berlesen dalam erti kata pra amatur ( SWL ) juga sudah mampu untuk memiliki satu atau lebih set radio amatur, ada yang berbelanja mengalahkan ham senior,itulah hakikatnya zaman kian berubah, set radio kini harganya berpatutan dan ternyata lebih murah jika dibandingkan dengan harga sebuah set telefon bimbit .

Berbalik kepada cerita repeater tadi telah tersedia 2 rangkaian "National Linking " untuk semua amatur radio iaitu milik Astra dan Marts,9M2RR yang sinonim dengan "Radio Research And Experiment "ternyata individu pertama yang telah membuktikan bahawa seluruh semenanjung Malaysia berjaya disatukan oleh jaringan 2Meter (VHF) tidak hanya bergantung kepada frekuensi 40Meter (HF) sahaja.Munculnya jaringan national linking pertama ini disusuli pula oleh Marts yang turut menyediakan jaringan seumpamanya ke serata tanahair nah!!! sekarang kita dibekalkan dengan 2 aksess yang berlaian tetapi untuk pemilik lesen yang sah.. Sebagai warga amatur radio yang sering keluar daerah anda bisa menghubungi rakan setempat untuk mengikuti berita terkini.
Namun sayang seribu kali sayang semangat kekitaan yang wujud dalam diri sesetengah amatur radio menidakkan penggunaan repeater selain repeater kelab masing- asing,inilah yang terjadi pada dunia ham hari ini,ada di antara ahli teringin sangat hendak qso dengan rakan lain namun apabila difikirkan takut ditempelak oleh rakan sepersatuan hasrat itu terpaksalah diketepikan.

Ini adalah tanggapan negatif yang tak sepatutnya terjadi pada hari ini,sebagai pemegang AA yang sah anda layak untuk mengguna pakai mana-mana repeater sama ada milik persatuan anda atau sebaliknya.
Oleh itu jangan jadikan satu alasan mengapa dan kenapa anda tidak boleh mempergunakan mana-mana repeater yang ada di dalam negara kita,sedangkan lesen anda melayakkan anda untuk mengeksess ke mana sahaja selagi ianya termaktub dalam
jaringan frekuensi amatur radio.

Friday, January 2, 2009

Dxing dan Dxpedition

Dxing adalah kegiatan komunikasi jarak jauh atau distance communication atau komunikasidengan stesen yang jauh (diringkaskan sebagai dx station).Yang dimaksudkan dengan dx station adalah stesen Radio Amatur Luar Negeri.Ada beberapa tujuan kegiatan ini dilakukan,antara lain sekadar chatting atau ragchewing,iaitu sembang-sembang santai dengan rakan lama yang sering berjumpa di frekuensi atau mencari kenalan baru untuk menambah rakan di udara.

Dx yang agak serius adalah untuk adalah untuk mendapatkan award hunting,untuk memenuhi syarat DXCC Award,biasanya akan memakan tempoh masa yang lama,memerlukan pengorbanan masa dan tenaga dan juga modal,namun kepuasan terubat apabila award tersebut diperolehi.

Dxpedition ialah perjalanan yang dilakukan oleh para Amatur Radio ke suatu tempat yang tidak ada populasi amatur radio,biasanya suatu tempat atau pulau kecil yang terpencil.Kegiatan ini biasanya diadakan dalam jangka waktu yang singkat jika lama besar kemungkinan akan menghasilkan beberapa ribu contact dengan stesen-stesen dari dalam maupun luar negeri.

Contest pula bertujuan untuk mengumpulkan sebanyak mungkin contact yang sah (valid contacts) dalam waktu yang sesingkatnya. Contest bukan waktunya untuk chatting santai,cuma cukup sekadar bicara seperlunya saja,atau istilah asingnya it’s hello and good bye,Ketegangan makin meningkat pada saat persaingan dengan stesen lain semakin hebat.Untuk mengendalikannya perlu ketrampilan yang tinggi dan diperlukan
reaksi yang cepat untuk meraih stesen yang muncul.
Contest tidak memerlukan peralatan khusus,namun segala kelengkapan yang diperlukan harus tersedia dan mudah dicapai dari posisi operator.Mikrofon,morse key,logbook,pensil dan lain-lain harus dengan mudah dapat dicapai oleh operator.Kuasa pemancaran yang besar dan kuat selalu lebih menguntungkan dari signal yang lemah...adalah cukup sekadar memanggil stesen untuk contactdengan "CQ Contest...CQ contest 9m2mgl contest..9m2mgl contest...

Sila baca jenis contest diposting saya yang terdahulu.

*Artikel ini diambil daripada posting ham seberang dan diubah suai untuk kesesuaian bahasanya.

Thursday, January 1, 2009

ANTENNA DIPOLE MUDAH SESUAI UNTUK EKSPEDISI

Saya terjumpa satu laman web tak pasti Spain atau Mexico dipertunjukkan satu keadah membuat antenna dipole mudah dengan mempergunakan barangan disekeliling,antaranya ialah hook (cakuk ) dan electrical connector kalau tak salah saya untuk projek antenna ini dipergunakan connector 60amp,element dipolenya boleh ditanggalkan begitu juga dengan feedernya.Antenna ini amat sesuai dibawa untuk tujuan adventure atau ekspedisi..*Asalnya file ini adalah di dalam format pdf,saya terpaksa copy dan paste untuk di masukkan pada blog ini.Kepada mereka yang tidak gemar menggunakan soldering iron untuk membuat antenna,konsep pembuatanini amat menepati citarasa mereka,oh ya antenna ini adalah 4band dipole










SUSAH SANGAT KE CW???

1.Mendengar tanpa jemu-Kalau dengar intro muzik dah tau lagu siapa cw susah sangat ke?

2.Displin diri-cuma tambah sikit jer...patuhi jadual mendengar atas kehendak kita bukannya dipaksa itu pun tak boleh nak patuh ke?

3.Tekad dan keazaman yang tinggi untuk berjaya-Ada cita-cita ada kejayaan

4.Lupakan 2m seketika-Relekslah bagi peluang kat 9W baru pula.

5.Sentiasa mencuri peluang untuk mendengar pada masa yang terluang terutama semasa memandu.-Kalau payah-payah sangat buka ptt tinggalkan aja dekat rumah taklah nak QSO
semasa memandu.

6.Sentiasa bersabar-Sabarlah bukan 1-2 bulan boleh suksess

7.Jangan dilayan rakan yang berfikiran negatif-Mana-mana rakan yang dok perleceh belajar buat apa,jauhi daripada dia macam jauhi daripada pesakit kusta heheheh

8.Dapatkan rakan atau group yang berminat untuk mempelajari cw-Haahaha..hang hantar aku copy..passtu aku pula copy hang hantarlah...

9.Ingat!!!CW lebih mudah daripada belajar bahasa asing,tak perlu tahu tatabahasa tak sampai pun 50 karektor irama.-Dit...Daa..Dit Daa....alaa...dit dengan daaa jaa!!!

10.Umur bukan penghalang begitu juga dengan latar belakang pelajaran-umur jer yang tua otak masih fresh lagilah...

11.RAE lebih susah daripada CW-Yerlah nak hafal formula tu formula ni!!!

VISI 2009 APAKAH SEKADAR LAMUNAN?

2008 telah berlalu 2009 kini menjelma,apakah episod kecundangan tahun lepas akan berkubur begitu sahaja atau perlu anda tebus?sekali tercoreng arang bukan bererti akan kekal corengan itu...segala jawapan ada ditangan anda,jika anda adalah dikalangan mereka yang tak pernah kenal erti kalah maka sepastinya anda sudah bersedia untuk kembali ke gelanggang MCMC di Cyberjaya.
Ayuh buktikan!!! anda 9W berwawasan berimpian bukannya bermainan.

Saturday, December 27, 2008

JOM HIJRAH

Esok kita semua akan menyambut kedatangan tahun baru 1 Muharam 1430 dan tak beberapa hari lagi pula tahun baru masihi pun akan ditempohi semestinya kedatangan Muharam dan Masihi akan membawa kita ke umur yang seterusnya.Tiap orang mempunyai perancangannya tersendiri bagaimanakah dengan anda.

Apakah anda berpuas hati dengan pencapaian anda selama ini,sepastinya dengan keadaan ekonomi yang tak beberapa bagus,membuat perancangan yang teliti diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu,kalau ada yang hendak tukar kereta baru,nak beli rig baru dan segala macam lagi fikirkanlah,apakah semua itu perlu???

Adakah perbelanjaan tersebut memberikan kesan impak kepada tabungan sedia ada,jika ya ketepikan dahulu akan hasrat anda itu,dalam kita sibuk dengan pencaturan budget
2009 makin tersepit pula dengan gesaan kerajaan menggumumkan bahawa penguatkuasaan pemasangan
tali pinggang belakang adalah pada 1 Januari 2009,aduh!!....makin parah ni!!! tak pasang saman!!! dan selepas ini nescaya pak polisi akan adakan tahan pukat sana dan pukat sini.

Emmm....kita dicanang untuk berjimat cermat tapi pada masa yang sama kita juga dibebankan dengan penguatkuasaan yang pada hemat saya amat tak sesuai dalam keadaan ekonomi yang makin tenat ini.Apa pun bagi pemilik kereta proton semi retro ataupun pemilik kereta second hand macam saya ni syabas dan tahniah kepada mereka yang menangguk di air yang keroh dan kepada owner kereta saya yang pertama "kenapalah hang pi potong tali pinggang belakang kereta hang???"
Kepada rakan-rakan ham sekalian takkan nak duduk ditakok lama,bulan 3 atau 4 ini sambutlah cabaran untuk buktikan.... 9M adalah milik anda,kepada mereka yang telah tewas terdahulu persiapkan diri bagi menukar jersi baru....ingat pesan ini "kalau kail panjang sejengkal lautan dalam usah diduga""kalau pergi nak suka-suka batalkan saja niat anda".Jadikan 2009 dan 1430 sebagai tahun kejayaan anda ayuh buktikan tiada yang mustahil jika "sama-sama pecahkan ruyung sama-samalah kita dapat sagunya"

RAE BERTANDANG LAGI

RAE bertandang lagi
Sekian lama sudah dinanti
Ham baru silih berganti
Ham lama kian menghilang diri

RAE bertandang lagi
Pusat Latihan Perda lokasi terkini
Tempatnya nyaman lagi sunyi
Harap dapat tumpu konsentrasi

RAE bertandang lagi
Tua muda sama-sama ikuti
Yang 2-3 kali kandas datang kembali
Mungkin RAE kali ini lulus terpuji

RAE bertandang lagi
Melayu Cina India ada sana sini
Segak bergaya dipinggang terselit Handy
Tu baru swl menggalahkan 9 Whiskey

RAE bertandang lagi
3 jam masa yang diberi
Soalan yang susah tengok sana tengok sini
Manalah tau kot-kot ada kawan nak kasi

RAE bertandang lagi
Jualan mega tumpang sekaki
Nak cari antenna dan eksesori
Masa RAE mudah didapati

RAE bertandang lagi
9 whiskey senior turut sekali
Memeriahkan hari ini
Bagi sokongan swl harus dipuji

RAE bertandang lagi
Sekali periksa Rm50 diberi
Kalau tak lulus kali ini
Lain kali cubalah lagi

RAE bertandang lagi
Jika lulus dah tentu dapat 9 whiskey
Jika kantoi terpaksa ambil lagi
Itulah hakikat yang harus ditempohi

Monday, December 8, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU

Rasanya tak terlewat bagi saya untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada 9M2AGC semoga berbahgia ke anak cucu.

Sunday, October 19, 2008

10 meter Loop Antenna


With the large number of operators and wide availability of inexpensive,singleband
radios,the 10-m band could well become the hangout for local ragchewers that it was before the advent of 2-m FM,even at a low point in the solar cycle.This simple antenna provides gain over a dipole or inverted V.It is a resonant loop with a particular shape.It provides 2.1 dB gain over a dipole at low radiation angles when
mounted well above ground. The antenna is simple to feed—no matching network is necessary.

When fed with 50-Ω coax,the SWR is close to 1:1 at the design frequency,and is less than 2:1 from 28.0-28.8 MHz for an antenna resonant at 28.4 MHz.The antenna is made from #12 AWG wire (see Fig 22.80) and is fed at the center of the bottom wire.Coil the coax into a few turns near the feedpoint to provide a simple balun.A coil diameter of about a foot will work fine. You can support the antenna on a mast with spreaders made of bamboo,fiberglass, wood,PVC or other nonconducting material.You can also use aluminum tubing both for support and conductors,but you may have to readjust the antenna dimensions for resonance.

This rectangular loop has two advantages over a resonant square loop. First,a square loop has just 1.1 dB gain over a dipole.This is a power increase of only 29%. Second,the input impedance of a square loop is about 125 Ω.You must use a matching network to feed a square loop with 50-Ω coax.The rectangular loop achieves gain by compressing its radiation pattern in the elevation plane.The azimuth plane pattern is slightly wider than that of a dipole (it’s about the same as that of an inverted V).A broad pattern is an advantage for a general-purpose,fixed antenna.Then rectangular loop provides a bidirectional gain over a broad azimuth region.

Mount the loop as high as possible. To provide 1.7 dB gain at low angles over an
inverted V,the top wire must be at least 30 ft high.The loop will work at lower
heights,but its gain advantage disappears.For example, at 20 ft the loop provides
the same gain at low angles as an inverted V.

Sumber daripada ARRL

9W2AX 21th JOTA 1978

Saya merindui untuk bertemunya dan mendengar suaranya di repeater,saya tahu beliau lebih suka mendengar dari ber QSO,seorang yang cukup aktif dengan persatuan pengakap dulu dan selamanya,melalui photo evergreen ini sudah cukup memberitahu kita lama mana beliau telah berkecimpung dalam dunia radio amatur.







Saturday, October 18, 2008

NIST Time and Frequency Services





There are literally millions of wall clocks, desk clocks,clock radios,wristwatches,and other devices that set themselves to NIST time. These radio controlled clocks contain tiny radio receivers tuned to NIST radio station WWVB, located near Fort Collins,Colorado. WWVB continuously broadcasts time and frequency signals at 60 kHz, in the part of the radio spectrum known as low frequency (LF). The WWVB signal includes a time code containing all of the information needed to synchronize radio controlled clocks in the United States and the surrounding areas. In addition, calibration and testing laboratories use the 60 kHz carrier frequency from WWVB as a reference for the calibration of electronic equipment and frequency standards.

History of WWVB
LF and VLF (very low frequency) broadcasts have long been used to distribute time and
frequency standards. As early as 1904, the United States Naval Observatory (USNO)was
broadcasting time signals from the city of Boston as an aid to navigation.This experiment and others like it made it evident that LF and VLF signals could cover a large area using a relatively small amount of power. By 1923, NIST radio station WWV had begun broadcasting standard carrier signals to the public on frequencies ranging from 75 to 2000 kHz. These signals were used to calibrate radio equipment, which became increasingly important as more and more stations became operational. Over the years,many radio navigation systems were designed using stable time and frequency signals broadcast on the LF and VLF bands. The most well known of these navigation systems is LORAN-C, which allows ships and planes to navigate by transmitting stable 100 kHz signals from multiple transmitters.

The station known today as WWVB began life as radio station KK2XEI in July 1956.
The transmitter was located at Boulder, Colorado, and the radiated power was just 1.4 W. Even so, the signal was monitored at Harvard University in Massachusetts. The purpose of this experimental transmission was to show that the radio path was stable and the frequency error was small at low frequencies.In 1962, NIST (then called the National Bureau of Standards or NBS) began building a new facility at a site north of Fort Collins, Colorado. This site became the home of WWVB and WWVL, a 20 kHz transmitter that was moved from the mountains west of Boulder.

NIST Radio Station WWVB
The site was attractive for several reasons, one being its exceptionally high ground
conductivity, which was due to the high alkalinity of the soil. It was also reasonably close to Boulder (about 80 km, 49.3 mi), which made it easy to staff and manage; but much farther away from the mountains. The increased distance from the mountains made it a better choice for broadcasting an omnidirectional signal.WWVB went on the air on July 5, 1963, broadcasting a 7 kW signal on 60 kHz. WWVL began transmitting a 500 W signal on 20 kHz the following month. Although WWVL went off the air in July 1972, the WWVB signal became a permanent part of the nation’s infrastructure.A time code was added to WWVB on July 1, 1965. This made it possible for radio clocks to be designed that could decode the signal and automatically synchronize themselves.The time code format has changed only slightly since 1965; it uses a scheme known as binary coded decimal (BCD) which uses four binary digits (bits) to send one decimal number.

The radiated power of WWVB was increased to its current level of 50 kW in 1999. The
power increase made the coverage area much larger, and made it easy for tiny receivers with simple antennas to receive the signal. This resulted in the introduction of many new low cost radio controlled clocks that “set themselves” to agree with NIST time.

Thursday, October 16, 2008

The 11-Year Solar Cycle

The density of ionospheric layers depends on the amount of solar radiation
reaching the Earth, but solar radiation is not constant. Variations result from daily
and seasonal motions of the Earth, the sun’s own 27-day rotation and the 11-year
cycle of solar activity. One visual indicator of both the sun’s rotation and the solar cycle is the periodic appearance of dark spots on the sun, which have been observed continuously since the mid-18th century. On average, the number of sunspots
reaches a maximum every 10.7 years, but the period has varied between 7 and 17 years. Cycle 19 peaked in 1958,with an average sunspot number of over 200, the highest recorded to date.

Sunspots are cooler areas on the sun’s surface associated with high magnetic activity.Active regions adjacent to sunspot groups, called plages, are capable of producinggreat flares and sustained bursts of radiation in the radio through X-ray spectrum.During the peak of the 11-year solar cycle, average solar radiation increasesalong with the number of flares and sunspots.The ionosphere becomes more intensely ionized as a consequence, resulting in higher critical frequencies, particularly in the F2 layer. The possibilities for longdistance communications are considerably improved during solar maxima, especially in the higher-frequency bands.
One key to forecasting F-layer critical frequencies, and thus long-distance propagation,is the intensity of ionizing UV and X-ray radiation. Until the advent of satellites,UV and X-ray radiation could not be measured directly, because they were almost entirely absorbed in the upper atmosphere.The sunspot number provided the
most convenient approximation of general solar activity. The sunspot number is not a
simple count of the number of visual spots,but rather the result of a complicated formula that takes into consideration size,number and grouping. The sunspot number
varies from near zero during the solarcycle minimum to over 200.

Another method of gauging solar activity is the solar flux, which is a measure of the intensity of 2800-MHz (10.7-cm) radio noise coming from the sun. The 2800-MHz radio flux correlates well with the intensity of ionizing UV and X-ray radiation and provides a convenient alternative to sunspot numbers. It commonly varies on a scale of 60-300 and can be related to sunspot numbers, as shown in Fig 20.11. The Dominion Radio Astrophysical Observatory,Penticton, British Columbia, measures the 2800-MHz solar flux daily at local noon. (Prior to June 1991,the Algonquin Radio Observatory, Ontario,made the measurements.) Radio station WWV broadcasts the latest solar-flux index at 18 minutes after each hour; WWVH does the same at 45 minutes after the hour.

The Penticton solar flux is employed in a wide variety of other applications. Daily,
weekly, monthly and even 13-month smoothed average solar flux readings are commonly used in propagation predictions.High flux values generally result in higher MUFs, but the actual procedures for predicting the MUF at any given hour and path are quite complicated. Solar flux is not the sole determinant, as the angle of the sun to the Earth, season, time of day,exact location of the radio path and other factors must all be taken into account.MUF forecasting a few days or months ahead involves additional variables and even more uncertainties.

Adakah saat berikut sesuai untuk QRT?

Berikut adalah beberapa situasi yang sering menjadi pilihan bagi anda dan rakan untuk tidak meneruskan QSO di simpleks atau pun di repeater.

1.Apabila kualiti pemancaran anda menurun ini,ini dapat anda amati apabila mutu penerimaan merosot,bar meter hanya menunjukkan 1-2 bar sahaja.Jika kualiti audio anda diterima dalam keadaan putus-putus, rakan anda sukar memahami apa yang anda katakan,nyatakan QRX sehingga anda melepasi zon sukar,jika laluan bekenaan hanya beberapa minit sahaja jika agak lama QRT adalah jalan terbaik.


2.Apabila keadaan trafik jalan raya sibuk (bumper to bumper)keadaan ini memerlukan kita lebih berhati-hati jika tidak, mungkin kita dilanggar kenderaan daripada belakang atau kita melanggar kenderaan di hadapan kita.Maka oleh itu lebih selamat jika kita QRT daripada membuat pemancaran.

3.Apabila dalam kumpulan terlalu ramai dan anda agak keliru untuk putaran mikropon berikutnya lebih baik anda QRT dan mendengar rakan-rakan QSO,daripada pas sana kemudian pas sini,silap haribulan ada rakan yang kesejukan (istilah bagi mereka yang masih tertunggu-tunggu)putaran mereka tak diberikan..

4.Bagi sesetengah rig yang tidak punyai exhaust fan,QSO yang berpanjangan menyebabkan rig menjadi agak panas,bagi merehatkan rig berkenaan QRT daripada QSO adalah yang terbaik.

5.Apabila rakan anda berbicara dalam berkumpulan mengenai satu tajuk yang agak janggal buat anda elok QRT daripada QSO supaya anda tidak menggangu QSO mereka dengan penukaran tajuk QSO yang sedang rancak dibahaskan.

6.Apabila kenderaan anda hampir memasuki ke dalam feri,ingat anda tidak dibenarkan membuat pemancaran ketika berada di dalam feri.

7.Harmonic berada dihadapan dan cuba menekan-nekan button rig atau cuba mencapai ptt anda,saat ini ternyata lebih baik anda QRT jika tidak,ianya boleh mengundang bahaya apabila keadaan menjadi tidak terkawal,anda dalam keadaan memandu hendak memberikan fokus kepada pemanduan.

Sama-sama kita fikirkan apakah perlu kita teruskan QSO bila keadaan demikian boleh mengundang kecelakaan.

Sunday, October 12, 2008

HF-CW-SOP

Apa yang saya perhatikan selama penglibatan saya dalam dunia ham adalah tak ramai 9m2 yang memberikan galakan kepada 9w untuk berhubung dengan menggunakan frekuensi hf amnya di 40 meter dan terus terang saya katakan ramai di antara 9w tidak nampak apakah keupayaan hf dalam komunikasi radio amatur.Lebih mendukacitakan lagi jarang kelihatan kelibat set-set hf terpasang di sepanjang majlis-majlis eyeball,jika di adakan demonstrasi komunikasi hf dapatlah juga rakan swl dan 9w diberikan kesempatan untuk mencuba sambil diselia oleh beberapa rakan yang bercallsign 9m.

Echo link dan internet radio adalah hampir sama cuma bezanya echo link kita dapat berqso dengan rakan ham daripada beberapa negara luar dan bagi yang mengemari muzik anda boleh mengikuti siaran penyiaran daripada berbagai setesen yang terdapat di dalam dunia ini,saya tidak menolak komunikasi cara sebegini mungkin budget yang ciput saya masih terkebelakang.
Namun apabila dilihat lebih teliti cabaran dan kepuasan dalam ham radio yang sebenarnya tidak dipergunakan sepenuhnya di sini contoh seperti:
1.Penyelenggaran antena/kecekapan antena buatan yang dihasilkan
2.Cabaran propagasi,kecekalan untuk DX
3.Teknik komunikasi pileup,QRM dan QRN,QSB
4.Menjiwai ham sebenarnya.

Selain daripada yang dinyatakan di atas jaringan repeater Astra dan Marts berjaya menyatukan antara utara,selatan timur dan barat satu persoalan yang mampu dihuraikan oleh anda sahaja "adakah ini sudah cukup untuk memuaskan anda dalam bidang ham radio?" tidak dinafikan wujudnya sistem linking Astra atau Marts juga sedikit sebanyak mengaburi keupayaan HF di mata 9w.
Berhubung dengan menggunakan jalur VHF,UHF sistem komunikasi mode fm yang jelas dan tiada memerlukan propagasi lebih menarik golongan ini untuk komited kepada penggunaan jalur VHF.Bila dirujuk kepada komunikasi di hf dalam kepala terbayang antenna yang panjang set radio yang mencecah beribu ringgit mungkin kerana ini hf di ketepikan oleh sebilangan 9w.
Ada juga segelintir 9w yang melihat kelebihan hf untuk perhubungan jarak jauh jesteru itu 6meter dan 10 meter yang diberikan boleh dipergunakan untuk kepuasan yang sebenarnya.Saya sentiasa mengalu-alukan rakan-rakan 9w untuk belajar morse kerana cw merupakan satu lagi cabaran terbesar dalam komunikasi ham yang paling mencabar,hf tidak hanya merujuk kepada pancaran beratus atau beribu watt,komunikasi SSB adakalanya terbatas kerana propagasi yang menurun namun dengan penggunaan cw qso masih boleh dilangsungkan untuk memperlengkapkan lagi qso anda seperti saat bertanyakan report signal anda.

Satu hal yang anda perlu tahu ialah QSO yang sah dan boleh diberikan QSL kad adalah QSO yang lengkap iaitu apabila anda atau setesen yang anda berhubung menerima dan memberikan report signal "berlaku pertukaran signal report" jika tidak anda tak perlu mencatatkan callsign beliau sebagai setesen yang anda pernah QSO.

*kenyataan di atas adalah berdasarkan pengalaman yang telah saya alami,mungkin kerana masalah teknikal yang dihadapi oleh rakan ham Afrika Selatan,saya dimaklumkan bahawa QSO saya dengan beliau tidak sah QSL kad yang diterima oleh beliau tidak dapat diterima.
Bagi mereka yang menggunakan log book melalui komputer,tolong berikan perhatian,seandainya setesen tersebut merupakan "Rare Station" maka saya telah kerugian.

Antara yang menariknya di hf, dalam mode cw keupayaan pemancarnya yang mudah dibina dan berkuasa kecil "QRP" mampu menjangkau beribu batu dan budget sekitar Rm50.00 memang berbaloi kepada sesetengah ham.
Untuk makluman anda pada sesuatu keadaan biasa iaitu yang normal pada siang hari komunikasi hf boleh berlangsung sekitar 500km radius melalui band 40 meter dan pada malamnya keupayaannya adalah "World Wide"menyeluruh ke serata dunia.Untuk situasi normal pada malam hari kita boleh qso dengan Jepun,Cina,India kebanyakkanya adalah dari rantau Asia ada masa-masa anda akan kedengaran setesen daripada Rusia memanggil CQ DX di SSB,namun amat berbeza sekali di band bawah di cw anda akan dapati banyak setesen daripada US dan Eropah,ternyata cw walaupun telah dimasuhkan dibeberapa buah negara masih mendapat sambutan yang hebat.


Sedarkah anda jaringan repeater yang menghubungkan seluruh pelusuk tanahair itu kosnya lebih besar daripada satu hf set kos penyelenggaran repeater bayaran AA, sewaan tapak dan lain-lain lagi,qso yang lama dirangkaian linking repeater bukanlah suatu kepuasan yang maksima,mungkin kerana "pajakan" anda dan rakan anda itu boleh mencetuskan ketidakpuasan hati kepada ham yang lain siapa tahu? iyalah kadang-kadang repeater yang kesunyian juga mengundang kebosanan kepada para ham yang berminat untuk mendengar sahaja,daripada dibiarkan sunyi ada baiknya QSO rakan-rakan dijadikan santapan halwa telinga kita,mungkin ada 1 atau 2 perkara yang boleh kita perolehi daripada rakan yang sedang qso..

Saya dapati penggunaan "Contact" masih lagi menjadi pilihan utama kebanyakkan ham untuk membuat break call (pemecah qso) yang sedang berlangsung ianya tidaklah menjadi satu kesalahan tapi apabila diteliti ia mirip kepada komunikasi di CB rakan daripada seberang,adakalanya contact diucapkan tanpa memberikan callsign,hanya selepas diundang masuk sahaja barulah callsign empunya diri dimaklumkan.
Cuba kita amati "Contact 9w2xxx"! "9w2xxx"!

Apabila kata "Contact " diucapkan secara tiba-tiba setesen berkenaan terputus kerana disebabkan lokasi beliau tidak cukup bagus,setesen yang sedang qso pasti tertanya siapa gerangan? dan satu hal lagi penggunaan contact boleh menggalakan orang bukan ham suka-suka menekan ptt dan mencelah masuk,apabila dipanggil beliau akan senyap.

Jika disebut terus callsign 9w2xxx dan apabila terputus,rakan akan terus sedia memanggil anda,jika tidak diketahui hujung pangkal mana punya setesen "contact'.....disusuli .qrm qrm...."contact...disusuli qrm...masih tak dapat dibaca callsign beliau rakan pun malas nak berikan ruang untuk anda terus masuk.

Sunday, October 5, 2008

Pemburuan 9M Harus Diteruskan

Alhamdulillah akhirnya saya diberikan ilham untuk menulis posting berkaitan dengan cw,saya adakalanya terpaksa melupakan seketika coretan berkisar dengan cw bukan kerana tidak mahu menyumbang pengetahuan yang ada tetapi saya jarakkan posting agar pembaca tidak merasa jemu.

Kepada calon yang tidak berjaya,ini bukannya masa untuk anda kecewa,ini adalah untuk anda memperkasakan kebolehan penerimaan anda,saya tahu anda gagal kerana beberapa perkara seperti berikut:

a)Anda sudah boleh mengenal setiap karektor A-Z,punctuation mark dan angka 0-9
bagi saya ini belum mencukupi,apa yang anda harus lakukan untuk memantapkannya ialah
dengarkan secara grouping bukannya secara single karektor lagi,grouping yang mengandungi perkataan pendek 5-7 karektor atau angka,punctuation mark dan abjad dimainkan berterusan dengan gap yang tipis bukannya gap yang menjerat anda,maksud saya ialah gap yang tipis iaitu gap yang tidak membenarkan anda untuk mengingati apa karektor yang dimainkan.

b)3minit merupakan satu tempoh masa yang anda rasakan cukup panjang/lama kerana disebabkan itu anda mungkin agak keletihan,kebiasaanya apabila melalui tempoh yang sebegini,konsentrasi anda mudah terganggu "bilalah nak habis ni...lamanya"
apabila minda anda menimbulkan keadaan ini konsentrasi anda pasti terganggu,lebih teruk apabila anda tercicir 2-3 karektor yang dihantarkan.
*Adakan latih-tubi dalam masa sebenar supaya 3 minit adalah masa biasa bagi anda.

c)Tetapkan speed 12wpm yang paling minima jangan turunkan speed lebih bawah daripada itu dan kemudian naikkan speed,beri tumpuan kepada penerimaan pada speed berkenaan,adakalanya anda mudah beralah untuk anda dengar pada kelajuan yang anda selesa,ini tidak membantu anda untuk berjaya,12wpm adalah minima,tetapkan pada speed ini.

d)Sentiasa serius dengan apa yang anda lakukan,ingatlah untuk lulus cw bukannya satu episod mudah,mereka yang berjaya menguasai cw adalah mereka yang mempunyai displin dan komitmen yang tinggi,patuhi jadual tetapkan masa untuk sessi mendengar.

KEJAYAAN PENGUASAAN CW ANDA BERMULA HARI INI

Saturday, October 4, 2008

Terkenang Raya Zaman Dulu

Dibesarkan dalam zaman 80an,dapur kayu cukup sinonim dengan golongan seusia saya,tak ramai yang menggunakan dapur minyak tanah seingat saya dapur gas belum wujud lagi semasa tu, dapur minyak tanah ada dua jenis satu yang minyaknya diletakkan dalam balang kaca yang satu lagi berbentuk selinder "sumbu" dapur boleh dilaras dengan menolak naik dan turun,jenama yang masih segar diingatan saya ialah Butterfly,kadangkala dapur minyak tanah hanya digunakan takala musim hujan almaklumlah kayu api basah.Ketika itu dapur arang yang diperbuat daripada simen pun ada dipergunakan majoriti bagi masyarakat kampung macam saya dapur kayu adalah pilihan utama,sekarang ni bakar kuih guna oven,dulu saya ingat lagi mak saya bakar bahulu guna dapur kayu aja.bakar kuih guna periuk acuan bahulu dimasukkan ke dalam periuk di atasnya plat zing berukuran 11/2kaki x 11/2kaki di atas zing pula diletakkan bara kayu,kebiasaannya mak letakkan sabut kelapa ataupun kulit buah getah dibakar baranya cukup untuk memasak kuih bahulu di bahagian atas,nampak unik itulah daifnya kehidupan sekitar 80an zaman sebelum FM ya...siaran radio masa itu masih lagi AM ,letrik belum ada minum air telaga ahhaahaha.

Masa bulan puasa waktu kecil lagi dah diasuh supaya berpuasa tapi puasa separuh hari sahaja,masa arwah ayah kacau dodol kitalah yang paling sibuk bukan apa tolong tambahkan kayu maintain api supaya tak terlampau garang/kuat,apabila dodol dah nak masak lagi buat kalut hehehee...ambil daun pisang rasa dodol tu.

Malam terakhir puasa memang suspen habis penyimpan mohor raja-raja akan mengisytiharkan tarikh raya puasa....ayatnya sama dulu dan selamanya...bila raya aja time tulah saya dan adik akan kejar ayam hehehehe....sekarang ayam beli aja dekat pasar atau pasar malam belambak punya dok ada..satu lagi hal kata orang "ayor dalam bosi api dalam kaco potek di topi di tongah menyalo".

Sekarang ni tak ramai yang berkebolehan memasak dengan dapur kayu,kalau masak saya jamin gerenti kemantah(mentah) atau silap haribulan boleh hangit,masak dapur kayu nak kena jaga apinya bukan macam dapur letrik sukat air tekan punat dan tunggu.
Bab memasak tu dah dikira bahagian ke2 bahagian pertama bagaimana nak lekat api ( hidupkan api) kata orang utara,bukan mudah....mulut mesti muncung lebih nak tiup supaya kayu api boleh nyala,kalau tak pandai mancis api sekotak pun tak cukup.ahahaha..petik api gas pun tak da lagi tau masa dahulu.
Cara mudah kita nak nyalakan api ialah dengan menyalakan getah tiub tayar dalam basikal yang dipotong kepingan kecil atau juga gunakan buah kelapa sawit yang kering iaitu dengan cara ketuk atau leperkan buah sawit kering yang berminyak dan nyalakan api.

Semua yang saya ceritakan di atas mungkin ada dikalangan anda yang turut melaluinya.
Kini semuanya tinggal kenangan,pengalaman teramat manis yang sukar dilupakan.
Zaman dunia dihujung jari nak apa tujuk dan bayar semua selesai.

ZOOM IN DARI KAMERA RESOLUSI RENDAH

Raya kali ini membawa saya sekeluarga keluar dari jangkauan frekuensi simpleks,ke suatu destinasi yang berlainan,agak menarik beraya di tempat orang juadahnya juga ada sedikit kelainan,saya sempat memenuhi undangan seorang rakan di qth beliau.koleksi beliau mencuri tumpuan saya pada hari itu,resolusi kamera yang rendah menghampakan kualiti yang saya perolehi.
Nampak gayanya bukan saya seorang sahaja yang tertarik dengan koleksi milik rakan ham ini.





Harmonic dan Hari Raya




Hari raya kali ini merupakan saat yang menggembirakan buat si kecil saya yang berumur 1 tahun 10 bulan,keletahnya yang bersahaja membuatkan kami sekeluarga terasa sedikit kelainan pada kedatangan syawal kali ini.

Saturday, September 27, 2008

Kedudukan Mobile Rig Saya


Emm....tempat yang saya rasa paling mudah adalah di celah sini,paparan screen yang mudah untuk dilihat,kedudukannya yang agak sedikit terlindung dari pancaran cahaya matahari juga agak terlindung dari pak polisi hehehehe....di bawah rig tidak kelihatan satu exhaust fan kecil berkonsep blowin bukan vaccum yang supplynya saya sambungkan daripada cigarette lighter point.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

Tuesday, September 23, 2008

9W BAKAL BERGELAR 9M2 SETERUSNYA IALAH

Saya ingatkan keputusan PRU ke12 sahaja yang lewat,eemmm keputusan ujian cw kali ini juga agak sedikit lewat,saya terpaksa edit mengedit semula untuk mendapatkan satus berita yang tepat,Jutaan terima kasih kepada 9M2ALL dan 9M2ZC yang menyediakan lapuran lintas langsung daripada MCMC Cyberjaya.

10 calon yang berjaya menempah tiket class A adalah:

1.9W2AUR-Muhammad Aimil-Melaka untuk kali yang ke2 baru lulus

2.9W2AUI-Adi Salleh-Ulu Kelang

3.9W2TOT-Ibrahim Musa-Pahang

4.9W2VAV-Chai Chuan Tat-Johor untuk kali yang ke2 baru lulus

5.9W2DRL-Lee Chun Cheow-Penang

6.9W2LOO-Lo Chee Hin- Segamat Johor

7.9W2MZT-Mazli Shahar Bin Mohamed-Ampang untuk kali yang ke2 baru lulus

8.*9W2GL-Wan Morhisham Bin Mokhtar

9.9W6RMO-Roger Merdika Ombulun-Sabah

10.9W6DMC-Willie Tadam-Sabah

*MCMC mark KIV pada status senarai lulus saya tak pasti kenapa mungkin
abang Wan ni special kot,yalah OKU yang bersemangat tinggi seperti 9M2AI

Tahniah kepada yang berjaya,yang tidak berjaya tingkatkan usaha untuk sessi cw seterusnya di tahun hadapan.

"TIADA KEJAYAAN DAPAT DICAPAI TANPA USAHA"

PESERTA CW KALI KE2 2008

Hanya 19 daripada 23 9W yang berani menyahut cabaran digelanggang Cyberjaya kali ini ialah:


9W2YR,9W2AUI,*9W2LRS,9W2ATR

9W2AXE,*9W2AFR,9W2VAV

*9W2YCC,9W2TOT,9W2JLE

9W2DRL,9W2LOO,9W2MZT

9W2RZI,9W2GL,9W2AUR

9W2HHH,9W2RIY,9W2GTR

9W2GL,*9W6RT,9W6RMO,9W6DMC


*Tidak hadir sessi ujian mungkin kerana masalah yang tidak dapat dielakkan di saat akhir.
Callsign yang saya bold adalah mereka yang pernah menduduki morse test sebelum ini.

TEKS DAN GROUP NOMBOR UJIAN YANG DIHANTAR DICOPY OLEH 9M2ALL DAN 9M2ZC DARIPADA LUAR DEWAN

Teks Group yang dihantar adalah seperti berikut:

KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA PUASA.
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.
UJIAN SEBENAR AKAN MENYUSUL.SELAMAT BERJAYA


Kod Group nombor yang dihantar adalah:

68332 13798 43890 21578 26702
46895 35764 26804 21468 35421

Teks di atas adalah trial atau testing untuk pendengaran sahaja
teks ujian sebenar ialah:

KEMPEN PANDU CERMAT JIWA SELAMAT DILANCAR.PIHAK POLIS DAN JPJ MULA KEMPEN BESAR BESARAN DIDIK ORANG RAMAI AGAR LEBIH WASPADA KETIKA BERADA DIJALAN RAYA UNTUK PULANG KAMPUNG SEMPENA CUTI HARI RAYA YANG BAKAL TIBA.

LINTAS LANSUNG DARI CYBERJAYA

Hari ini debaran peserta bermula,ucapan syabas dan tahniah buat 9M2ALL-Haris,9M2RS-Hj Rashid dan 9M2ZC-Zack kerana turut serta memberikan sokongan moral kepada 9W yang mengambil ujian pada hari ini,saya dimaklumkan seramai 23 orang peserta yang mendaftar untuk mengambil ujian cw pada kali ini.
ketika posting ini ditulis pada jam 9.50pagi semua peserta telah memasuki dewan ujian untuk sessi taklimat dan ujian penerimaan.

Monday, September 22, 2008

DEBARAN BERMULA HARI ESOK

Ramadhan kian hampir dipenghujung dan esok debaran bermula kepada calon-calon yang menduduki peperiksaan morse,semoga persiapan yang dilakukan saat akhir tidak menggugat emosi setiap calun,andai kata anda berjaya saya amat berharap kejayaan anda menjadi dorongan kepada rakan-rakan 9W yang lain atau anda tolong sambungkan kerja lobi-melobi seperti yang saya lakukan dan sekiranya anda kandas dalam perjuangan anggaplah perjuangan anda itu baru bermula.

Friday, September 19, 2008

Rumusan Undian

Terima kasih kepada yang mengambil bahagian dalam undian pada posting lepas,walaupun dengan udian kecil 6 undian,suka saya nyatakan saya akan cuba berusaha untuk memberikan penjelasan atau penerangan dengan jelas teknik atau cara pembelajaran cw melalui ruang masa yang terhad,saya mengalu-alukan maklumbalas berhubung sebarang posting mengenai cw di dalam blog saya ini,jika anda ada sebarang pertanyaan silalah email saya,mungkin pengetahuan cw saya masih di tahap yang rendah keadah penerangan saya mungkin bermasalah,apa pun jika anda tidak 100% memahaminya harap anda tahu di mana anda harus bermula dan anggaplah ianya sebagai batu loncatan untuk anda pergi lebih jauh lagi.

Tuesday, September 16, 2008

PERHATIAN KEPADA CALON-CALON UJIAN CW

DENGARKAN MORSE DENGAN STANDARD TONE 600HZ STANDARD CW EXAM

Monday, September 15, 2008

MENGHINTUNG HARI / PERSIAPAN ANDA BAGAIMANA?

Agaknya apalah persiapan terakhir rakan-rakan yang bakal menduduki peperiksaan morse untuk kali ini lakukan?.

Saya harap semua perancangan berjalan dengan lancar,saat-saat terakhir janganlah terlalu memaksa diri,seperti biasa ulang dan ulang group-group nombor 5x 10 group dan perdengarkan dengan kelajuan 12wpm,begitu juga dengan teks atau ayat-ayat convertkan ayat-ayat ke media player file atau mp3 dan mainkan dalam kadar masa 3 minit juga dengan kelajuan yang sama.Bulan puasa ni bagus juga selepas sahur sementara menunggu masuknya waktu solat subuh ada baiknya dipergunakan kesempatan ini untuk mendengar.

selang sessi mendengar gunakan masa yang ada untuk sessi menghantar,jangan gopoh perlahankan kelajuan semasa anda menghantar pada kod yang anda kurang confident atau selesa,hantar perlahan tetapi tidak berlaku gap iaitu yang boleh membezakan antara karektor dan ayat.

Anda juga boleh sending seiring dengan komputer beri perhatian kepada H angka 5,V dan 4 dan jangan lupa bagaimana hendak membuat pembetulan iaitu 8 kali dit dihantar berterusan Error........

Sila berikan perhatian kepada perkara berikut:

1.Tenangkan fikiran jangan fikir apa-apa konsentrasi amatlah diutamakan.

2.Jangan tinggalkan dewan terlebih awal walaupun anda gagal menjawab

3.Sekiranya ada pertanyaan daripada pihak MCMC selepas sessi ujian penerimaan
jangan malu nak tanya biarpun soalan "Boleh ulang Atau Mainkan Sekali Lagi Tak"?
Jika MCMC ingin pendapat semua korang semua mesti setuju tau!manalah tau kot-kot MCMC lembut hati nak bagi peluang untuk anda membuat semakan."Tapi tak mustahil kan?"

4.Komen @ complain apa sahaja yang anda rasa tak puas hati,kod bunyi tajam,kembang ke apa ke complain anda ada hak,jangan sampai dah lepas baru menyesal.

5.Ingat pada sessi penerimaan jangan miss pada setiap angka yang anda dengar,jika anda miss tiada maknanya,group nombor bukan seperti ayat atau perkataan,jika tercicir 1 atau 2 masih boleh dilengkapkan sebagai ayat mengikut logik yang sepatutnya.



Semua perkara di atas telah saya ingatkan pada posting-posting saya yang lepas,apa pun ini adalah sekadar ingat mengingati.


Emmmmmmmm....baru perasan kali ini tiada kopi dan biskut free hehehehe..

Thursday, September 11, 2008

JOM BELAJAR CW

Bagi rakan-rakan ham yang baru belajar cw pada peringkat awal elok lawati website KC9ERZ terdapat 2 file yang anda boleh save untuk latihan latih tubi.

Jiwa Homebrew atau Jiwa kacau nih!!!





Saya respect habis dekat mamat sorang ni dia punya homebrew saya sendiri pun tak terfikir klik sini link ke oh6dc.cw

VHF & UHF PREAMP




Tuesday, September 9, 2008

BERTUAHNYA KITA DENGAN KEMUDAHAN YANG ADA SEKARANG

Suatu ketika dahulu saya sering tertanya bagaimana orang zaman dahulu boleh menguasai cw walhalnya tone yang didengari amat tak menyedapkan telinga,Thomas Edison ketika berumur 15 tahun dah belajar cw bayangkan bunyi tone lebih kepada hentakan mekanikal,ketika itu morse lebih dikenali sebagai telegraf,komunikasi secara telegraf ialah zaman sebelum terciptanya telefon atau radio.Ingat tak pada Allexander Graham Bell yang mencipta telefon dan Guglielmo Marconi yang mencipta radio.
Cuba anda lihat pada youtube yang saya linkkan di sini bunyinya amat menyakitkan telinga namun itulah teknologi perhubungan yang dianggap canggih pada zaman ketika itu.Cerita-cerita sejarah penciptaan yang berkaitan dengan radio seperti siapakah insan yang bernama Edwin Howard Armstrongapakah sumbangan beliau pada kita sehingga kini dan banyak lagi yang dapat kita pelajari,sesungguhnya sebagai ham bukan sahaja kita berminat untuk berhubung melalui radio malahan kita juga perlu tahu serba sedikit perihal sejarah perkembangan radio sehingga ke hari ini,setidak-tidaknya kita tak tersipu-sipu malu bila ada orang bertanyakan kita siapakah yang mencipta radio atau adakah anda kenal pada nama-nama seperti Heinrich Hertz,Guglielmo Marconi dan beberapa nama lain yang wujud pada zaman awal penciptaan radio.


Monday, September 8, 2008

SKILL Vs Budget Home Made Poor Man Key



9M2PZ-Pak Manan pernah komen pasal key saya ni masa saya QSO dengan beliau"katanya yang penting bukan key tapi skill" ya ya saya setuju sangat dengan kata Pak Manan tu,bagi saya ham PPRT macam saya ni kitar semula adalah perkara yang terbaik,cuba lihat key saya ni...eeemmm....kalau poor man key1 tu macam perang dunia ke 2 agak-agaknyalah yang ni yang perang dunia ke berapa pula,poor man key 1 dah bertukar tangan sekarang ni berada di tangan adik ipar saya (9w2kaj) harap beliau suksess dengan pembelajaran cw dia,poor man key2 nampak macam daif sangat,apa pun dengan key inilah saya meningkatkan kemahiran penghantaran cw saya qso dengan 9M2AR dan 9M2ZN

Sunday, September 7, 2008

BILA LELAKI MEMASAK



Sepanjang seminggu bulan puasa ni tak banyak aktiviti yang dilakukan balik saja kerja saya habiskan masa dengan anak-anak,ntah tetiba saja orang rumah call kelmarin dahulu nak makan dari penangan sentuhan saya masa berbuka petang ni katanya dia dah belikan 2 ekor ikan siakap ...eeeemmmm suruh saya masaklah tu,bab memasak bagi saya dah sebati dengan diri almaklumlah arwah ayah saya memang pakar dalam bab masak,kata orang bapa borek anak rintik hehehehe....dahulu bila tengok arwah ayah sering ke dapur rasanya masa tulah saya dah mula berminat dalam bab masak memasak ni cumanya tak beberapa serius kot,selain daripada hobi radio,buat projek elektronik,memancing dan lain-lain memasak memang dah jadi kegemaran,hahahaha....setahu saya rakan ham yang handal masak ialah 9W2TMT=Pak Usop dan beberapa ham di utara saya dah lupa nama-nama mereka,kepada rakan-rakan yang tak tahan daulat pada bulan puasa ni elakan dari melihat paparan ni,salah satu cara nak berjimat ialah dengan cara homebrew sendiri masakan-masakan yang dijual diluar tu,kata orang buat dan beli,buat sendiri tu lebih menyeronokan.Suatu masa dahulu saya memang tak miss tengok rancangan Iron
Chef.



Antara blog atau website masakan yang kerap saya lawati ialah
Teratak Chetam
Marimakan
Resepi.net
Resepidiana

Thursday, September 4, 2008

On SKN He Was There

There once was a man from the city
Who didn't know how to "dah-ditty."
He said with chagrin
As he turned the low end,
"To not know the code is a pity."

So he made up his mind not to bend,
To dig out his key once again,
To grunt and to try,
And not whine and cry;
And his effort was worth it, my friend.

On SKN he was there,
Someone had answered his prayer.
His fist was real clean,
If you know what I mean,
And he smiles with a confident air.
- Hunt Turner, K0HT


copy from AD7MI

Tuesday, September 2, 2008

PEMEGANG LESEN BARU

Alhamdulillah keputusan rae dah keluar,saya dengar kali ini lebih ramai yang lulus ada yang 2 kali ambil pun dah lulus,ucapan tahniah saya kepada Amirul( Sik )kini 9W2AXS 2 kali rae baru lulus kata pepatah orang tua hendak seribu daya tak nak seribu dalih anda dah membuktikan cita-cita berserta usaha telah membuahkan hasil.
Sejak akhir-akhir ini saya agak sibuk dengan tugasan,saya kurang monitor kemunculan pemegang lesen baru di udara harap mereka merupakan anak didik yang telatih yang mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh lagi.

Alangkah baiknya:

a.Jika prosidur mencelah masuk hanya dengan menyatakan callsign anda bukannya CONTACT!!

b.Sebut saja pengulang/repeater jangan sebut JALUR PANJANG

c.Sebut saja teh tarik dan bukannya tango-tango.

d.Q-code hanya untuk signal tak payahlah cakap nak bagitau hujan lebat mana cakap aja renyai/bubuk atau lebat kan lebih mudah rakan faham.

e.Tak perlulah panggil CQ dekat repeater untuk mulakan QSO sebab repeater tu coverage dia meluas, ramai yang monitor cukup sekadar nyatakan "jika ada mana-mana stesen yang sudi QSO dengan saya sila panggil 9W2AXS,9W2AXS standing by kalau segan sangat "radio check 1,2,3,4 disini 9W2AXS,9W2AXS radio check and standby"bila ada mana stesen yang masuk QSOlah jika iannya stesen yang pertama anda hubungi/contact maklumkan serba ringkas nama/qth/setup anda.

f.Yang ini tak ramai ham ambil perhatian sangat bila anda gunakan high power tak usahlah cerita anda push habis power rig anda mungkin nak tujuk sikit anda punya antena swr ok tx high power tak ada masalah,logik ke AA anda cover 50w power transmission anda tx 75w,cakap aja medium power transmission, dekat logbook anda catat berapa watt? out of permission ke?

Saturday, August 30, 2008

RAMADHAN BERTANDANG LAGI

Selamat berpuasa semoga ketakwaan kepada yang maha esa dipergandakan dalam bulan yang mulia ini,kepada rakan-rakan yang bakal menduduki morse code test harap masa yang dipenghujung ini boleh memberikan ketenangan kepada anda semua.






Thursday, August 28, 2008

KEHILANGAN YANG DIRASAI

Allah lebih menyayanginya itulah yang mampu diucapkan,9M2DS Pak Dollah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.00 malam semalam di Hospital Kuala Lumpur,seluruh warga amatur radio tanpa mengira bangsa dan agama berasa sedih atas kehilangannya,tokoh radio amatur yang disegani,walaupun hanya pernah bertemu sekali sahaja dengan beliau di AGM Astra di USM Pulau Pinang 10 tahun yang lalu dan beberapa kali dapat QSO dengan beliau kehilangannya amat dirasai.

Semoga roh beliau ditempatkan disamping orang-orang yang soleh alfatihah....Amin

Tuesday, August 26, 2008

UNTUK MAKLUMAN SEMUA

Saya menerima pengkhabaran yang kurang bagus daripada rakan 9M2ALL bahawa 9M2DS-Pak Dollah berada dalam keadaan kritikal kini dimasukkan ke General Hospital Kuala Lumpur,Main Tower tingkat 5,wad CRW.

Sama-samalah kita berdoa semoga beliau cepat sembuh dan diberikan kekuatan dan kesihatan seperti sediakala amin...

Monday, August 25, 2008

PERSEDIAAN MENGHADAPAI UJIAN CW SAAT AKHIR

Bagi mereka yang akan menghadapi ujian dalam masa yang terdekat ini beberapa perkara perlu diberikan penekanan antaranya:


1.selalu dengar atau mainkan ayat-ayat(teks)sekurang-kurangnya mengandungi 36 patah perkataan antara panjang setiap perkataan antara 5-7 karektor,karangkan seperti satu mesej pendek anggaran masa dihantar selama kurang lebih 3 minit seperti tempoh masa ujian sebenar speed 12wpm.Persediaan ini perlu bagi mereka untuk membiasakan dalam keadaan berada dalam situasi ujian yang sebenarnya,membiasakan dalam keadaan tidak tertekan dalam penerimaan selama 3 minit yang merupakan satu masa yang dirasakan agak panjang yang akan dihadapi oleh anda.

2.untuk sessi penerimaan kod-kod nombor sama juga seperti di atas anda boleh susun dan mainkan group-group nombor 10 group yang mana setiap group terdiri daripada 5 angka eeemmm kalau tak salah saya mungkin masa yang perlu ditempohi adalah selama lebih kurang 2 minit.

3.Salin semua jawapan yang anda dengar di dalam kertas jawapan berpetak,contoh seperti buku petak matematik atau anda boleh membuat blok-blok petak 7 petak untuk setiap perkataan,ini melatih anda untuk menulis dengan tepat dan meninggalkan tempat kosong di mana anda tidak dapat menjawab,dan selepas habis penerimaan,anda boleh mengisikan mana-mana petak yang kosong untuk melengkapkan jawapan anda.

4.Lebihkan sessi mendengar dalam saat-saat menempuh ujian

5.Bagi sessi sending pula mainkan teks-teks yang anda dengar tadi dan cubalah sending seiringan dengannya,cara sebegini melatih anda untuk maintain speed anda dengan teratur dan kemas.

6.Lebihkan sending dan mendengar pada ayat-ayat yang mempunyai karektor EISH atau beberapa kumpulan "kod dit" dan jangan lupa untuk berlatih menghantar kod pembetulan iaitu error signal.

Sunday, August 24, 2008

BANTUAN YANG SANGAT-SANGAT DIPERLUKAN MUJURLAH ADA 9W2SBD

Jam menunjukkan 12.00tgh malam lebih ntah tetiba saja audio Pak Lokmal 9m2cia tak kedengaran,saya cikgu Rahman dan Pak Baha tertanya-tanya kemana menghilang....suddenly Pak Lokmal muncul dengan breaker!!! mobile dia tak breakdown,kami yang dalam group malam semalam agak cemas,cuma boleh mendengar masalah yang dihadapi,kereta beliau telah terbabas dan melanggar tebing efeknya power stering dah tak boleh function jadi liat/keras....Pak Baha cuba dapatkan 55 rakan yang terdekat,saya terfikir juga ada baiknya saya cuba dapatkan Solehan tengah-tengah malam menjelang pagi ni sms jerlah..mungkin kalau bernasib baik dia dapat membantu,belum sempat sms diterima dah kedengran beliau muncul di repeater,alhamdulillah beliau belum tidur lagi dan masih mobile,beliau bergegas ke tempat di mana terkandasnya Pak Lokmal dari Teronoh ke Simpang ke Batu Gajah agak jauh juga kot,selepas habis qso saya cuba dapatkan status terkini dan dimaklumkan info tempat yang dimaklumkan adalah yang sebaliknya jauh lagi rasanya tempat tu,apa pun syabas Solehan atas bantuan anda,inilah yang dikatakan beruntungnya punyai hobi ham radio,walaupun belum pernah bersua rasanya bila pertolongan amat diperlukan pertolongan diberikan tanpa mengenal kawan rapat atau tidak.
Saya sempat menelefon Pak Lokmal pagi tu dan beliau maklumkan bahawa beliau sedang dalam perjalanan untuk pickup mobile beliau dan akan membawanya ke workshop untuk repair,katanya ke hulu ke hilir beliau cuba dapatkan hotel untuk penginapan namun hampa...maklumlah cuti sekolah,namun mejelang hampir 3 pagi baru ditemukan hotel...bayangkan jika kita berada di dalam keadaan beliau bersama-sama keluarga.....nasib baik ada insan yang perihatin,Solehan terima kasih atas pertolongan anda semalam.

MY HHO PROJECT




Saya dah tertarik pasal HHO atau Hydrogen booster ni,saya banyak membaca forum-forum yang berkaitan dengan HHO,sejak minyak naik dan turun pun tak seberapa,terasa nak homebrew HHO ni mungkin sedikit masa lagi saya akan pasang pada mobile siapa tahu...kalau order daripada luar harganya mencecah ribuan ringgit,pernah saya call ada dealer kat Alor Star mak oii!! Rm550 seunit,yang kat Negeri Sembilan pula harga pun lebih kurang juga err..ada tengok kat youtube orang Malaysia kita buat guna s/steel paip..saja call dia aduih!!! Rm1.6k...hahahaha...ketuk-mengetuk sungguhlah dorang ni benda ni bukan ada apa-apa pun kata orang buat lebih baik buat daripada beli sama macam antenna kalau buat kita tahu mana silapnya...eeemmm pasal silap tulah...yang buat saya pening kepala ni,ntah apa yang silapnya ntah!!! bubble tak banyak keluar HHO generator ni produce tak banyak mana pun...eeemmm first time project tak menghampakan saya,mungkin ada yang tak kena ni!!!Mamat dari seberang buat HHO ni guna botol kicap/sos jer siap pasang kat motor dia.
campuran sodium bikabornat tu kurang sangat kot agaknya? errr...atau supply tak kuat 12V 7.2amp saja....hehehehe...paip bubbler tak padan besar sangat..hehehehehe....
kalau ada sesiapa yang pernah homebrew HHO ni tolong syer dengan saya,dia punya elektrod tu main belasah jer...nampak gayanya nak kena trail and error...trail and error lagilah...hehehehe....mungkin sebab tu kot benda ni dorang yang buat demand harga gila-gila....issshh!!! kalaulah experiment demi experiment menjadi....1pc Rm500 x 20unit = Rm10K hehehehehe....IC7000 dah dalam tangan dah ni....hehehehe
*Benda ni saya buat tak serius sekadar nak dapat experience...may be lepas ni nak buat secara serius,kalau suksess dah boleh jimat rata-rata dorang claim boleh jimat sehingga 30-40%.
kalau anda berminat dengan HHO ni saya linkkan beberapa web page yang berkaitan dengan HHO,water4gas,hydrogenFuel
Dari seberang membuat sendiri HHO Generator
Ni serba sedikit berkenaan pasal HHO yang saya salin daripada blog dealer kat Alor Star tu.

Teknologi ini bukanlah untuk menggantikan fuel fossil sekarang dengan menggunakan air 100%. Sehingga sekarang pembuat kereta dunia telah pun mengeluarkan kereta hybrid 100% cell hydrogen bukan 100% air. Harganya macam dua kai ganda harga kereta sekarang. Apa yang hendak saya utarakan ialah satu teknologi di mana kereta anda sekarang, samada petrol atau disel boleh dijimatkan penggunaan fuelnya sehingga 60% dengan menyuntik gas hydrogen (brown gas) kedalam kebuk pembakaran enjin kereta anda. Gas hydrogen ini tidak payah di beli kerana ianya datang dari air yang di masukkan kedalam hydrogen generator yang di pasang dalam kereta anda itu.

Teknologi ini telah berusia lebih 91 tahun lamanya. Apa yang dibuat ialah membangunkanya semula secara lebih simple, selamat dan murah. Walaupun tidak dinafikan adanya Hydrogen Generator yang canggih sekarang ini tetapi ianya tak mampu kita miliki. Electrolyzer, bubbler dan bekas di sepadukan bagi menjadikannya satu alatan yang ringkas dan mudah dipasang oleh sesiapa saja.
Faedah lain dari coiled/spiraled electrode WIRES – yang tidak berupa plate. Magnetic vortex yang diujudkan olehnya menolong memecahkan atom air, jadi kita tak perlukan kuasa yang banyak dari system elektrik kenderaan dan dgn ini menjadikan system ini mudah dan murah. Tiga factor besar yang berjalan serentak untuk memecahkan atom air: Arus terus letrik melalui dawai electrode, magnetic vortex yang terjadi kerana bentuk electrodes, dan tekanan vacuum yang memang sediada dalam enjin kenderaan anda.

link ke blog/website/forum untuk rujukan kepada mereka yang berminat untuk homebrew hho generator:
forum S10 forum.com
Flat doodle
Diy HHO
Elektroliser sederhana
HHO_Gas
Fuelsaver on9
suryagunawan blog
Aristocutionor all HHO video
Ahmadsamantho
Mobil motor bahan bakar air
Energiair
Kymco Indonesia Forum
Mojokerto blog
Bagusalfa blog
Sabah forum
Carigold portal forum
Purgebrain
Serayamotor diskusi
Grandcivic.com
Fuelsaver video
Kymco

Forum.maxima
Free energy/pdf details hho plan
Free energy info
How to build HHO
HHO Forums.com

Thursday, August 21, 2008

PERHATIAN! UJIAN KOD MORSE SIRI KE2 PADA 24 SEPTEMBER 2008 INI



Kepada rakan-rakan ham yang ingin mengambil ujian morse bolehlah mendapatkan borang daripada SKMM/MCMC bermula dari sekarang,tarikh tutup penghantaran borang ialah pada 5 September 2008 info lanjut sila klik sini

Wednesday, August 20, 2008

AWAS!! KOD SLOW MEMERANGKAP ANDA

Berdasarkan tajuk posting di atas saya cuba untuk menguraikan kenapa persoalan di atas amat perlu diberikan perhatian kepada mereka yang mengikuti pembelajaran cw.
Apabila anda mendengar karektor morse,anda sepatutnya tahu tanpa memikirkan apa kod itu,dan proses menyahkod (mentafsir) kod perlu berlaku secara spontan atau nama lainnya reflex,fakta telah membuktikan bahawa untuk copy kod yang kelajuan lebih daripada 10wpm hanya berlaku secara reflex bukan pada secara hafalan bunyi contoh Da da di da "Oooh itu Q

Itu sebabnya mengapa slow kod disebut-sebutkan sebagai"deadly trap"ingat jika anda cenderung kepada cara yang mudah iaitu slow speed anda pasti akan menjadi buntu apabila anda mendengar speed yang lebih tinggi,oleh sebab itu anda dapati ramai ham menasihati supaya kekal pada kelajuan 12wpm minima dan membuat peningkatan speed jika anda mampu mencapai profiency 75-80%.
cuba anda mainkan beberapa kod seperti berikut pada kelajuan 9-10wpm dan juga mainkan pada kelajuan 12wpm:

1.MEGWEPAILNTKMTO
2.KTYGTNNCAERDTX

Apabila berkesempatan melihat rakan-rakan ham vetaren atau individu yang mahir berhubung secara morse mungkin pada kelajuan 25-35wpm perhatikan mereka,hanya kelihatan releks sahaja,inilah yang dimaksudkan kerseronokan dalam cw,irama-irama karektor berlagu membawa maksud yang disampaikan umpama satu bahasa yang unik dipertuturkan. Inilah yang dimaksudkan kecekapan/kemahiran.
Kemahiran yang dimiliki bukanlah mampu dapat dicapai dalam masa yang sesingkat,ia memerlukan daya usaha yang tinggi,berdisplin,serta fokus kepada apa yang dilakukan "keep on track" kebanyakkan ham memberitahu untuk mengingati semua karektor cw kenali setiap karektor,kemudian baru memantapkan kelajuan,apa bila anda lakukan sebegini bermula dengan slow speed maka tentunya pasti akan akan berlaku "lookup table" di dalam otak kita,tanpa anda sedar anda sebenarnya membuat perbandingan antara setiap karektor untuk kesesuaian dengan kod yang didengarkan.ini yang kebanyakan berlaku pada mereka untuk melepasi kod pada speed 10 wpm situasi ini dikenali sebagai "plateau"

*kod-kod yang pada kelajuan 10wpm dan ke bawah sebenarnya menjerat anda,mendengar pada kelajuan sebegini lebih menjerumuskan anda untuk mengingati da dan dit mungkin juga anda akan dipujuk oleh kata hati kecil anda "untuk mengira da dan dit yang terkandung dalam karektor kod cw tersebut,untuk mencapai kepada tahap reflex sepatutnya anda menghayati irama tiap-tiap karektor yang ternyata amat berlaianan pada kelajuan 12-15wpm.

*Pembelajaran karektor seperti yang saya nyatakan di atas adalah secara tradisional,cara ini agak mengambil masa yang lama juga,namun akhirnya akan berjaya juga,eemmm...saya adalah salah seorang ham yang mengikuti cara sebegini,mungkin kerana terpengaruh desakan untuk bermula dengan mudah,apa pun saya menggunakan kelajuan 13-14wpm bukan di bawah 12wpm.

Kepada rakan yang masih mendengar pada kelajuan bawah 10wpm cuba mainkan kod-kod di bawah Wujud "Plateau" atau tidak maklumkan kepada saya.

ET=A
TE=N
EE=I
TT=M
TI=D
ME=G
TA=K
AN=R
NT=K
EN=R
IE=S
IT=U
EM=W
TS=B
NN=C
ED=L
IN=F
ES=H
WE=P
GT=Q
ST=V
DT=X
NM=Y
MI=Z

Sunday, August 17, 2008

YOUTUBE TUTORIAL VIDEO

Transmission Lines and EM Waves



Lecture - 1 Introduction to Basic Electronics



Lecture - 10 Transistors

Saturday, August 16, 2008

Hack vintage receiver to Aircraft Band Receiver

Friday, August 15, 2008

ANCIENT TECHNOLOGY

Saturday, August 9, 2008

Kesimpulan undian penyalahgunaan SOP

Selama sebulan undian saya buka untuk rakan-rakan membuat penilaian dan bancian kenapa penyalahgunaan SOP berterusan dan hari ini undian tersebut telah ditutup,walaupun undian pada kali ini kurang mendapat sambutan,saya ucapkan syabas dan terima kasih kepada yang mengambil bahagian,sesungguhnya keperihatinan mereka memperlihatkan bahawa mereka dapat menilai dari kaca mata masing-masing.


Kesimpulan yang dapat saya nyatakan di sini ialah kurang penekanan daripada pihak tertentu iaitu pihak berwajib amnya biro tatatertib atau biro bahagian latihan dan perlesenan,suatu pendekatan perlu diambil sebagai contoh sentiasa ingat mengingati sesama sendiri atau menegur dalam kiasan mana-mana ahli atau bukan ahli atas dasar menerima dengan positif yang pentingnya yang ditegur harus cepat sedar diri yang menegur pula jangan lupa diri jika terasa teguran terbuka ada kesan tak baiknya cubalah dengan cara yang sedia ada eyeball adalah sebaiknya namun tujuan asal"bukan untuk disingung" Adalah "hairan bin ajaib" seseorang ham itu boleh lulus dengan cemerlang dalam RAE namun dipertikaikan kenapa penggunaan SOP nya tunggang langgang.

Suka saya katakan adalah menjadi satu amalan atau kebiasaan mengikuti corak atau rentak sang mahaguru namun anda harus mengerti kebangkitan anda pada hari ini adalah suatu inspirasi dan sepastinya bukannya diphotokopi apa yang anda dengar atau anda ikuti.

Sebagai ham yang sah anda telah membuktikan anda lulus melalui satu proses ujian yang saya rasakan bukan dikategorikan sebagai laluan mudah,seharusnya sebagai ham kepekaan itu penting namun saya tidak beberapa setuju jika penyalahan SOP kerana ham itu tidak peka ( ini pendapat peribadi saya ) jangan beritahu saya anda tidak tahu memandu walaupun anda mempunyai lesen memandu pelik bukan?,buatlah penilaian sendiri apakah tindakan yang anda lakukan itu wajar atau tidak jika sesuatu yang masih dalam jaris panduan ikutilah dan tinggalkan jika iannya diluar pengetahuan anda jangan meniru atau jangan biarkan ianya ditiru.

Thursday, August 7, 2008

SIAPA 9M2 SELEPAS INI?

Tak ramai yang bertanya
Akan lulus ramai mana
Tak ramai yang tahu
siapa bakal 9m2

Tak ramai yang suka
bunyi da dit da dit sakit kepala
bukan kerana sudah biasa
kerana kurang berikan masa

Tak ramai yang tahu
susah senang lebih suka cakap tak mahu
bukan kerana tak nak cuba dulu
cukuplah dengan 2 meter 10 meter tu

Tak ramai pun 9m2
ramai lagi 9w2
camna nak ramai you!!!
kalau cw nak ambik aku tengok hang..hang tengok aku


Tak ramai nak bantu
ramai lagi yang gitu..gitu..
bukan malas nak gi 9m2
malaslah...nak buang masa dengar cw

Tak ramai yang tahu
9m2 tak meriah serupa dulu
ham seberang dah pajak kat situ
ham kita akan kehilir ke hulu

Tak ramai yang berani
sambut cabaran untuk diri sendiri
Atau mahu maju lebih setapak lagi
terfikir juga siapa 9m2 selepas ini?

Sessi Kelas CW on the air mohon kerjasama supaya diberikan laluan.

Jutaan terima kasih kepada Pak Naser-9M2NNL atas keprihatian beliau untuk mengadakan kelas cw di udara (di rangkaian repeater/pengulang nasional Astra,kelas cw ini hanya akan ke udara pada setiap malam Isnin,Selasa dan Rabu pada jam 9.30 sehingga 10.30 malam dianggarkan berlansung selama sejam atau sejam lebih.

Saya memohon kerjasama daripada semua rakan ham untuk luangkan pengulang apabila tiba masa yang telah saya nyatakan di atas tadi,walaupun tidak terlibat dalam sessi tersebut saya menyeru rakan-rakan yang berminat untuk turut serta mengikuti kelas cw ini.Sekiranya ada pertanyaan atau kemusykilan sila kemukakan,dan jangan malu untuk menjawab pertanyaan jika diajukan.Jadikan sessi kelas ini sebagai latih-tubi untuk anda memantapkan lagi penguasaan cw anda,dan janganlah hanya mengarapkan kelas ini semata-mata untuk kejayaan usaha selebihnya hendaklah dilakukan juga.

Sediakan buku tulis dan kertas,jika perlu rakamkan,ini membolehkan anda mainkan secara ulang-ulangan,sebagai pembelajaran sampingan tak kira dimana sahaja anda berada.Apabila sampai sessi menjawab ayat atau perkataan pendek cubalah menulis dan biasakan diri anda untuk menandakan _ dash/sengkang pada kod yang anda tak dapat menjawab,dengan cara ini insayallah anda dapat menilai apa perkataan logik yang dihantar sebagai contoh R_D_O AM_T_R.

"Ingat sehari selembar benang lama-lama menjadi kain"

Monday, August 4, 2008

Opposite code

E. T-

I.. M--

S... O---

A.- N-.

K-.- R.-.

L.-.. Y-.--

Q--.- F..-.

G--. U..-

P.--. X-..-

D-.. W.--

J.--- B-...

Sunday, August 3, 2008

USEFUL LED CIRCUIT


Saturday, August 2, 2008

High Frequency Active Auroral Research Program (HAARP)

Masih ingatkah anda pada ujuikaji philadelphia,kesan ujikaji yang cukup merbahaya namun,fitrah manusia tidak berakhir dengan satu percubaan sahaja sifat ingin tahu daripada ujian tersebut maka terbinalah HAARP,saya baru mengetahui kewujudannya tak kala melayari internet,kesan yang maha dasyat ini turut diperkatakan kehadiran teknologi pemusnah iaitu senjata ekologi,klik di sini untuk link berkaitan.




HAARP juga dikaitkan dengan malapetaka/gempa bumi di negara China berikutan kehadiran fenomena optikal/lutsinar) seperti setitik air atau prisma yang memecahkan cahaya putih menjadi tujuh warna membentuk pelangi.

NIBIRU 2012 A.D. The End ?

Satu kejutan besar apabila mengetahui kewujudan planet X/Nibiru dan nasib yang bakal menimpa bumi mengikut perhintungan saintis,apa benarkah kebenaran ini atau dongengan? untuk kupasan lebih lanjut saya terjumpa blog dari seberang yang mengutarakan mengenai Nibiru kilik sini.

Jom Nyanyi

Kita bangsa berwawasan
maju diri sehati sejiwa
terapkan nilai murni
kita saling memahami
erti setiakawan
wujud satu wawasan
eratkan persaudaraan

Di udara kita bersama
berkongsi ilmu jadi amalan
biar kekal jadi warisan
Yang baik jadikan ikutan
Yang buruk kita ketepikan

Bumi tercinta tanahairku
disini tumpahnya keringatku
mulanya umpama mimpi
sekarang gah seluruh negeri

Gunung belantara diredah
onak duri terasa payah
kerna radio tak diendah
masa hadapan biar mudah

Dulunya kita disisih
kerana ilmu kita mengasih
ingin sangat kenal dunia
bangunkan Astra bersama-sama
keakraban budi pekerti
tanda juang semangat tinggi
amatur radio yang disegani

Bermula di utara
timur barat selatan dah sedia
jaringan intergrasi
komunikasi dan teknologi
hobi unik yang dimiliki

(Ulang )
Kita bangsa berwawasan
maju diri sehati sejiwa
terapkan nilai murni
kita saling memahami
erti setiakawan
wujud satu wawasan
ikatan persaudaraan


Tidak pernah kurang
tidak pernah luntur
semangat yang jitu
jati diri amatur radio melayu (2x )


Nukilan Astra 0076

Sunday, July 27, 2008

SAMBUTAN HARI KELUARGA 145.475

Alhamdulillah berkat kerjasama semua pihak hari keluarga 145.475 berjalan dengan sempurna,objektif untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan di kalangan raka-rakan setempat nampaknya membuahkan hasil,aturcara untuk anak-anak,isteri-isteri dan rakan-rakan ternyata meriah,keriangan jelas terpancar di kalangan anak-anak yang senentiasa ternanti saat yang sebegini,majlis yang serba ringkas ini insyaallah akan diteruskan pada tahun hadapan.Cayalah Pak Ssukur lain kali sponser lagi eeemmm....sepak raga ratus dihadiahkan teleskopic antenna Rm80.00 patutlah tak ditunjukkan hadiah apa, suprise rupanya,kepada rakan-rakan yang menyumbang hadiah-hadiah untuk acara sukaneka terima kasih banyak,lain tahun sponser lagi tau!! Kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak ucapan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan hari keluarga 145.475.




Ucapan perasmian hari keluarga oleh Pak Rahim 9M2RR


Apalah... agaknya yang ditengok tu sampai tak terkebil biji mata Pak Fuad ni?


9W2MYR kot yer posing pun janganlah tutup mata..hehehehe...ni gambar candid ni!


Acara kutip coklat siapa yang paling banyak Wow! satu minggu punya stok tak habis nih!! terlatah anak-anak buatkan rakan-rakan tak kering gusi hehehehe...



Ni pula acara keluarga,anak dengan abah/mak atau rakan ham dan isteri,eeemmm bukan senang nooo...nak buat tasbih..eeeih eeihh tasbih straw??cucuk bang...adik cucuk jangan tak cucuk..


Ni cara terbuka kepada semua orang,tak perlu kemahiran cuma perlu lapar aja...hehehehe..acara yang semua orang dok tertunggu tunggu acara melahap oopss! acara bersantap,fuuhhh memang sedap keli bakar,air asam,sambal dengan ulam,talang kering,kari...eeemmm memang best.

"Code Group" Lanjutan

Sepanjang dua tahun saya melepasi ujian morse,saya sentiasa mencari kaedah mudah untuk rakan-rakan memahami cw atau mempelajari/mengenali karektor-karektor cw,sepanjang 2 tahun penelitian dan kajian kepada kod asas menemukan saya group-group kod yang mungkin tak ramai rakan-rakan yang perasan.

KOD GROUP YANG BERAKHIR DENGAN "DIT"



N-. D-.. B-...

N-. G--.

R.-. L.-.. F..-.

R.-. P.--.

G--. Z--.. C-.-.



KOD GROUP YANG BERAKHIR DENGAN "DA"

A.- U..- V...-

A.- W.-- J.---

A.- K-.- Y-.--

A.- K-.- X-..-

K-.- Q--.-

Perhatikan kod sebelum dan selepas,amati kod A iaitu "dit da" jika ditambahkan satu dit di belakangnya maka kod tersebut sudah menjadi kod R oleh demikian saya putuskan bahawa kod yang saya senaraikan di bawah adalah kod group "BEFORE and AFTER"
Hal yang sama pada kod N-. jika diletakkan satu "Da" ia akan menjadi karektor kod lain iaitu K "Da di Da" hal yang sama boleh anda perhatikan beberapa kod yang saya lampirkan di bawah.

A.- R.-.

A.- W.--

N-. D-..

N-. K-.-

R.-. L.-..

K-.- Y-.--

W.-- P.--.

K-.- C-.-.

D-.. X-..-

G--. Q--.-

G--. Z--..

Friday, July 25, 2008

Maklumbalas Tip cw daripada YD0MFW dan 9M2AGC

Berikut adalah beberapa tips yang diberikan maklumbalas daripada posting berkaitan cw yang lepas untuk mereka yang terlepas pandang,mungkin tak ramai yang perasan pada reply posting.

Tips@nasihat daripada YD0MFW
"morse bukan sekadar bunyi tetapi sebuah jiwa".... karenanya yang penting dalam belajar morse adalah kesiapan "hati" dan rasa "mencintai" termasuk disiplin dalam berlatih dan sering melafalkan bunyi. karena masing-masing karakter kode morse memiliki irama (ritme) sendiri-sendiri. selamat berlatih

Tips daripada 9M2AGC-
Assalamualaikum, saje nak share pengalaman saya ape yang pak man dan pak ashee dan sesiapa saja kata belajar cw jgn pegang key ini kerana bila dah tersalah dengar tone nak betulkan balik agak sukar.so dengar sampai boleh.saya bagi perumpamaan katakanlah kita mendengar lagu tanpa lirik pada hari pertama dan lagu tersebut amat kita sukai.hari pertama pastinya tak leh nyanyi, hari kedua dengar lagi lagu yang sama dan kita boleh nyanyi sikit dan seterusnya dan last sekali walaupun tak tgk lirik tapi dah boleh nyanyi.mcm tu la ngan cw pertama untuk belajar kena ade minat dan setiap hari kita dengar benda yang sama inshaALLAH akan boleh copy.START ngan 12 wpm.jgn hafal code kenal code melalui rythm atau lagu die.Saya ikut koch method melalui software g4fon dan saya boleh copy cw dalam masa sebulan.

Untuk sending pulak bila kita dah rase kita dah ok kita boleh sending tanpa menekan key haha pelik bunyinya bukan tapi ni teknik yang saya gunakan untuk hantar cw dengan rythm.Cw boleh jadi sedap didengar dalam area 12 ke 15wpm dengan rythm .Caranya mudah je bila baca surat kabar gunakan mulut dan buat bunyi seaakan akan menghantar cw baca paper atau ape saje artikel bertulis yang kita jumpa transfer ke cw gunakan mulut dan pastikan die ade ryhtm.Inshaalah jika diamalkan selalu pastinya tatkala menghantar nanti kita akan menghantar dengan rythm.Dan paling penting setakat mana kita boleh receive CW takat tu sajelah kita hantar.Jgn ghairah menghantar laju sekiranya ability menerima cw kita kurang laju.biar seimbang antara sending dengan receive 73

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia-Konsep yang sama boleh dipergunakan untuk memantapkan penguasaan cw anda


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu,ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.


"Tidak mustahil kan?" jadi, teruskan usaha anda mendengar dan mendengar untuk memantapkan penguasaan cw anda.

Wednesday, July 23, 2008

KOD GROUP MUDAH BAGI LATIHAN PERINGKAT PERMULAAN*SESSI PENGENALAN

1.Group of Dit = E-I-S-H-5

2.Group of Daa=T-M-O-0

3.A-U-V-4

4.A-W-J-1

5.N-D-B-6

6.Reverse/Songsang group= ( A,N )-( D,U )-( B,V )-( Y,Q )-( G,W )-( L,F )

7.K-C-Y-Q

8.R-P-L-F

9.K-X-Q

10.N-G-Z

Sunday, July 20, 2008

DALAMI BASIC PENGENALAN KOCH METHOD ATAU CARA LAIN TERPULANG KEPADA ANDA

Untuk permulaan kepada episod pengenalan saya belajar mengenali kod-kod A-Z 0-9 dan punctuation mark ,./? dengan cara mainkan single kod berulang-ulangan.Ini cara saya terpulang kepada anda untuk memilih koch method atau cara lain,saya akhirnya selepas menguasai 12wpm mempergunakan koch method untuk ke high speed code.


KOCH METHOD SETERUSNYA

Sebaik adjust 41 characters anda boleh mainkan ayat-ayat pendek,masih pergunakan actual character speed 15wpm dengan effective speed 13wpm.


Atau saya aktifkan nombor-nombor sahaja 0 sehingga 9





Perhatikan saya cuma aktifkan kod A,W,J dan nombor 1



Anda boleh setkan 40 characters dan juga boleh aktifkan salah satu daripadanya,iaitu dengan cara keluarkan tanda right)

KOCH METHOD PEMBELAJARAN CW PERINGKAT AWAL

Ketika mula mempelajari morse,saya tahu kewujudan koch method namun ketiadaan pogram tersebut agak menyukarkan saya mempelajarinya,sebelumnya saya sering mempergunakan Numorse dan beberapa DOS program,setelah lulus dalam morse saya mencari pogram tersebut dan mengikutinya,saya pergunakan program ini untuk menaiktaraf had terima saya daripada 12wpm kepada 25wpm,selepas 3 bulan mengikuti secara tak serius sejak kebelakangan ini saya rasakan ada manfaatnya untuk diri saya,bagi rakan-rakan yang masih baru atau yang dah lama meninggalkan dunia morse ini adalah satu program yang ternyata bagus untuk dipergunakan.


Pada morse character setup, set lama mana sessi pendengaran yang perlu anda ikuti,jika 20minit setkan 20minit dengar kadar delay masa 1 saat.Pada permulaan effective speed tandakan pada characters.

Klik setup,pada Uncheck characters here to remove them out from a training session tandakan pada kod K untuk sessi pembelajaran pertama,kod K akan dimainkan selama 20minit jika dirasakan terlalu lama setkan selama 10 minit,apabila telah mahir ikuti kod yang seterusnya iaitu M,R,S,U,A,T,T,L,O dan seterusnya.

Sunday, June 29, 2008

Man Behind Morse Code

Saturday, June 28, 2008

Mengenali kod-kod morse

Saya rasa video ini sesuai kepada rakan-rakan yang baru hendak belajar mengenali kod-kod morse pada peringkat permulaan,speed kod mungkin sekitar 10-11wpm amati bunyi dan perhatikan apa kod yang dimainkan.Ulang dan ulangi video ini dan selepas agak beberapa sessi mendengar 5x atau 10x,cubalah jangan lihat video ini dan cuba mendengarnya sahaja dan sebutkan apa kod yang anda dengar,jangan fikir...jika fikir maksudnya anda cuba menghafal aturan kod yang ditunjukkan dengan pensel dalam video ini.Satu cara lagi ialah pointkan cursor anda kepada volume dan tutup volume dan buka dan cuba nyatakan apa kod yang kedengaran selepas anda buka volume....."jangan tengok video"semasa lakukan sessi ini.Anda boleh buka dan tutup sepanjang video ini dimainkan dan nyatakan apa kod yang anda dengar.

Friday, June 20, 2008

How to Save Energy: Your Refrigerator

How to Save Energy: Your Refrigerator

The refrigerator is one of our major appliances. It utilizes more energy and contributes to your electrical bill. Read on to save energy.

Do not place your refrigerator near to humid, dry and heat sources. But,place it in the location where does not expose to sunlight and well-ventilated.

Leave some space for your refrigerator. There should be at least 10cm between both sides of the refrigerator and wall, at least 10 cm between the rear of the refrigerator and the wall and at least 30cm between the top of the refrigerator and the above surface.

Do not open your refrigerator too often and for too long, as the cold will be lost. Make sure the door is closed properly.

The temperature of your refrigerator should be adjusted according to foods in it. Do not simply adjust the temperature too low or too high.

Do not keep foods for too long. Allow for some space by arranging the foods in a sequence. Hot foods should be kept outside the refrigerator until it cools. Otherwise, its vapor can add to compressor workload.

Defrost your refrigerator regularly. A thick layer of ice forming in your freezer can cause less cooling efficiency. In this case, the compressor has to utilize more electricity to keep refrigerator cool and this may finally damage the compressor.

Do not leave your refrigerator door open

Make sure the magnet gasket of your refrigerator is in good condition.Get it repaired if it is damaged.

Do not overload the refrigerator as this will cause the air circulation becomes less efficient. As a result, the refrigerator will eat up more electrical energy.

If you are not going to be home for a long period of time, you should unplug the refrigerator in order to save the electricity. In this case,clean out the refrigerator and unplug it. Leave the door opens to air it out.

KONFIGURASI ANTENNA DIPOLE


Antena dipole dapat dipasang tanpa menggunakan balun akan tetapi bila feeder line menggunakan coaxial cable sebaiknya dipasang balun 1:1 kerana coaxial cable itu unbalance,sedangkan antenanya balance, agar diperoleh pola radiasi yang baik.

CARA MATCHING ANTENA DIPOLE
Cara matching antena yang baik ialah dengan menggunakan DIP METER dan IMPEDANCE METER atau dapat juga menggunakan SWR ANALYZER. Tanpa alatan tersebut , matching masih boleh dilakukan dengan menggunakan transceiver dan SWR meter.Langkah mula pasanglah antena dengan konfigurasi yang dikehendaki. sambungkan SWR meter diantara transceiver dengan transmission line (coaxial cable).. kemudian setkan transceiver pada power yang paling rendah, sekitar 5-10 Watt dengan mode AM atau CW. Setkan frekeuensi yang dikehendaki, contohnya 7.043 MHz dan transmit sambil mengamati SWR meter, putarlah tombol frekuensi sedemikian sehingga bacaan Standing Wave Ratio (SWR) yang paling rendah. Apabila frekuensi tersebut lebih rendah dari 7.043 MHz bererti element-element dipole terlalu panjang,Apabila frekuensi terlalu tinggi berarti element-element dipole-nya terlalu pendek.Untuk memperpanjangkan haruslah disambung, ini kurang menyenangkan. Jadi pemotongan awal antena harus dilebihi dari panjang teori,dan pada waktu dipasang dilipat balik sehingga panjangnya sama dengan panjang teori.Apabila frekuensi match terlalu rendah,pendekan antena 10 CM setiap elementnya (kiri dan kanana) jika masih terlalu rendah pendekan lagi. Begitu seterusnya sehingga mendapat bacaan SWR yang rendah ialah kurang dari 1:1.5.Cara memendekkan tidak dengan memotong tetapi dilipat balik dan menumpuk rapat, lipatan yang mencuat akan membentuk capasitance head dan mempengaruhi SWR RAPAT MENCUAT MELIPAT UJUNG ANTENA


Antena dipole boleh dioperasikan secara harmonic, ialah dipekerjakan pada frekuensi kelipatan ganjil dari frekuensi kerja aslinya. Misalnya antena untuk 7 MHz dapat pula digunakan untuk bekerja pada 21 MHz (kelipatan 3). Tentu saja SWR-nya akan lebih tinggi daripada bila digunakan pada frekuensi asalnya.Keletakan antena disarankan agak jauh dari talian telefon dan talian elektrik untuk menggelakkan berlakunya telefone interference dan television interference. Kedudukan rentangan antena yang sejajar dengan talian telefon atau talian letrik dengan jarak kurang dari lima meter akan dapat menimbulkan gangguan pada telefon, televisi dan perangkat audio lainnya.Makin rendah letak antena, element-elementnya cenderung makin pendek. Untuk itu dalam pekerjaan matching, antena diletakkan pada ketinggian yang sebenarnya. Begitu juga diameter element akan berpengaruh terhadap panjangnya, makin besar diameter makin pendek antenanya, hal ini disebabkan karena kapasitan antena terhadap bumi. Matching antena ketika tanah basah, contoh selepas hujan, element dipole menjadi lebih pendek atap dari bahan zing atau atap rumah yang,dilapisi dengan aluminium foil cenderung akan menyukar matching antena.


Artikel dari seberang diolah semula untuk dikongsi bersama.

YAGI ANTENNA 7 ELEMENT



Untuk pembuatan matching device, berikut ini diberikan contoh pembuatan gamma match untuk VHF 2M yang sesuai digunakan pada antena seperti pada rajah ditunjukkan. Gambarajah hanyalah sekadar memberikan contoh salah satu cara membuat gamma matching device, anda diharapkan dapat mengadakan modifikasi sehingga dapat ditemukan device yang lebih bagus lagi.

Matching dilakukan dengan mengatur gamma rod dan bracket sehingga memperolehi SWR yang baik. Menggerakkan bracket bererti mengatur induktans dan menggerakkan rod bererti mengatur kapasitan.Antara gamma rod dan inner coaxial membentuk suatu kondensator,nilai kapasitannya ditentukan oleh panjang coaxial cable dalam gamma rod.Selain antena Yagi yang telah banyak dibahas disini, beberapa jenis antena pengarah yang lain digemari, contohnya antena Quad Beam, Log Periodic dan sebagainya.


Artikel disalin dan diubah suai daripada seberang

Monday, June 16, 2008

Nak Celoteh sikit

Rasanya dah lama benar tak menulis topik berkaitan cw,line internet yang terbatas menyekat kebebasan untuk mengemaskini blog saya,sesekali terpaksa jua menerjah ke cyber cafe yang berdekatan untuk mendapatkan info terkini
eeemm...agak leceh, dengan masa dan kelajuan server yang goyah sedikit sebanyak membantutkan idea dan infomasi yang dicari...arghhhhhh!!! tinggalkan rentetan algojo seketika....

Alhamdulillah impian untuk menguasai 25wpm nampaknya akan membuahkan hasil namun terlalu awal untuk saya katakan bahawa saya selesa dengan keadaan dan kejayaan sekarang, penumpuan saya kepada 20-25wpm